Monday, August 15, 2011

taat nya dia.. #2

assalamualaikum wbt.
bismillahirrahmanirrahim..

dipanjatkan doa, semoga readers sentiasa dalam keredhaan allah selalu. insyaAllah.

entry kali ni, berkesinambungan daripada 1 entry aku before ni. taatnya dia.. ditakdirkan allah, aku panjang kan kisah aku tu kepada umi dan adik bongsu aku.. kat area kawasan rumah aku, pak cik tu dikenali orang dengan panggilan uncle india muslim.

alkisah, dulu, sewaktu awal dia memasuki rancangan felda, dia adalah seorang muallaf. baru sangat lagi dia masuk islam waktu tu. dia sebenarnya sudah pun berkahwin dan mempunyai anak. namun, hidayah itu milik allah. kan? hanya dia dan salah seorang daripada anaknya saja yang sebulat hati untuk masuk islam. kini, dia seorang duda. dia dan isterinya sudah pun bercerai. anak-anaknya pulak, tak tinggal dengan dia. jadi, dia masuk rancangan felda seorang diri. tinggallah dia keseorangan sehingga kini. namun, kesihatannya tidak lah menggalakkan sangat. dia dah tak larat untuk berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

pertembungan aku dengan uncle tu bersama seorang wanita; yang aku sangka itu adalah isterinya; membongkar sejarah lamanya ini. aku pun tak sangka. rupanya, wanita tu BUKAN LAH ISTERI UNCLE.. tapi hanya lah orang gaji. wanita indonesia tu bekerja di rumah uncle india muslim tu waktu siang hari. buat lah kerja-kerja rumah. sebab uncle tu dah tak mampu nak buat semuanya. makan harian, semua ditanggung. waktu malamnya pulak, orang gaji tu balik la ke rumah dia. [ aku pun tak tahu kat mana ]

sampai lah 1 petang, aku berselisih dengan mereka berdua ditepi jalan. wanita indonesia tu bawak uncle tu ke bazar ramadhan. yang jarak nya ada lah dalam 5o0 meter. gigih orang gaji tu menolak kerusi roda uncle. walaupun bulan puasa! kan. tak ke? ("v")

patutlah banyak persoalan muncul dalam fikiran aku ni. ke mana pergi anak-anak uncle tu sampai tegar membiarkan 'ibu' dan ayahnya begitu? hmm.. rupanya, ada cerita disebaliknya..

sekadar itu saja.


terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment