Thursday, August 4, 2011

tenggelamnya kapal Van Der Wijck

dengan nama allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
assalamualaikum wbt..

pernah baca novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck?
hasil karya HAMKA..

heee.. mesti ramai yang dah baca..
aku je yang ketinggalan jauh ke belakang..
baru sekarang ni berkesempatan nak baca.
karya yang menggunakan seratus peratus bahasa sastera.

--- sinopsis ---

novel ni menceritakan kisah percintaan yang tidak kesampaian dek kerana mengagung-agungkan adat resam ninik mamak dulu kala.. sedih kan? kalau dek kerana syariat, boleh lah nak terima lagi. tapi ni adat je. yang rata-rata dah jadi budaya malah kepercayaan. hmmm..

kisah percintaan yang tak kesampaian ni, bukan separuh jalan penghidupan. tapi sampai nyawa hilang di badan! mereka tetap tak dapat disatukan. dah takdir.

di belakang kita berdiri satu tugu yang bernama nasib,
di sana telah tertulis rol yang akan kita jalani.
meskipun bagaimana kita mengelak dari ketentuan
yang tersebut dalam nasib itu, tiadalah dapat,
tetapi harus patuh kepada perintahnya.

tahu lah aku sekarang, novel ini berkisahkan apa. sebelum ni, tertanya-tanya jugak.. kisah cinta rupanya. watak utama nya ialah zainuddin dah hayati. zainuddin ni anak campuran dua keturunan. ayahnya; Pendekar Sutan, orang Minangkabau. manakala ibu nya; Daeng Habibah, orang Mengkasar. namun, ayahnya meninggal dunia sebelum kelahirannya dan ibunya pulak sesudah kelahirannya. tinggal lah zainuddin hidup yatim piatu dijagai bagai menatang minyak yang penuh oleh ibu angkatnya; Mak Base, sehingga dewasa.

apabila dah dewasa, zainuddin ni bertekad habis nak balik ke kampungnya di Minangkabau, negeri nenek moyang nya. mengharapkan ada tuahnya di sana. tapi sangkaan nya meleset. di sana, dia dianggap orang luar. begitu juga ketika dia berada di Mengkasar. biar berbudi dia pada orang kampung, dia tetap dipinggirkan dalam segenap hal yang melibatkan adat. darjat nya tetap rendah..

pada awalnya, dia boleh je bertahan. namun, kelamaan, dia putus asa jua. dalam keputus-asaan dia itu lah, takdir menentukan dia dengan hayati. cinta pertama zainuddin. cinta yang suci murni. persahabatan dengan hayati lah membuatkan zainuddin kuat untuk terus tinggal di Minangkabau. awalnya je berdamping atas nama sahabat. selebihnya, atas dasar suka sama suka; cinta. mereka ni saling berhubung melalui surat. berjumpa pun, hanya sekadar kebetulan dan pernah jugak berjumpa kerana hal yang penting. kalau sekadar suka-suka nak lepas rindu, tak de la. sebab keduanya pun menjaga batas. alhamdulillah..

hayati setuju nak bersahabat dengan zainuddin pada awalnya adalah kerana ketinggian budi pekerti zainuddin dan atas dasar belas kasihan. zainuddin ni kan di anggap orang luar. hidup dia sering juga dipinggirkan. tak de tempat meluah rasa, hanya pada hayati je yang dia percaya. hayati ni pulak memang dah tersedia maklum oleh orang-orang kampung. menjadi kegilaan pemuda jugak la kerana kecantikan wajahnya, akhlaknya dan agamanya.

lama-lama, tabiat saling berutus surat diketahui orang ramai. mulalah timbul bunyi-bunyi yang tak sedap di dengar. akhirnya sampai jua ke telinga pakcik hayati dan mande zainuddin. satu hari, pakcik hayati berjumpa zainuddin. dia menasihati zainuddin supaya ditinggalkan bumi Batipuh itu segera mungkin sebab nak jaga maruah kedua-dua belah pihak. zainuddin pun terima nasihat itu dengan hati terbuka walaupun seksa.

hari zainuddin berangkat meninggalkan Batipuh untuk ke Padang Panjang, hayati datang kali akhir. waktu tu, hayati dengan berani berterus-terang dan berjanji :

'. . . bahawa jiwaku telah diisi sepenuh-penuhnya oleh cinta kepadamu.
cintaku padamu telah memenuhi hatiku, telah terjadi sebagai nyawa dan badan adanya.
dan selalu saya berkata, biar Tuhan mendengarkan,
bahawa engkaulah yang akan jadi suami ku kelak,
jika tidak sampai di dunia, biarlah diakhirat.
dan saya tiada kan khianat dengan janjiku, tidak akan berdusta di hadapan Tuhan,
dan di hadapan arwah nenek moyangku . . .'

zainuddin jadi kuat untuk meneruskan hidup mendengarkan ikrar setia hayati itu. dia pun berangkatlah meninggalkan Batipuh ke Padang Panjang. dia mulakan hidup baru, menyambung niat asalnya yang tergendala dulu untuk menuntut ilmu agama.

setelah sekian lama tidak berjumpa, ditakdirkan di Padang Panjang akan diadakan satu pacuan kuda. kebetulan, hayati mempunyai sahabat karib di Padang Panjang; yang kerap jugak dihubungi melalui surat, bernama Khadijah. Khadijah memaklumkan hayati akan pertandingan itu dan mengajaknya datang lantaran sudah lama tak jumpa. dalam masa sama, hayati memaklumkan zainuddin untuk turut hadir.

khadijah adalah seorang wanita moden. mempunyai seorang abang bernama aziz yang kaki perempuan, kaki botol dan kaki judi. pertama kali hayati tiba di rumah khadijah, rasa jelek juga khadijah melihatnya. gadis kampung. pada hari pertandingan, bertambah jelek nya khadijah apabila hayati mengenakan pakaian kurung dari sutera. sedangkan dia dan kengkawannya, berpakaian moden ala model. dimarahinya hayati dan dimintanya untuk tukar pakaian tanpa berselendang. hayati menurut.

di tempat pertandingan, hayati terserempak dengan zainuddin. zainuddin memandangnya dengan rasa pelik yang menggunung. hayati sudah berubah. tubuhnya tidak lagi diberi pakai dengan pakaian yang menutup aurat, tetapi terbuka sana-sini. mereka tak sempat bercakap pun kerana hayati dikelilingi khadijah dan kawan-kawannya. dalam masa sama, aziz telah jatuh hati dengan hayati. jatuh hati atas dasar kecantikan rupa paras.

zainuddin utus surat menasihati hayati agar jangan berubah dek arus modenisasi. biar lah di mata orang dengan berbaju kurung kelihatan orang ketinggalan, tetapi tidak sekali dimata zainuddin. namun takdir allah, tiada siapa mampu menduga. aziz memasang niat untuk memperisteri hayati. dia mula berubah sedikit demi sedikit. kebetulan lagi, zainuddin juga mengutus surat kepada keluarga hayati dengan niat untuk memperisterikan hayati. dipanggillah seluruh ahli keluarga hayati berbincang hal ini, memilih calon suami yang terbaik. selepas ditimbang tara, ahli keluarga hayati sebulat suara memilih aziz dek kerana dia orang Minang. ditanya pula kepada hayati, dia hanya mengikut apa yang terbaik bagi ninik mamaknya. hayati pun berkahwin dengan aziz. diutus oleh hayati surat kepada zainuddin memaklumkan akan perkahwinannya itu adalah keputusan dirinya sendiri. dia berharap zainuddin terima dengan ikhlas hati.

'hayati telah memungkiri janjinya..', bagi zainuddin.

zainuddin jatuh sakit berbulan lamanya. dia menjadi kurus kering. hingga pernah terfikir untuk bunuh diri saje. waktu tu, dia tinggal dengan sahabatnya; Muluk bersama ibu Muluk. mereka berdua lah yang banyak membantu zainuddin. hingga satu ketika, Muluk hilang sabar dengan zainuddin. lantas, dia menasihati zainuddin seperti ini:

"hentikanlah segala permenungan ini, guru muda.
sebab segala yang yang kejadian itu telah berlalu masanya;
apa yang telah tertentu sejak dalam rahim bonda tak dapatlah makhluk mengelakkan.
begini banyak ilmu yang telah guru tuntut, begitu tinggi budi pekerti dan kesopanan guru;
akal panjang fikiran luas, pemandangan jangan disebut.
tiba-tiba dihadapan keadaan yang begini, guru bersemangat lemah.
lebih lemah daripada kami parewa yang tak kenal membaca bismillah.
tidaklah baik hidup yang murni dan mulia dikurung diterungku
kerana hanya semata-mata memikirkan seorang perempuan,
seakan-akan hanya itulah perempuan di dunia ini."

zainuddin bangkit dari sejarah hitam. dia berpindah ke Jawa. disanalah dia membina kariernya sebagai penulis. hari demi hari, zainuddin makin tersohor yang dikenali masyarakat dengan penulis 'Z' kemudian sebagai Shabir.

hayati dan aziz berpindah ke Jawa atas urusan kerja. aziz dah kembali ke perangai lama. hayati hanya makan hati berulam jantung untuk sekian tempoh yang agak lama. satu hari, zainuddin yang tersedia maklum akan pemindahan hayati ke kota itu, mengundang mereka suami isteri ke satu majlis anjuran kelab anak sumatera. disitulah, hayati berjumpa dengan zainuddin@shabir. sejak itu, persahabatan mereka suami isteri dengan shabir, akrab. zainuddin memndam rasa dalam diam. namun, dia tak mampu berbuat apa.

satu hari, rumah aziz didatangi konco judi tempat aziz kalah bermain. habis semua harta mereka dirampas. ketua majikannya turut datang menghantar surat pemberhentian kerja. tinggallah mereka sehelai sepinggang. aziz membawa hayati ke rumah zainuddin meminta belas ikhsan. aziz jatuh sakit. sebaik dari sakit, aziz bertekad untuk ke 1 tempat untuk mencari pekerjaan. hayati ditinggalkannya dahulu di rumah zainuddin.

beberapa ketika, aziz menghantar surat kepada hayati, membebaskan hayati dan meminta kemaafan atas kesilapannya. begitu juga kepada zainuddin, dimaklumkan nya hayati telah dibebaskan/cerai, dan meminta kemaafan. zainuddin bingung. keesokan hari, berita kematian aziz bunuh diri, tersebar di dada akhbar. tinggallah hayati seorang janda.

ini lah masa yang ditunggu-tunggu buat kedua-dua pasangan sejoli ini, untuk disatukan atas ikatan yang sah. namun, oleh sebab dendam zainuddin yang tak sudah-sudah; dek kerana hayati memungkiri janjinya dahulu, keinginannya diketepikan dahulu. hayati disuruhnya zainuddin untuk pulang ke Batipuh.

'orang Minangkabau kaya dengan adat'; zainuddin

balik lah hayati ke Batipuh menaiki kapal Van Der Wijck yang telah ditetapkan tiketnya oleh zainuddin. hayati sempat menulis surat sebelum dia berangkat. panjang lebar surat tu. ketika perjalanan, tidak terduga oleh manusia, diwaktu semuanya nyenyak menikmati tidur malam, kapal yang dinaiki hilang kawalan. karamlah ia di tengah lautan dalam.

hayati masih terselamat! segera zainuddin dan Muluk ke tempat hayati diberi rawatan. namun, waktu tu pun, dah nyawa-nyawa ikan.. zainuddin sempat membacakan kalimat syahadah dan di ikuti oleh hayati. kali pertama, diulang hayati dengan suara. kedua kali dengan gerak mulut. dan yang ketiga kalinya, tanpa sahutan. pergilah hayati dari muka bumi buat selama-lamanya.

zainuddin jatuh sakit. untuk mengubat rindu dan duka, atas nasihat Muluk, zainuddin menziarahi pusara hayati setiap hari. hinggalah satu malam, ketika meneruskan karya nya yang terakhir, zainuddin diserang rasa sakit. meninggallah dia di atas katil di dalam kamarnya sendiri. jenazah zainuddin dikebumi bersebelahan dengan pusara hayati. tinggallah mereka berdua dalam kenangan dengan kisah cinta yang tidak berkesampaian itu..

--- sekian ---


terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment