Thursday, July 17, 2014

contengan si nomad

bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum wbt..

pertamanya, terima kasih singgah post ini. jom kita panjatkan rasa syukur kepada allah swt, pencipta sekalian makhluk dan alam ini. selawat ke atas nabi kita, nabi muhammad saw, allahuma solli 'ala saiyidina muhammad wa ala 'ali saiyidina muhammad. salam ke ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi' tabiin, alim ulama, umat islam terdahulu dan umat islam yang terawal.


syukur alhamdulillah, sekarang ni dah masuk 10 malam terakhir untuk ramadhan 1435H. pejam celik pejam celik jugak.. minggu ketiga ni, aku di perantauan menjadi sang nomad yang masih lagi berprinsipkan 'hidup adalah untuk berbakti kepada orang lain.' *ceeyyyywahh!* (tunduk malu..senyum ala ala kambing..buat muka bajet comel mintak penampar) hahaha.


result


alhamdulillah.. minggu ketiga ramadhan 1435H digemparkan dengan keputusan peperiksaan akhir untuk semester akhir sebagai pelajar tahun akhir. seems like not such a big deal~~ but actually NOT for this time. because that result is one of the indicator that you are to be graduating soon or not!! huarrghhhh. nangisss! 


dipanjangkan cerita, hutang di dalam akaun pelajar masih berbaki rm45.50. oleh sebab aku pelajar tahun akhir, amaun yang kelihatan sedikit itu tetap menjadi batu penghalang aku untuk periksa result secara online. even dua posen pun, kau tetap akan di BAR untuk check result. begitu strict nya uni aku yang terchenta ini. huhu.. maka bersabarlah aku untuk beberapa hari selepas selesai membuat bayaran. orang lain dah dokk kecoh kat media sosial bagai.. aku dokk buat sepi je laa.


dan alhamdulillah. pagi tadi, bangun sahur ku diiringi rasa syukur yang menggunung. perkara paling penting adalah, dapat grad this october! dan impian abuyah, allah kabulkan. hahaha.. disebabkan ada berita member yang tak dapat grad, buatkan aku rasa memang tak sedap nak duduk dah oi.. giler tak cuak. ahaaaa.. tapi alhamdulillah. rezeki bulan puasa allah bagi. terima kasih allah! :)


atok


minggu kedua ramadhan 1435H pulak, satu keluarga sebelah abuyah digemparkan dengan masalah kesihatan atuk yang tidak mengijinkan. hal ini dekat sangat dengan aku dek kerana aku adalah pemain watak utama selepas maklong.


dipanjangkan cerita lagi, kehadiran dan kepulangan aku di kampung tidaklah diketahui oleh keluarga besar aku, pada peringkar awal. sebab aku ni kan jenis suka kerja belakang tabir je. so,nak kecoh buat apa kan..


abuyah: atok call dua hari lepas.. dia tanya piah free kan sekarang? dah habis belajar kan? dia nak piah balik kampung. jaga dia ngan opah. boleh bawak dia pergi berubat. tak kisah laa cara islam ke.. bomoh ke..


aku: hmm.. (dah kenapa nak bomoh2 pulak ni) balik kampung bila? tinggal sana lama ke? (habis camane aku nak carik kerja. sapa je yang ada sana? sapa nak teman??)


hakikatnya, aku memberontak 2 hari. aku baru balik rumah kot time tu. alih alih aku kena keluar rumah semula. ahah! sedih sedih. memang tak sedap laa nak protes lelama ni kan.. lepas dua hari, lepas mintak pendapat sepupu paling rapat, aku bukak perbincangan semula. aku gagahkan jua muka ni to show my excited face depan umi dan abuyah malam tu, bagitahu yang aku akan balik kampung. abuyah bagi masa seminggu untuk berpuasa bersama dengan family. erti kata lain, my 1st week of ramadhan is at my home. aku malas fikir banyak. tapi aku banyak tido je. hahaha..


berat dan payah jugak nak berangkat. tapi apakan daya.. bila dikaji seorang demi seorang, di kalangan cucu cucu atok ni, sememangnya hanya aku yang 'tanam anggur' sekarang. allahu robbi.



"you finish your study at wrong time. hahaha! *gelak jahat*" -makcu- 

makan dalam bro! haha.. aku fikir, aku ikut je laa cakap abuyah. aku ni dah laa anak perempuan. kawin pun idokk lagi. so, memang kena sami'na wa ato'na laa akan suruhan abuyah. ye dokkk? ahah.

sakit atok berlarutan dari sabtu sehingga ke rabu. hidup berseorangan aku di kampung bermula ahad, lepas umi dan abuyah balik ke pahang. dan setiap hari disana jadual hidup hari hari adalah berbeza. dasattt dasatt. dipendekkan cerita, atok became worst on Wednesday. dia start boleh buang air besar on that day. and time tu la baru perasan dia buang air besar keluar darah. opah dah start rasa lain and cakap tak sedap hati on the evening.

yang aku perasan, lepas berurut je atok akan buang air besar. lepas tu tido. lepastu sakit balik. dalam jam2235, maklong datang melawat atok jap. and she realized his condition was about to worst. she seek for opinion of mine. and mine, of course, definitely just go to the hospital. *baru malam tu aku bersuara sebenarnya. dek kerana kita ni cucu, suara cadangan itu kelihatannya minoriti. so, for the sake of undesired things, i just keep my mouth shut and follow those folks doing.* 

jam2300 bergeraklah aku, maklong and paklong ke hospital kuala kangsar. jam0100, keputusan darah keluar. and doktor kata atok dah kritikal dan diisytihar dalam keadaan tenat! ambikkk kau! rupanya, buah pinggang dia dah rosak teruk. dah efek jantung. innalillah.. kemudian dikejarkan ke hospital taiping. mengekor lah aku dan maklong, berdua saja menaiki kereta, mengikuti si van ambulans. almaklum lah aku ni bukan orang perak, buta jalan, maka dipohon lah kepada si pakcik driver jangan tinggalkan aku. haha. baik pakcik tu. alhamdulillah allah mudahkan perjalanan awal pagi tu.

bila maklong dah sign borang waris kepada pesakit tenat tu lah, baru dimaklumkan kepada semua ahli keluarga sanak saudara mengenai kesihatan dan duduk sebenar keadaan atok. dan saat itu lah terbongkar la pekung aku yang sudah pun berada di kampung 4hari awal. aku lah kepala kepada hebahan segala maklumat si atok. hahaha.

atok selamat dimasukkan ke wad jam0430. aku dan maklong bersahurlah di luar wad dengan bekal nasi yang sempat dirembat dari rumah before bergerak ke taiping dengan berairkan air masak saje. dalam sibuk nak drive awal awal tadi, sibuk jugak melayan mesej2 yang masuk. bertambah sibuk selepas waktu sahur dek semua anggota keluarga sudahpun bangun dan membaca pesanan ringkas yg diforwardkan. hahha. *lawak pulak rasa*

"baca mesej piah ni buat rase nak teghoyak je. ayat dia baikkk je.. terus rasa nak balik. takde fikir apa dah."

"haha.. tu bukan ayat piah laa.. piah ikut sebijik sebijik apa doktor kuala kangsar tu bagitahu. tanya maklong"

jam1400, hampir semua anak-anak maklong dah sampai hospital taiping. abang aku pun sampai bersama isterinya yang sedang sarat. abuyah, umi dan ayie sampai malam. pakcu dan makcu pun sampai awal. family aku, dua adik dan family kakak aku je yang tak dapat balik.

dalam masa sama, aku sepertinya suka dan gembira detik dan saat dimana dapat berjumpa semua ahli keluarga yang dah lama aku tak jumpa. aku suka detik keramaian kot. haha.. 

hasil pemeriksaan atok di hospital taiping, atok disahkan penyakit UGIB-upper gastrointernal bleeding. pendarahan dalam perut. ulcer perut. buah pinggang rosak tu dek kerana kurang air. atok diberi tempoh 72jam untuk uji reaksi ubat dan darah. air okay, dapat recover buah pinggang. tapi darah rendah. dah masuk dua beg, tetap tak naik. semua pakat dokk risau. hari ketiga atok di wad, darah stabil. alhamdulillah. selesai jalani tempoh 72jam dengan baik. posisi katil jugak sudah dipindahkan di kawasan pesakit yg stabil dan ready to be discharge. hehehe

semua ahli keluarga pakat dok balik hari ahad. termasuklah aku dan my family. ahah! aku tak sempat sambut atok keluar wad. semua urusan disambung selenggara oleh pakcu dan makcu. begitulah kisah atok untuk minggu kedua ramadhan. sepertinya, ada kesinambungan cerita aku, atok dan kampung pada minggu keempat ramadhan 1435H. hmmm.. allah plans for best. seeking for His guidance ever. :|

driver & preve

bila difikirkan kembali, rasa nak gelakkan diri sendiri untuk 36 saat. hahahha! alkisahnya, aku memang suka drive. sehingga satu ketika, disaat membuat persiapan peperiksaan akhir semester akhir yang lalu, aku sehinggakan terdetik di kotak fikiran untuk mencari kerja sebagai seorang driver.

"rasa macam nak jadi driver je laa kak. tapi nak drive kete mewah2 laa.. cooper ke..haha"

"pulak dahh. macam macam laa awok ni. tapi takpe. awok hebat pun drive."

itu je ke bakat yang aku ada? jadi pemandu? hahaha

"kak, teringinnya nak drive preve. hihi."

"hai.. preve pulak.. mini cooper dah tak minat ke?" 

"bukanlaa. mini cooper tu ofkos laa minat lagi. ni preve ni.. rasa teringin nak drive. 
nampak gempak je.. tak ke~" 

agak dah lama jugak impian itu terpahat.. dan saat abuyah mintak aku balik kampung untuk bawak atok berubat tu, dua impian ni seolahnya terpampang depan mata. tunggu masa je. hahhaa.. 2in1 beb! teruja sebab nak jadi driver dan drive preve je laa buat kan hati rasa 'seronok' nak balik kampung. hahaha

drive preve ni meninggalkan kenangan 'hitam' kot kat aku. hahahaha.. aku sememangnya tak reti and NEVER drive a preve before. blackout giler first time masuk kete. macam mana nak start. kat mana nak letak kunci. ahah. parah. habis orang aku call. sampai mamat tu pun aku rasa nak call. nasib aku dah delete nombor dia je. kalau tak, dia pun terlibat dalam ceritera aku kali ni. pokoknya, aku belajar drive preve melalui fon. daebakk!! kenangan sadisss sungguh! tapi apepun, alhamdulillah. allah kabulkan doa dan impian. haha.
 *trauma tengok preve sekarang~

doktor & qunut nazilah

alkisahnya, aku dan dua lagi sepupu take turn jaga atok pada malam kedua atok di wad. timing aku jaga pulak adalah dari jam0000 sehingga jam0400. waktu tu jugak, aku dah planning nak hafal qunut nazilah. 

dek dunia digemparkan dengan ancaman keganasan tak berperikemanusiaan oleh israel, aku sebagai hamba yang hina ni hanya mampu berdoa. dan kita disarankan untuk kerap membaca qunut nazilah dalam solat sebagai satu usaha kita saudara seagama.

dalam pada tu jugak, aku dok usha perhati sorang doktor lelaki ni.. dia M.O malam tu kat wad tu. strict but simple personality. pandang aku memang taknak senyum langsung. tapi the charisma and attraction are there. ahahhaa.. sengalkan. sempat je merapu. 

untuk kesempatan 4jam tu, aku perhatikan je laa life doktor MO ni. not so bad life laa. kalau jenis yg suka nak buat contribution kat society, keje macam tu takde hal laa aku rasa. besar kot pahala. cuma yang jadi isu nya mungkin hal gaji laa kot. ye laa beza kan gaji doktor kerajaan compared to doktor swasta. tapi tu laa. back to your first aim and principle. what make you choose doctor as your career? everyone itself has their own desire and interest. it supposedly wont harm other. apepun, balik pangkal niat. ececeyyy~

panjang jugak merapu kali ni.. back to state of reality, now we are heading to the last 10 days of ramadhan 1435H. every muslim knows what is the specialty in it. we are looking for the al-Qadr. insha allah.. bersama-samalah kita memburunya. 

akhir kalam, ini hanyalah kisah hidup seorang hamba yang lemah, minta maaf salah silap. jaga diri. jaga iman, jaga akhlak. jaga makan. jaga semuanya. moga moga kita semua ditakdirkan mati dalam iman. insha allah amiin.

No comments:

Post a Comment