Wednesday, March 14, 2012

dia.

dengan nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

thanks to reader to drop-by on this entry.

hari dah menjangkau awal pagi. tapi aku bagaikan kelawar yang tak reti-reti nak tidur. lately, sleeping time banyak yang lari. tak tahu lah kenapa. mungkin kerana stress nak settlekan kerja and etc. moga allah berkati.

kebelakangan ini, banyak hikmah yang allah nak tunjukkan pada aku. cuma tinggal aku saja, nak terima or ambil sebagai pengajaran dan jadikan pedoman, atau abaikan begitu saja.. hikmah yang allah bagi pada orang lain... tapi aku terlibat secara langsung ataupun tidak.
ya allah...
hebat kan orang-orang yang diuji itu!

*******

buat dia,

kita sebenarnya ... menanggung rasa sedih dan hiba sangat sangat sangat sewaktu kau menceritakan duduk sebenarnya kondisi kesihatan kau. betul kata kau, orang yang tak belajar sama bidang dengan kau, tak kan rasa concern sama macam orang yang belajar sama bidang..

sebabnya ... bila kita google and tengok image-image yang seangkatan dengannya ... kita rasa macam.. ya allah... beratnya bebanan sakit yang kau kena tanggung. tapi respon kita waktu kau call tu, tak nampak kan macam kita concern.. hukhuk.. sebab kita lambat effect. kau pun tahu, kita ni jenis lambat sikit feeling nak datang.. heee.. my bad.

kita jadi takut. tapi kita tahu kau mesti rasa lebih dari itu. macam kau cakap, kau sendiri belajar benda yang kau alami. kau akan tahu kesannya macam mana. progressionnya macam mana... ya allah.. sedihkan rasa. kita teringat nada percakapan kau... kau sedih dalam gembira sebenarnya.. tapi kita tak respon yang sewajarnya.. mesti kau lagi sedih dan kecewa kan dengan kita..

kita mintak maaf.

kita takut... lepas end call, air mata ni macam sungai yang mengalir. kita tak bagi respon yang sewajarnya time kau cerita tadi. kita sedih sebenarnya. kita rasa nak nangis tapi kita taknak kau dengar. kau pun tahu kan kita ni jenis tak pandai nak ekspress feeling. minta maaf ek.. ^^

tadi kita terfikir.. kau sebenarnya beruntung sangat. walaupun kau kata allah uji kau macam-macam, tapi kau kuat. itu yang membuatkan kau kuat. kan? i know you realize even more. kau belajar and at the same time kau facing that problem. pada kita, dari segi belajar, kau akan mudah ingat.. tapi dari sudut lain... perasaan, keadaan, kau saja yang tahu betapa beratnya ujian yang allah bagi tu..

kita rasa takut peristiwa tahun 2010 ke atas kawan matrix kita itu, kita akan hadapi lagi.. kita jadi lagi sangat sedih.. tapi, itu membuatkan kita sedar banyak perkara..

- itu membuatkan kita sedar yang mati itu pasti. kita akan berpisah meninggalkan dunia ini..
- itu membuatkan kita sedar yang segala perbuatan kita, amalan kita, menentukan keadaan kita mati nanti..
- itu membuatkan kita sedar sejauh mana sumbangan kita pada islam..
- itu membuatkan kita sedar untuk jadi seorang hamba yang lebih bersyukur, jadi lebih dekat dengan allah..
- itu membuatkan kita sedar untuk hargai kawan-kawan, family and apa yang kita ada sekarang..
- itu membuatkan kita sedar supaya jangan asyik sangat dengan kehidupan dunia ni..
- itu membuatkan kita sedar yang sebenarnya banyak sangat hikmah dari allah yang kita terlepas pandang...

kita sayang kau. kita harap kau tahu and ingat itu.

kita doakan yang terbaik buat kau. always be and think positive. selalu lah berdamping dengan kengkawan yang lebih alim supaya kita jadi kuat dan terbimbing.. kita selalu doakan kau dalam doa kita. jaga diri baik-baik.

lagi satu, kita teringat seorang ustaz ni pernah cakap..

'dont keep on asking, why this and that happened to me..
why me??
why not others?
why always me??
why me?
why me?
why me?
tetapi bersyukurlah.
dan sedarlah yang janji allah dah sampai.
janji allah benar.
yang mana, allah sendiri ada berfirman,
tak ingat ayat apa dari surah mana
bahawasanya,
setiap manusia itu pasti akan diuji..
dari segenap aspek..

be strong my dear! moga allah sembuhkan.


*********

sampaikanlah warkah ini kepada dia.
ummushafiyahbintimohdradzi
1403201210356
koeljkediamankelimaum
kualalumpur.