bismillahirrahim..
assalamualaikum wbt.
buat semua pembaca, sama-sama kita panjatkan rasa syukur kepada Ilahi dengan nikmat iman dan islam sehingga harini. alhamdulillah.
post kali ni seriyes kerja luar alam. alang alang cuti hari pekerja, walaupun pemburu bukanlah officialy seorang pekerja lagi sekarang, pemburu nak keluar 'bekerja' sekejap. haha.. hati tengah galau, jiwa tengah kacau, hormon tengah menggila, minda sedang bercelaru, badan dah penat, iman semakin tergugat. allahu rabbi!
rewind back:
+ moment 1+
... akak memang impikan kahwin time belajar. sebab tu kalau boleh, nak carik lelaki yang betul betul and seriyes berkawan dengan akak je sekarang ni.. sekarang ni 'terjumpa' balik kawan lama seorang tu. memang dah lama tak contact dia. tiba tiba terserempak kat KLIA time hantar mak ayah kitorang pergi umrah. mak akak pun dah lama tak jumpa mak dia. then sejak tu, selalu jugak la contact. insyaAllah kali ni seriyes.
haritu punya ape citer??
hmm.. dulu tu seriyes jugak. tapi dia tak jumpa mak ayah pun lagi.. lepas mintak petunjuk Dia, nak dijadikan cerita, dia eksiden dan memang tak pergi kuliah satu semester, kitorang pun jarang jumpa and contact, kira senyap macam tu je. then, akak faham je la tanda allah tu.
jenis akak, kalau berkawan dengan lelaki, akak memang akan bagitahu awal awal, apa tujuan berkawan dengan akak? kalau takde tujuan and sekadar main-main je, tak perlu lah nak contact and berkawan rapat sangat. tapi kalau betul suka, jumpa and bagitahu je mak ayah.
perrghhh! seriyes akak cakap and buat macam tu? tak segan ke?? haaaa...
segan la jugak. tapi itulah. apa motif berkawan rapat selalu contact kan? kalau ye suka, masuk je laa meminang. bukan apa, at least, dah ada ikatan. tak kisah takde buat kendara kenduri lagi.. janji nikah tu..
waaaaa.. seriyes saya sentap japp kak. berbeza dengan saya. haha..
ehh.. bukan nak kata tak boleh berkawan... tapi akak kalau boleh memang nak kahwin awal. ada masa satu sem je lagi ni, kalau boleh nak kahwin dalam masa ni. sebab teringin nak rasai perasaan kahwin time belajar.
ngeeee.. dah tu, akak dah bagitahu ke dekat kawan lama yang baru jumpa tu macam akak selalu buat tu?
dah. haha.. dia kata, insyaAllah ada rezeki, awal tahun depan dia datang jumpa family.
wahhhhh.. patut lah berseri je muka sekarang ni. haha... untung lah. moga jodoh panjang kak! tumpang eksaiitteeddd! :D
insyaAllah. doakan akak. nak kahwin muda sebenarnya.
+ moment 2 +
ummu, macam mana kita nak lupakan seseorang ekk?
allah! kenapa tanya saya? hahaha.. saya pun ada masalah yang sama je macam akak.. hmm.. kenapa ni kak? cuba cerita..
*time ni aku sangat takut dengan apa yang bakal aku nasihatkan. seriously. haha! sebabnya satu je.. allah tak suka orang yang cakap tak serupa bikin. ayat alquran ni.. haaaa.. if nasihat, tapi aku sendiri tak buat, kira sama konsep laa dengan cakap tak serupa bikin kann. haaaa.. tapi aku rasa aku akan cakap. heeee*
akak sebenarnya sayang kat seorang ni. tapi akak tahu dia tak sayang akak macam mana akak sayang dia. and dia memang dah bagitahu yang dia dengan orang lain sekarang. akak je yang masih nak sayang dia. dia layan je.. dalam masa sama, ada seorang mualaf ni minat ke akak. akak tak tahu nak buat macam mana..
hmm.. kenapa akak takut nak lepaskan yang pertama tu? *berbasa basi lagi sebelum masuk part 'telinga pedih'. haha*
akak dah lama kawan dengan dia. lagipun dia orang kampung akak. orang kampung banyak dah tahu pasal akak dengan dia. kalau balik je, memang selalu keluar dengan dia. akak tak dapat bayang kalau akak betul betul lepaskan dia nanti. akak takut.. dengan orang kampung kata lagi. hmm..
hmm.. saya tak tahu laa kak nak cakap macam mana.. saya bukanlah pakar sangat nak settlekan masalah ni.. tapi.. apa yang saya pernah baca laa kan kak.. *ayat cover* hmm.. kita ni perempuan sebenarnya penakut. macam kes akak ni la kan, apa saya boleh kata, memang patut akak tinggalkan lelaki tu. iye sayang.. tapi sayang apa macam tu sampai seksa diri sendiri?! *ehh.. ni bukan marah.. nada tegas je. haha.. ni laa part yang aku takut nak cakap tu. sebab aku pun sama.huaaaa*
kak, akak dah tahu dah dia dah ada yang lain.. nape masih nak tunggu lagi? memang laa sakit.. hmm.. akak tak payah kot fikir apa akan jadi kalau akak dah lepaskan dia.. tu semua kerja Allah. kita takde kuasa nak tentukan. sekarang ni, akak je yang kena berani. berani untuk buat keputusan tinggalkan dia! *untuk diri sendiri* akak kena berubah. cuba solve something with new solution. try approach something new kak. kita ada allah. akak kena ingat, rasa gembira, rasa bahagia, tu semua kerja allah. allah yang bagi. bukannya manusia.
(diam)
kak, saya pernah dengar satu ceramah ni.. ustaz ni kata kita sepatutnya bercinta dengan allah. nak tahu macam mana? *post lepas* akak banyak banyak laa berkomunikasi dengan allah. banyakkan bercerita dengan allah. try laa kak. kita usaha cara baru. mungkin ni la masanya allah nak akak rapat dengan Dia.
tapi still ingat jugak..camane?
hmm.. itu fitrah kak.. sama je macam saya..akak sibukkan diri dengan apa apa je kerja, insyaAllah lama lama nanti ok la. insyaAllah. time fikiran tengah kacau asyik dok teringat giler kat dia, akak jangan buat apa apa luar jangka. akak senyap je.. sabar banyak banyak and pergi join kawan kawan.. senang kata, jangan bersendirian. bahaya sebab time tu kita tak boleh fikir waras. hmmm.. akak kena kuat.. saya pun sama je macam akak.. sama sama laa kita ekk.. entah la kak.. saya pun tak tahu.. ahaaa..
+ moment 3 +
jeles laa dengan ummu.. bila dah couple ni rasa nak single balik...
hamboii ngade.. pandai laa jaga diri ekk... hmm.. tahu laa ummu ni banyak kisah dongeng je.. fatma yang real punya. hukhuk.. nak couple!
takyah laa ummu. tak best pun.
ceyyhhh.. pelik orang couple ni.. time bahagia.. bahagia jugak je tengok. apa yang tak best nye. haaaa..
hmm..
***
:***
notaKaki:
>> moment tu kisah benar sebenarnya. heee..
>> PRU dah nak dekat. kitorang dapat cuti enam hari kott. haaaa.. mohon jeles. :P
nasihat aku pasal PRU ni, hati hati dalam berkata kata dan menaip tu yeh. haha. time belajar HE dulu, apa aku boleh kata, nak handle negara ni, bukan perkara senang. tak kena gaya, hancur jadi nye. pengalaman tu penting. bukan setakat teori je.
>> umi and abuyah gi merisik bakal tunang abang awis yang kedua. hmm..
>> naik cuti ni je, menggila dengan 4 projek yang tak settle lagi. so, cuti ni tak boleh nak bahagia sangat lah~
akhir kalam, mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. moga hidup sentiasa diberkati. jaga diri korang baik baik! amalkan sunnah nabi, hidup dengan islam! allahu akbar! :)
No comments:
Post a Comment