Sunday, June 10, 2012

jom amal !

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt. 

pertamanya, suka nak ajak pembaca panjatkan rasa syukur kepada Pencipta sekalian makhluk, tuhan kita yang Maha Esa, Allah SWT, di atas segala nikmat kurniaan yang dipinjamkan Dia kepada kita sehingga ke hari ini. Dua nikmat yang penting ialah iman dan islam. ALHAMDULILLAH.  :)

entry kali ini hanya nak kongsi mengenai satu surah ringkas lagi pendek dan menjadi pilihan kebanyakan orang untuk dibacakan di dalam solat. ahaaa.. surah terakhir dalam al-Quran, surah ke-114; An-Nas. walaupun hanya punyai 6 ayat saja, kalau diamati betul-betul maknanya, masyaAllah ... ! 

pada hemat aku sendiri, mula-mula aku baca tafsir surah ni, aku rasa dah terpaut hati. sebabnya surah ni bagus untuk diamalkan baca kerana ia membantu kita dalam hal menjaga hati daripada diganggu dengan gangguan-gangguan syaitan yang terkutuk.

so, bagi sesiapa yang punya masalah jiwa kacau macam aku sekarang ni, rasanya molek sangat dah untuk baca sokmo surah ni. ahaaa...


jom baca sekejap! :) 




KELEBIHAN MEMBACA SURAH AN-NAS DAN AL-FALAQ

1.Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

2.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah baca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

3.Saidatina Siti Aisyah r.anha menerangkan :

“Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

4.Saidina Ali r.a menerangkan :

Pernah Rasulullah SAW digigit kala jengking, kemudian mengambil air garam, Dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Nas, lalu disapukan pada anggota yang digigit.

5.Uqbah bin Amir menerangkan, Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan
bersama dengan Rasulullah SAW, baginda membaca surah Al-Falaq dan Surah An-Nas,
dan aku pun disuruh juga membacanya.

6.Uqbah bin Amir menerangkan bahawa Rasulullah SAW berkata kepadaku :
"Mahukah ku ajarkan kepadamu 2 buah surah yang tidak terdapat dalam Zabur,Taurat dan Injil?"

"Saya menjawab :Baiklah ya Rasulullah"
Kemudian Rasulullah SAW membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas

moga allah bimbing.
~ jadilah seseorang yang bermanfaat kepada orang lain ~

100620120112@usmr6519
break-study-time
kuala lumpur.