Tuesday, June 28, 2011

bahaya cakap tak serupa bikin??

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
ingatan ringkas kali ni
di ambil dari koleksi nota persendirian
moga bermanfaat untuk kalian semua..








dari surah AS-SAFF, ayat 2 dan 3 ( 61; 2-3 ) ALLAH berfirman mafhumnya:
" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."


berkesinambungan dengan ayat ni, AL-KAHF ayat 23-24 ( 18 ; 23-24 )
ALLAH berfirman mafhum nya:
"dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'aku pasti melakukan itu besok pagi,' kecuali ( dengan mengatakan ), insyaALLAH ( jika ALLAH mengkehendaki ).."



nak buat sesuatu yg dijanjikan tu kan.

itu je la kot tok kali ni..
insyaALLAH kita jumpa lagi di lain masa..
jaga diri, jaga makan, jaga akhlak, jaga iman
wallahu'alam...


~ may allah bless ~

<

english oral

perkongsian hari ni, nak becerita pasal english oral aku yang lepas..
sebagai seorang pelajar, tipu kalau korang kata
korang tak pernah berucap sengsorang depan kelas untuk subjek tertentu kan..
aku pun pelajar jugak.. and tak terlepas ngan mende ni..

aku nak share input oral aku sebenar nya..
that oral i did in english actually
but i'm not memorizing it well now
so i just jotted it down in malay laa.. haha!

korang pernah dengar pasal PALAPES ?
ye , palapes . . .
atau nama penuh nya
pasukan latihan pegawai simpanan
ataupun
dalam english nya
ROTU = reserved officer training unit

aku pilih tajuk tu sebab , tajuk tu je yang aku tahu 99 % masa tu
[ one of the criteria required : knowledge in your topic ]
dah terdesak sangat..
tajuk tu je laa jadi pilihan..
but not bad laa..
antara presentation yang mendapat pujian jugak laa.. heee..
bukan nak bangga. tapi tu tips sebenar nya..
pilih laa tajuk oral yang korang tahu 
serba banyak maklumat mengenai topik 
yang korang decide nak present tu..
aku pilih topik ni pun sebab aku join palapes
sebab tu laa aku tahu. haha!
tapi presentation aku lebih mengenai palapes di universiti aku laa
palapes universiti malaya [ UM ]
ok laa.. borak kosong je kan..
meh laa aku mula kan alkisah nya palapes tu..

palapes ni sebenar nya 1 persatuan beruniform
keanggotaan nya adalah selama 3 tahun.
diwujudkan di universiti tertentu je kat dalam mesia nih..
 palapes ni bukan calang-calang persatuan
sebab nya, palapes ni
pasukan simpanan kepada rejimen askar wataniah
haaa, jangan main-main !!
setakat hari ni, statistik merekodkan hanya ada 12 buah universiti je
yang mengendalikan program palapes kat kampus mereka..

bagi pentadbiran
komandan palapes UM ialah vice chancellor kami
YB Prof. Kol. Datuk Dr. Gauth Jasmon
dibantu oleh timbalan komandan
Lt. PMD. Johan Shamsudin bin Sabarudin
ketua jurulatih
Lt. Kol. Mohd Hashim Hamzah bagi palapes darat
Lt. Kdr Muhamad Nazer Abdullah bagi palapes laut
ajutan pulak
Kapt. Abdul Rahim bin Suprat
RSM
PW 1 Norazri bin Sukor

palapes di ipta seluruh mesia sebenar nya ada 3 perkhidmatan
iaitu darat , laut dan udara
tapi bagi UM sendiri, hanya 2 perkhidmatan saja yang ditawarkan
iaitu palapes darat dan palapes laut.

daripada pengiraan yang aku buat,
sehingga bulan april yang lalu
jumlah pegawai kadet yang menyertai palapes UM
ialah seramai 211 orang pelajar je..
58 orang peringkat I ; junior
96 orang peringkat II ; intermediate
57 orang peringkat III ; senior
[ aku dah lupa berapa pecahan lelaki perempuan.. heee ]

nak masuk palapes ni, kena lulus beberapa ujian.  bukan pakai redah je nak masuk.
antara ujian yang aku ingat, pemeriksaan kesihatan, UKA, IQ test
dah settle yang tu, 
kena angkat sumpah pulak, ikrar aku janji la..
banyak laa prosedur dia senang kata..

dari segi penginapan kolej,
bagi pegawai kadet junior, setakat ni penginapan memang tak diselaraskan lagi.
mereka dibenarkan tinggal di kolej masing-masing
seperti yang telah ditetapkan dalam surat tawaran.
tapi bagi pegawai kadet inter dan senior,
mereka memang diwajibkan untuk tinggal di kolej palapes.
kolej palapes kat UM ialah
kolej kediaman kelima [ kolej dayasari ]
kedudukannya pun tak la jauh mana dengan kompleks palapes
berbanding ngan kolej lain
so, dengan kata lain nya
pelajar yang join palapes ni
memang confirm dapat kolej untuk semester akademik yang akan datang
so takyah nak risau sangat laa dapat stay kolej ke tidak.. heee..

dari segi latihan pulak, aku pecahkan kepada dua laa
sebab aku ni pun pasukan simpanan je kan
ada komitmen lain iaitu sebagai pelajar
maka nya, latihan tu berbeza laa 
semasa semester akademik = latihan tempatan
atau selepas semester akademik [ cuti sem ]
iaitu latihan tempatan, latihan lanjutan, camping
kalau waktu belajar, latihan hanya dijalankan hari sabtu dan ahad
10jam/hari bermula jam 07o0 hingga lah jam 17o0.
[ itu jawapan utk orang awam. haha ! ]
tapi realiti nya,
kitorang training dari jam 0615 hingga lah jam 19o0
itu pentadbiran terbaru.
kalau ikutkan pentadbiran sebelum ni
training dari jam 0615 hingga jam 22o0
selain tu, kitorang jugak ada rowcall setiap pagi rabu
dan khamis malam [ solat maghrib dan isyak berjemaah ]
dijalankan di perkarangan kolej saje..
[ itu pun susah nk dpt strength penuh  :) ]
latihan selepas sem belajar pulak, latihan dia gabungan untuk 3 fasa
latihan tempatan macam kat atas,
latihan lanjutan = 24jam..
camping = masuk hutan

bagi elaun pulak 
[ part yang sume kadet suka ! ]
kadar bayaran yang diberi berbeza mengikut peringkat.
elaun terbahagi kepada 5 jenis
elaun latihan tempatan
elaun latihan lanjutan
elaun kem tahunan
bounti [ bonus dari kerajaan ]
elaun pakaian selepas istiadat
selain elaun, kelebihan lain untuk semua kadet 
termasuklah pemberian percuma
pakaian dan kasut, peralatan lengkap camping, makan, minum

kelebihan lain lagi,
setiap pegawai kadet diberikan 2jam kredit bagi setiap tahun akademik
memandangkan keanggotaan dalam palapes selama 3 tahun
jadi, setiap pegawai kadet dapat laa kumpul 6 jam kredit
6jam kredit tu digunakan untuk
kursus elektif luar fakulti, kokurikulum, kursus elektif
so, takyah laa susah-susah kan diri lagi
join aktiviti-aktiviti lain..
cukup laa penat dengan latihan palapes ni.. haha..

tamat latihan 3 tahun
agak-agak nya apa laa yang terjadi selepas tu kat kitorang kan..
haha.. macam aku sendiri, pengajian aku 4 tahun..
bermakna ada 1 tahun aku free..
tapi tak laa free sebenar nya..
selepas kami tamat kan latihan selama 3 tahun,
kami akan ditauliahkan oleh YDA
[ yang di-pertuan agung. bukan senang tu ! haha ]
setelah ditauliahkan,
kami bukan lagi pegawai kadet tetapi leftenan muda..
pemegang pangkat leftenan muda
ni hanya valid utk 5 tahun je..
kalau aku nak panjang kan lagi tempoh tu
aku kena laa lapor diri di mana-mana batalion 
berbalik kepada 1 tahun free tadi,
lepas bergelar leftenan muda,
kebiasaannya kami digalakkan untuk berkhidmat
di kompleks universiti masing-masing
tolong-tolong laa curah kan keringat, peluh dan ilmu
kepada kadet-kadet ambilan baru..
sebab tu laa tak free sangat.. haha..

apa lagi ye input aku.. lupa dah..
panjang pulak aku rasa.. haha..
rasa nya cukup sekadar ini je..
jumpa lagi !

~  may allah bless ~


Monday, June 27, 2011

. chocolate .

kali ni nak stori pasal coklat..
banyak dah brand coklat yang ada kat pasaran sekarang ni..






and macam macam lagi..
korang pun mesti dah ada feveret coklat korang sendiri kan..


nak dijadikan cerita,
sebenarnya dalam kalangan jutaan manusia
yang suka makan coklat kat dunia ni,
ada jugak segelintir yang kurang minat makan coklat..
salah seorang nya adalah aku sendiri.. haha..

aku bukan tak suka makan coklat.
ada masa-masa tertentu aku akan carik jugak coklat
sebab rasa teringin nak makan..
tapi
yang menjadi masalah kat aku nya,
aku ni pantang kalau makan coklat.
directly after tu, aku mesti sakit perut..
mula-mula aku fikir tu perkara biasa..
almaklum laa..
aku baru je nak menjiwai coklat dalam badan aku..
kalau nak ikutkan sejarah diri aku,
pertama kali aku makan coklat bar yang cadbury tu
waktu aku umur 14 tahun. form two!
percaya tak.. hahaha..
so, waktu mula-mula makan and sakit perut,
aku tak laa kesah sangat.
tapi lama-kelamaan, jadi naek hairan jugak.
setiap kali kot, aku makan coklat je,
mesti sakit perut lepas tu..

dah banyak kali kengkawan aku kata,
aku ni pelik laa.. 1st time jumpa orang takleh makan coklat laa,
macam-macam lagi laa.. haha..
and aku pulak,
1st time jumpa kawan yang bermasalah jugak kalau makan coklat..
tapi dia bukan sakit perut macam aku,
tapi dia sakit kepala.. hahaha..

aku pun buat laa simple research pasal ni..
rupa nya, masalah aku ni bukan sesuatu yang baru pun
ramai je ada masalah yang sama macam aku ni..


setelah dikaji-kaji,
antara sebab timbul rasa sakit perut selepas makan coklat ialah :


1. sindrom iritasi perut [ irritable bowel sindrome, IBS ]
- merupakan gangguan pencernaan kronik yang mempengaruhi
usus besar
- contoh gangguan : diarrhea yang serius, kembung perut, nyeri perut,
kentut, sembelit, mual
- penyebab utama : tak dikenal pasti, tetapi menurut MayoClinic.com,
coklat menjadi salah satu penyumbang IBS

2. alergi makanan
* ini terjadi kerana faktor kandungan di dalam coklat seperti susu, gandum, kedelai
* jika individu yang alergi kepada salah satu daripada kandungan di atas,
gejala yang tidak diingini berpotensi akan berlaku seperti sakit perut,
ruam kulit, wajah bengkak, sesak nafas, batuk, mata berair, bersin

3. enzim laktase gagal berfungsi
: kebanyakan coklat mengandungi laktosa iaitu gula di dalam susu.. enzim yang
bertugas untuk pencernaan laktosa di dalam usus kecil ialah laktase.. kegagalan
laktase untuk dihasilkan secara maksimum itulah yang menyebabkan sakit perut
berlaku.. selain itu, bakteria berlebihan juga turut dihasilkan lantas menyebabkan
kembung perut, nyeri perut, diarrhea


itu la antara sebab-musabab yang dapat dikenal pasti..
namun, tidak dinafikan jugak yang coklat ni ada kebaikan nya..
bagi korang yang ada masalah macam aku ni,
pandai-pandai laa pilih masa yang sesuai untuk makan..

kalau aku sendiri,
ada masa tertentu yang kalau aku makan,
aku tak kan sakit perut.
so, better laa..
takde laa aku kempunan
asyik tengok orang makan je kan..
heee..
that's all..

~ may allah bless yaa ~




Sunday, June 26, 2011

a.k.h.i.r.n.y.a !

assalamualaikum..


akhirnya!!!
akhirnya,
satu sejarah lagi dicipta dalam hidup aku..
iaitu
mempunyai blog sendiri..
taadaaa!!
ni laa blog aku..



first trial.. tak laa voke sangat.
asalkan aku dapat buat nukilan..
tu pun dah kira happy..

sebenarnya, niat nak buat blog ni dah ada lama.
tapi nye..
aku selalu dok fikir,
best ke jadi blogger? ape benefit nya?
bila baca blog kengkawan ataupun bloggers lain
rasa macam best pulak..
kekadang rasa blog ni macam diari..
macam macam kita leh buat ngan blog kita, kan?
tambah pulak,
aku ni dulu suka sangat tulis diari..
so, rasa macam nak jadi kan blog ni macam diari aku je laa..

satu perkara yang membuatkan aku dapat ilham
untuk buat blog sendiri ni
nak tau tak ape?

ilham tu datang
waktu aku baca blog ustaz hasrizal
saifulislam.com

beliau kata, salah 1 sebab beliau create blog,
sebab nak jadi kan tu sebagai 'khazanah'
untuk anak-anak, keluarga and peminat beliau..
andai kata beliau 'pergi' ketika anak-anak beliau masih kecil,
beliau harap blog tu
salah 1 media untuk penceritaan
kisah hidup beliau
perjuangan beliau
harapan beliau
kepada anak-anak beliau..


sebak je aku baca time tu..
and sejak tu laa
aku asyik dok fikir
ada betul nye jugak..
maka nya,
muncul laa
satu lagi blogger baru
dalam dunia maya ni..

insyaAllah, akan ku salurkan pengisian blog ni untuk perkongsian yang bermanfaat untuk semua pembaca.


~ may allah bless ~