Wednesday, December 14, 2011

istimewa buat dia ..

assalamualaikum wbt. ,

alhamdulillah. hingga saat ni, masih lagi allah kurniakan nikmat iman dan islam. serta sihat tubuh badan. rasanya dah lama sangat tak update belog nih.. sibuk memanjang. kekadang sampai tak online pun 1 hari. tak ber'fesbuk' 1 hari, rasanya macam lain macam aje.. hidup rasa serba tak kena.. hebatnya bahana fesbuk tu kan. tapi kalau benda lain seperti contoh 1 hari tak membaca al-Quran, agak-agak ada rasa lain macam jugak ke? heee... ada ke?? -__- astaghfirullah al-azim. moga jawapan dari korang ialah ada rasa lain. :)

tetiba pepagi ni tangan menggatal nak menaip entry. padahal kat atas meja belajar ni berselerak dengan nota, tutorial, periodic table, alat tulis segala bagai.. haish.. takde konsentrasi betul laa malam ni. heee.. @__@

petang semalam, ayah, umi and adik-adik aku datang kolej. memang SURPRISE HABES!!! elok dah usai solat asar, handphone *pinjam* aku berbunyi.
'ayah is calling ... '

berdebar aku nak jawab. mana tak debarnya, tetiba je ayah aku yang kol. jarang dibuat dia. hahaha.. dalam hati ni dah fikir perkara bukan-bukan dah.. [ teruk kan! ekceli, aku memang takut kalau tetiba dapat panggilan dari rumah ke, ayah ke.. yang secara tiba-tiba. heee.. takut. takut. ] rupanya, diorang semua dah ada kat depan kolej aku. rasa macam nak menjerit tak percaya. happy nya aku, bukan kepalang. haha.. poyo gile kan.. ni semua gara-gara dah lama tak balik rumah. dah lama tak tengok muka ayah ngan umi. HOMESICK~~

before balik, umi pesan siap-siap, waktu study week nanti tak balik rumah pun takpe. sebab plan asal memang nak balik. tambahan, 25hb nanti besdey ayah. lagi laaa membuatkan aku nak balik! haha... bila umi dah kata macam tu, ayah pulak setuju, aku ON je. so, aku berkemungkinan besar laa tak dapat celebrate besdey ayah kali ni bersama adik beradik lain.

disebabkan itu laa, aku panjangkan awal-awal ucapan 'selamat hari lahir' kat ayah petang tu, BESERTA hajat hadiah aku untuk tahun ni.. aku memang eksaited sangat nak bagi kat ayah aku hadiah tu. tak tahu laa kenapa. mungkin sebab ayah aku ni aktif ber'organisasi' orangnya, ala-ala korporat laaa boleh kata, so, untuk tahun ni aku decide nak bagi hadiah besdey pen rasmi berukirkan nama sendiri. heee...



ni sample aje.
yang real tak sempat nak snap picture sebab dah siap balut kat kedai daa~

ALHAMDULILLAH.. syukur sangat rancangan kali ni allah izinkan. report dari kakak aku, umi kata ayah suka sangat dengan hadiah tu.. plus, pen tu sedap diguna pakai.. tu pun dah cukup buat aku gembira! haha.. cerita akak aku lagi, kata dia, asalnya dorang tak perasan pun ada ukir nama tu. tak nampak sebab body pen tu sendiri dah warna silver kot. if hitam, mungkin lebih jelas. tapi takpe. ayah suka!! :D

pen yang aku beli tu brand biasa je; UNIC. asal rancangan nak beli PARKER, tapi yang ada stok kat mph midvalley tu hanya untuk pen yang tak boleh ukir. keciwa maaakkk disitu~ haha.. tapi parker macam tak reasonable je if aku beli hari tu.. haha. unic pun unic lah. jadi beli pen unic ni pun sebab kotak dia kot. hahha.. macam best je pen bercasing ni kan~ aku pun beli je laa. :) credit tu aten and fatma; coursemates yang follow aku haritu..

itu sahaja untuk kali ini. hanya perkongsian idea barangkali. takde perkongsian ilmu.. apepun, sayangilah ahli keluarga korang. kawan-kawan korang. orang-orang disekeliling korang. hidup ni hanya sekali.. berbuat baiklah walau kepada siapa jua. tak rugi apa malah akan lebih didampingi, dihormati dan ditambah nikmat rezeki. moga korang dan aku sentiasa diberkati oleh-NYA. erti hidup akan lebih terasa jika kita selalu memberi. rerajin la menderma/ bersedekah ye. :)

~ terima kasih kerana membaca ~
.jaga diri, jaga iman, jaga akidah, jaga solat, jaga hati, jaga semua.


pemburucintaillah 141220110125

1 comment: