awak, saya ada sesuatu nak bagi kat awak. jom jumpa.
ehh.. nak bagi apa?
alaaa.. jom laa jumpa dulu.
ok. bila? kat mana?
*ayat macam takde perasaan. padahal dah lompat eksaited gila gila*
kat tempat biasa.
haha... kat atas tu contoh dialog rekaan. sebagai pemudah faham situasi dimana seorang yang korang sayang, ada sesuatu/surprise nak bagi dekat kita. apa perasaan kita ekk time tu? mesti eksaited lebeyy and happy kann? kan?
haaa.. macam itulah keadaan dan perasaan yang sepatutnya kita rasa bila mana kita di uji oleh allah. ini kerana allah ada sesuatu nak bagi kat kita at the end of the day.. *think twice*
selalu kita dengar orang kata, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah, betul? haa.. itu lah konsepnya. allah have something for you. that ‘hikmah’..
aku pasti, dah bertahun tahun korang berkesempatan hidup di bumi allah ni, korang mesti pernah rasa, hikmah atau kelebihan atas setiap takdir yang allah tetapkan kat diri kita. iye, waktu diuji tu, kita akan rasa macam macam. dunia tak adil lah. nasib selalu tak menyebelahi kita lah, hidup malang lah, hidup tak beruntung lah and MUNGKIN lebih hebat lagi, tanpa segan silunya kita kata allah tak adil, allah begini begini. na’uzubillah.. istighfar banyak yeh. kekadang, dalam situasi emosi tak stabil, emosi tertekan, apa yang kita rasa dihati, tak sempat naik ke otak untuk di interpretasi dulu, tapi terus singgah di mulut dan terus meluahkan rasa. kan.. itulah lemahnya manusia. tapi allah tu MAHA BAIK HATI kan? walaupun di’tohmah’, di ‘salah anggap’ oleh banyak hambaNya, Dia tetap bagi nikmat kat kita.. kita saja yang leka dengan perkara macam ni. selalu pandang enteng kat perkara macam ni.
aku teringat sesuatu.. Yasmin Mogahed; international public figure; one of my idol, dalam buku dia Reclaim Your Heart, ada tulis satu hal. nice sharing pada aku. dia kupas pasal satu ayat dalam surah al-Insyirah. kita pun biasa dah dengar,
bersama kesusahan, ada kesenangan..
dia realize one thing. sebelum dia 18 tahun, dia percaya, ayat tu bawa maksud, SELEPAS kesusahan pasti ada kesenangan. berbeza selepas dia explore dalam dalam tafsir surah tersebut, sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah BERSAMA kesusahan, ada kesenangan.
[aku kompius jugak mula mula. then aku pun pi belek tafsir. memang ayat dia BERSAMA. mungkin korang boleh argue dengan aku pasal ni. tapi aku pun tak follow up lagi dengan para alim untuk pencerahan..heee..so, apa yang aku tulis ni atas dasar ilmu aku yang cetek saja. :D ]
*sambung
dia kupas lagi.. kita manusia selalu pandang perkara negatif itu lebih dominan daripada perkara positif. kita simply claim, hari kita malang hanya kerana SATU insiden. *aku lah tu.haha* padahal kita tak fikir dalam, kita tak renung, daripada SATU kesusahan yang kita hadapi dalam satu hari tu, allah dah bagi kita SATU darab 150 juta nikmat atau kesenangan kat kita dalam masa yang sama! kan. kan.. manusia akan nampak yang negatif tu lebih dominan berbanding yang positif. sebab tu hidup tak pernahnya nak rasa cukup. astaghfirullah.. alpanya manusia.
pengalaman.
satu hari tu kereta aku dah parking baik dah ni. tak kacau parking lot orang pun. entah kenapa mungkin si pemilik kereta depan aku tu rushing lah kottt nak balik rumah sebab anak kucing dia beranak kembar tujuh ke apa, dia reverse sampai langgar bumper aku.
fine. nombor plat patah. fine lagi kalau patah dan nombor nombor tu still ada kat situ.. at least nanti aku tampal je laa kan sementara nak repair baru. ni tak. dia hangkut jugak bawak balik umah. ohoii.. petang balik dari kelas, aku dari jauh dah nampak pelik je kereta aku ni. tapi aku malaasssss nak banyak cerita. aku memang senyum je dari jauh tu. and yes. as expected. kawan-kawan aku dah dok tanya bagai bagai. aku pun tak tahu apa yang terjadi yang sebenarnya. habis kat situ je.. hmmm
kalau diikutkan rasa, memang aku dah claim, hari tu hari malang aku. hanya kerana kereta kena langgar. ahaaaa.. tapi aku balik, tenangkan fikiran yang dah sememangnya kusut, fikir dalam dalam, haritu jugak sebenarnya, ada banyak benda baik/positif yang allah takdirkan. yang boleh lagi membuatkan aku tersenyum. ahaaa.. banyak. series.
then, aku buat declaration baru. ‘ehh.. takde apa lah setakat insiden kecil tu. boleh repair lain. boleh order nombor plate baru yang lagi stylish. lagipun aku memang dah plan nk tukar style nombor plate tu sebenarnya.haha..’ relieve back. mampu senyum semula. nampak tak allah takdir sesuatu. percepatkan hajat nak tukar style plat kereta. hahaha... allah plans always win. admit it!
**sambung
dan again, aku teringat apa yang Yasmin Mogahed tu kata, ada benarnya.. sejak aku realize perkara yang sama, aku pun analyze setiap yang berlaku dalam hidup selepas detik tu. memang sebenarnya, seiringan saja kesusahan dan kesenangan allah bagi dekat kita. sama ada besar atau kecil saja yang berbeza. bergantung kepada bagaimana penerimaan kita. kalau kita ni jenis yang pandang perkara negatif tu dominan daripada yang positif, maka, dirundum kasihan laa seharian kita hari tu. tapi kalau kita ni jenis yang cepat reflek diri, cepat muhasabah diri, dan sememangnya positif punya orang, apa je yang berlaku, kita buat cool saja. hahaha..
ohh.. cakap memang sangat mudah. dan lebih mudah lagi bagi si penaip ni menaip entri nya.ngahaaa.. namun, realiti dan hakikatnya, payah juga nak jadi orang yang sentiasa positif ni. bekalan dalam dada kena tip top. tapi aku percaya, mujahadah itu pahit kerana syurga itu...maniiss... satu je keyword nak berjaya dan latih diri jadi orang positif ni.. sabar. itu saja formula kejayaan. kan. kan.. pada aku lah. terpulang la kat korang macamana korang analyze hidup korang. asalkan masih di track yang betul. insyaAllah..
allah have something for you.
dalam nak sampai hingga ke detik ni,study week, hidup aku sememangnya macam orang tak cukup ruang saja. aku pun tak faham kenapa tiba tiba begini jadinya hidup aku. ahaa.. ayat tak menahan. haha.. 4 projects to be submitted in one week. projek semester. tapi proses nak menyiapkannya memang kena hujung waktu sebab silibus pun tak habis lagi, nak kelentong apa buat assignment. haha..
being a third year 2nd semester CE student such a ‘wonderful’ life. perhaps. haha.. paling hectic, paling tak boleh lupa, minggu ke-13. berubah drastik habis schedule hidup aku. makan entah ke mana, tidur entah ke mana, solat awal waktu nya pun entah ke mana, bermasyarakat pun entah apa apa. hidup memang mengadap projek sahaja. keluar bilik awal pagi. balik bilik pun awal pagi. sambung kuliah lagi.. ohh..ohh.. hidup! aku yang memang asalnya suka dengan kehidupan yang busy ni, terkeluh jugak lah dek penat. ahaaa..
sampai satu insiden, (banyak insiden sebenarnya minggu tu. heee. apapun, allah have something for you), ok, sampailah satu insiden, dia punya sentap, buat aku berubah lagi. haha.. astaghfirullah.. aku kalau ingt balik moment tu, menggigil. *istighfar* aku berubah. aku hairan sebenarnya, kenapa tiba tiba hidup aku tak terurus gila ni. macam ada yang tak kena. aku ambil masa sendiri, tenangkan fikiran. betul betul tenangkan fikiran.
aku teringat balik pesan umi; banyak banyak lah bertenang. pesanan tu dia pesan before aku balik um time balik cuti GE haritu. dia suruh bertenang je drive tu. takyah nak drift sangat. bukan ada apa pun nak dikejarkan. ahaha.. tapi terkesan pulak dekat semua aspek hidup aku. doa ibu kan.. mana boleh buat main.
ok, sambung. aku semak balik segenap perbuatan aku hari hari. tang mana salah. tang mana terlepas pandang. tang mana tak kena cara. aku mark beberapa points yang kena improve. tapi satu yang paling palling paling aku kena buat, BERTENANG. do things one by one. mungkin aku ni jenis yang suka buat banyak kerja dalam satu masa, aku jadi gelabah tak tentu pasal.
aku bandingkan dengan kawan coursemate yang lain. sama je aku dengan diorang. tapi.. ada beza. sebab aku palapes. jadual memang banyak beza dah kat situ. then, aku bandingkan dengan kawan palapes yang bukan satu kursus. sama jugak ada projek bagai, kena attend training kawad tauliah semua, boleh saja hidup terurus. *terurus lah sikit dari aku* aku buat mind set baru. aku tukar target baru.
satu lagi masalah teknikal aku minggu tu ialah aku ingat semua projek tu submit hari last minggu 14 tu. hahaha.. itu pasal aku hairan, kenapa aku gelabah semacam tapi yang lain cool saja. last last, minggu 14 tu, submit 1 projek saja. 2 lagi waktu study week dan 1 lagi, lepas exam subjek tersebut. ya allah! gembira, tenang dan bahagia dia, aku tak reti nak express. hahahaha.. minggu 13,14 tu 90% jugak la dah setel. heee.. syukur nikmat.. allah permudahkan urusan. allah panjangkan kesempatan waktu..
apapun, perkara lanjut yang aku boleh kata, bersangka baiklah dengan allah. dan jangan bertangguh. series wey, ‘jangan bertangguh’ tu tips hidup terurus jugak sebenarnya. hahahaha.. ye, bersangka baik dengan allah. sangka baik lah dengan Dia. Dia punya plan, sememangnya yang terbaik. jangan argue. kita yang hamba ni, kena bersabar.
Ustaz Nik Farhan pun pesan,
‘sad’ ‘ba’ ‘ra’.
awak ada benda ni, setel semua urusan awak.
hmm, memang payah nak buat. aku pun dah rasa. tapi sama sama lah kita berusaha ye. insyaAllah. allah berkati hidup. allah rahmati semua.
mintak maaf salah silap. ayuh doakan sesame kita. insyaAllah. =)
ALLAH HAVE SOMETHING FOR YOU..
bisiklah pada diri tatkala diuji, dengan bisikan yang ikhlas dari hati
dan gaya memujuk yang memikat hati..agar hilang resah, badai dan kesulitan diri..
(aku pun tengah berbisik ni.. hahahaha..)
notaKaki:
+ apa yang berlaku pada diri, jangan cepat sangat nak melatah.. dunia saja semua ni..
+ aku tak tahu duduk sebenar keadaan atau apa yang terjadi.. aku pun dah putus fius nak buat apa. dan aku lebih selesa buat senyap saja...
+ lebih kepada sedar diri kott.. sedar diri yang dah ditolak diketepi. ehh.. haha.. perhaps.
+ penat sebenarnya nak berpura-pura ni.. tambah hidup jenis yang reti jujur je. hahha! perasan!
+ fighting, peeps!! :)
No comments:
Post a Comment