assalamualaikum wbt.
ALHAMDULILLAH!!
jom sama-sama kita ungkapkan satu kata yang membawa 1001 makna; tanda penghargaan seorang hamba kepada penciptanya.. "segala puji hanya bagi allah!!"
***
setiap orang diberi tempoh waktu yang sama saja dalam 1 hari, iaitu 24 jam. terpulang kepada individu itu bagaimana dia menggunakan tempoh itu dengan pengisian jenis apa pun. mungkin ada yang gunakan tempoh itu untuk bersolat, berzikir, membaca al-Quran, makan, mandi, beriadah, ziarah sanak-saudara, bersedekah, belajar, menduduki peperiksaan, bekerja, bermesyuarat, bergotong-royong, memasak, tidur dan sebagainya.
beruntunglah bagi mereka yang memenuhi masa seharian mereka dengan perkara yang allah redha, kan? pernah tak kita terfikir, sehingga usia kita pada detik ini, apa yang telah kita usahakan pada masa-masa kita yang terdahulu ... mungkin ada yang berasa, masa lalu mereka terisi dengan keseronokan duniawi sahaja; membazir waktu. dan mungkin juga ada yang berasa masa mereka terdahulu telah mereka manfaatkan atau gunakan dengan sepenuhnya mengikut ajaran Rasulullah SAW dan aturan Allah SWT. alhamdulillah bagi mereka yang dalam golongan yang kedua itu. (hayati semula surah al-asr;103)
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang yang beriman dan beramal salih
dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan kesabaran
tak dapat nafi, rata-rata antara kita asalnya dulu dalam kejahilan (boleh kata jahil laa kot.. takde kesedaran tentang islam secara mendalam) sebelum menjadi seperti sekarang (telah berubah ke arah yang lebih baik, insyaAllah). seperti kata banyak orang, 'berubah sebab dah dapat hidayah'. hidayah ini tak semua manusia dapat. sebab itulah, beruntung dan bersyukur lah kepada mereka-mereka yang terpilih itu. kalau semua manusia jadi baik, siapa nak jadi jahat, kan? ( haha.. boleh pulak kan kata macam tu. astaghfirullah.) hidayah ini, perkongsian dari pengalaman, ada yang kata perlu dicari. caranya? dengan ilmu. cara nak peroleh ilmu? dengan membaca atau mendengar ceramah atau selalu mendampingi sahabat atau orang alim dan dapatkan nasihat dari mereka. atau cara lainnya adalah dengan berdoa. tetapi apa yang penting, hidayah itu perlu dicari, diusahakan. setiap manusia itu ada turning point masing-masing. allah lebih mengetahui yang terbaik buat kita.
sebagai hambaNya, kita perlu bersabar dan banyakkan berdoa. insyaAllah. letakkanlah kepercayaan dan kebergantungan seluruhnya pada allah. hanya Dia yang mampu melakukan segalanya .. percayalah. sebenarnya, kita (manusia) lah yang sebenarnya perlukan allah. tapi kita tak endah perkara itu. tapi allah tidak pernah mensia-siakan hambaNya. penyayangkan allah? subhanallah.. astaghfirullah.. sama-sama koreksi diri.
***
untuk orang nomad, moga cepat sembuh. mesti kau tak percaya dan tak pernah terfikir pun yang sebenarnya kau berpengaruh dalam hidup aku. panggilan orang nomad ni pun entah kau ke ingat ke tidak laa kan..mungkin rasa malu aku agak tebal kot sampaikan aku tegar buat keputusan untuk senyapkan saja perasaan aku ni. (cam poyo je ayat..huhu) macam yang umi aku selalu cakap; belum tiba masanya lagi. now already 6 years since we knew each other and make friend. banyak cara dah aku usaha nak lupakan.. but at the end of the day, aku tetap teringat kat kau. tapi kuasa allah melebihi segalanya.
kalau aku tak dapat dia pun,
pertemukanlah aku dengan orang yang sepertinya
.. aamiin ..
[ quoted feb 2007 ]
aku doakan semoga kau bertemu jodoh yang terbaik. ramai yang kata kau ada rupa (a.k.a hensem laa~) dan itu membuatkan aku rasa kau tak pandang orang macam aku.. (sedih) seingat aku, perasaan aku ni wujud sebelum aku sempat jumpa kau pun sebenarnya. atas cerita-cerita yang dikongsi oleh seseorang, aku rasa kagum and respect ada guy yang boleh kata alim and bagus imannya. insyaAllah. tapi.. kuasa allah melebihi segalanya. aku serahkan segalanya pada Dia. moga aku terus diberi kekuatan untuk meneruskan hidup. again, moga kau cepat sembuh. moga hidup diberkati allah selalu. ada jodoh, ada rezeki, jumpa lagi.
***
semoga hari ini lebih baik dari semalam
dan hari esok lebih baik dari hari ini. insyaAllah
moga allah berkati.
ummushafiyahbintimohdradzi
02389920126519
203kolejdayasari
kualalumpur
No comments:
Post a Comment