Monday, August 5, 2013

hati yang tersakiti

tajuk entry tak menahan. haha! first entry dalam bulan berkat; Ramadhan, tiba-tiba pergi post entry pasal hot setafff gini.. memang lahh takde kerja. haha...

sebelum terlanjur ber'karya', ayuh lah wahai pembaca belog sekalian, sama sama kita panjatkan rasa syukur kepada allah, diatas SEGALA nikmat, limaph kurnia, dan belas ihsan serta kasih sayang yang Dia berikan kepada kita sehingga hari ini.. semua itu, memang kita sebagai hamba ni, tak kan pernah mampu nak balas. ALHAMDULILLAH..


dalam melayari kepekatan malam
tiba satu saat aku tersedar
ohhh..
aku bukan lah dari golongan sastera
tak reti pulak nak berkarya madah kata bagai
hahaha! 
*kensel nak bermadah*


ok lah.. hati yang tersakiti. first impression mostly mesti terfikir dek kerana cinta kann? heee.. malu lah nak share pasal kisah chenta ni.. *uwweekkk. padahal takde pun* 

kali ni hati tersakiti dek kerana sikap diri sendiri.. dek kerana kejahilan diri.. dek kerana kelemahan rohani.. ohh alangkah ruginya rasa hati. 

sedar tak sedar, kita dah masuk hari ke-27 Ramadhan. dah 27 hari kita berpuasa. sedar tak?? haha.. dalam erti masa lain, kita semakin dekat dengan hari lebaran hari kemenangan. dan semakin dekat jugak dengan penghujung Ramadhan. bulan yang mana peluang pengampunan dosa dari Allah tu luar biasa sama sekali. hanya terdapat dalam bulan ini sahaja. 

malah dijadikan jugak, terdapat satu malam yang mana jika kita beribadah pada malam tersebut, diibaratkan kita beribadat seperti 1000 tahun lamanya. hebatkan sifat penyayang allah. Maha Pemurah sungguh Allah. tinggal saja, diri kita sendiri. mahu atau tidak mahu. 

bagi orang yang sentiasa berdosa macam aku, yang jugak seorang pendosa, aku rasa sangatlah rugi jika bulan yang penuh berkat ini, kita manfaatkan dengan sambil lewa saja. sebab apa? sebab bulan ni allah buka peluang pengampunan tu seluas-luasnya. jadi apalah salahnya, *memang takde salah pun* kalau kita buat pengorbanan yang sekecil kuman itu untuk perbanyakkan ibadat sepanjang bulan ni.. kan? gunalah peluang hari yang masih berbaki ini sebaik-baiknya.. fight guys! kita tak tahu, tahun depan jumpa lagi ke tidak lah dengan bulan ramadhan ni.. kan? kann? na'uzubillah..

aku nak share something.. i got from tazkirah through the tv show. tak ingat ustaz mana yang bagi talk.. sebenarnya bagi kesan kat aku yang sedang 'lena' sebenarnya. so i jotted them down.

Orang yang layak mendapat maghfirah(pengampunan) daripada allah.

Ada 6 points ustaz tu bagi untuk kita nilai sama ada diri kita ni layak mendapat pengampunan allah atau tidak.

1. seseorang tu memiliki sifat taqwa.. kat sini, dia elaborate lagi kriteria taqwa yang dimaksudkan..
    - bersifat tawaduk: iaitu seseorang tu bersifat rendah diri
    - kedua, qanaah: iaitu dia berasa cukup dengan apa yang allah bagi
    - ketiga, dia bersifat warak
    - keempat: dia yakin, dalam kes halal dan haram. dan dia tak kan ambil perkara yang syubhah..

2. seseorang yang itu suka menderma - sama erti lah dengan suka bersedekah.. fahamkan? takyah lah explain pepanjang..

3. orang yang menahan marah - perkara ni sukar sebenarnya nak buat. sebab tu, ganjaran dia besar.. ciri orang ni, marah dia marah bertempat.. contoh, marah dengan kes penganut agama lain mempersendakan agama islam; wish berbuka puasa dengan hidangan makanan haram. dan sebagainya. 

4. orang yang memaafkan kesalahan orang lain.

5. seseorang yang apabila berbuat perbuatan keji atau perkara yang menzalimi dirinya sendiri, dia segera membersihkan dirinya semula. 
    - bahasa mudah nya, dia segera bertaubat apabila dia buat perkara yang salah.. bukan senang nak pupuk habit ni.. sebabnya, rata-rata kita suka bertangguh nak buat solat taubat. itu mungkin boleh dikategori baik lagi kot; rasa jugak nak bertaubat. ada jenis hamba yang lain ni pulak, tak tahu pun yang dia buat tu, perkara yang mendatangkan dosa! haaaa.. itu lagi parah. haha.. 

dan point akhir, point yang buat aku sentap,

6. seseorang itu layak mendapat pengampunan dari allah seandainya dia berjaya berhenti melakukan perbuatan keji yang selalu dilakukan sebelum bulan puasa dan terus meninggalkan perbuatan keji itu walaupun selepas bulan puasa.
   - habit manuasia ni beza-beza.. dah nama pun habit, faham saja lah. benda yang kita biasa buat, selalunya susah nak tinggal. jadi aku tersentap sebab even dalam bulan puasa pun, aku still buat, sure lah lepas habis puasa pun aku buat kann. jadi, apa perubahan ke arah kebaikan yang aku capai sepanjang berpuasa? macam boleh kata useless lah kann.. sebab dok fikir macam tu lah, aku sentap masa sendiri. haha..

jadi, ustaz tu ajak buat refleksi diri.. macam aku cakap kat point 6 tu lah.. what's the point ramadhan had changed you. more or less? cermin balik diri.. periksa balik dari atas kepala sampailah hujung kuku kaki.. *merepek* sia-sia lah kalau kita tak bawak pembaharuan pada diri sepanjang sebulan kita berpuasa ni kann? kann?

masih ada beberapa hari berbaki. gunakanlah dengan semaksima mungkin.. fighting! :D


selamat menyambut hari lebaran *in advanced*.. semoga tahun ini, terlakar 1001 kenangan manis dihari kita meraikan kemenangan bersama insan tersayang di sisi okey! minta maaf salah silap. minta diampunkan segala dosa. halalkan segalanya. 

akhirnya, jaga diri, jaga iman, jaga solat, jaga makan, jaga berat badan, jaga semua! :))

semoga allah berkati.
wallahu'alam.



No comments:

Post a Comment