Wednesday, August 3, 2011

taat nya dia...

salam 'alaik..


[ramadhan kedua; jam 1805; di atas jalan raya]

sekian aku memecut motor yang dibonceng.. ada lah dalam kelajuan 60km/h, maklum lah atas 'jalan besar' kata orang kampung, hati aku tersentap melihatkan satu kejadian...

'astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.'

'subhanallah ya allah..'

'masyaAllah!!'

sentap!

segera aku tutup mulut dengan tangan sebelah kiri manakala yang kanan terus memulas pedal minyak. sedikit slow kelajuan lepas aku melintasi 'mereka' itu.. ya allah.. tak dapat nak gambar dengan kata-kata waktu.

kesetiaan dan ketaatan seorang isteri jelas terlihat!

[gambar hiasan]

aku baru saja melintasi sepasang suami isteri di sebelah jalan sana.. terharu sangat! si isteri tetap melemparkan senyuman kepada makhluk di sekeliling yang rata-rata memang tak lepas kan peluang untuk melihat mereka..

petang itu, cuaca agak panas. walau tidak sepanas di tengah hari, boleh juga lah peluh nak keluar kalau buat kerja. apatah lagi bagi si isteri tadi. setia dia membawa suaminya keluar. taat dia kepada si suami yang kini sakit..

pada perkiraan aku, mereka ini baru saja pulang dari bazar ramadhan. destinasi yang sama yang aku nak tuju. sebab aku nampak beberapa bungkusan plastik makanan pada riba pakcik tu. tapi aku bermotor. takde la nak merasa peluh menitik satu pun. dan makcik tu berjalan kaki. malah, siap menolak krusi roda suaminya lagi.. ya allah.. menggeletar tangan aku membonceng waktu tu. terharu! terpacul keluar dari fikiran, 'kuat nya makcik tu!' . 'tak panas ke kaki makcik?' . 'kenapa masih nak ke bazar?' . 'mana anak-anak?' . macam-macam...

sampai ke malam, aku teringat kejadian itu.. ketaatan seorang isteri kepada seorang suami.. hmm.. banyak juga kejadian lain sejak kebelakangan ini yang berlaku kepada orang sekeliling aku.. pada umi.. pada akak.. taat mereka kepada suami masing-masing.. tersentuh aku..

'aku pulak macam mana nanti?'
[ soalan nakal muncul di benak fikiran ]

'wallahu'alam.. semoga jadi macam diaorang jugak!'
[satu suara dalam hati tolong jawab..haha]

fikiran aku teringat akan 1 hadis nabi.. yang boleh memberi motivasi kepada para wanita bergelar isteri..

Rasulullah s.a.w bersabda,
"apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang 5 waktu, mengerjakan puasa di bulan ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka, masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki."
[hadis riwayat at-thabarani]

semoga para isteri akan terus mentaati suami mereka hingga akhirnya
[ikut keadaan. selayak yang si suami berhak dapat]
dan
memperoleh ganjaran yang dijanjikan oleh allah..
insyaAllah..


p/s: doakan aku! moga dipertemu jodoh yang selayaknya untuk aku yang hina ini.. [ m0od: gatai ]

terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment