Monday, April 7, 2014

ape daaaaa~

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt.

alhamdulillah. syukur kepada-Mu allah atas segala nikmat yang Kau beri kan kepada aku sehingga ke hari ini.

segala puji buat-Mu allah, tuhan Yang Maha Mendengar.. lagi Maha Mengetahui. hanya Engkau lah yang aku sembah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Engkau, ya allah.

allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala 'alihi wasohbihi wasallim.

rindu rasanya nak berbelogging.. terkadang hanya mampu 'berbelog' dalam kepala je. tak berkesempatan nak taip taip semua ni. hihi..

first half of the semester was just ended.
ini bermakna, dah 7 minggu kuliah dah aku jalani untuk semester terakhir sebagai pelajar tahun akhir ni. insyaAllah. dalam tujuh minggu itu jugak lah banyak perkara yang allah dah planned untuk aku. mungkin dapat difikirkan, tujuannya hanya untuk membimbing aku ke jalan yang lebih Dia redha.

as time flies, aku seperti merasakan, aku seolah olah seperti 'mencabar' kekuasaan allah. aku degil. degil giler sangat. hihi..satu hakikat yang aku semakin mengerti dari hari ke hari adalah, dalam perbezaan ujian yang allah bagi ke atas setiap hamba-hambaNya, aku ni boleh diklasifikasikan sebagai golongan hamba yang sering di uji dengan perihal hati dan perasaan. ahaaaa... lemah!

**** [1] ****
kalau pengalaman lalu, it took about almost eight years, kalini.. i did expect for months je actually. hahha. ternyata, syaitan juga semakin 'kreatif' dan 'moden'. aku tewas jua. sebelum sem last ni bermula pun, aku dah habis fikir sebenarnya. tapi tup tup, aku still didnt change.. bila rasa a.k.a perasaan tu dah wujud, susah jugak rupanya nak buang. haaa... *buang terus kauu*

"aku rasa tak perlu dah kot nak berkawan baik sangat.."

perlu kot.

"aku pernah dengar orang kata, 
mana ade lelaki yang nak berkawan baik dengan perempuan.
alih-alih mesti kena kacau punya.."

aku taknak kau buat keputusan yang tak perlu untuk perkara yang tak sepatutnya
takkan sebab ada perasaan, terus nak putus kawan. boleh kawal kot..

"kau cakap senang.. sebab kau tak faham. ok fine, kau suruh aku kawal.
then, aku decide nak elak dari kau laa. dah itu je cara yang better bagi aku..
kau tak rugi ape pun.. and aku tak susahkan kau ape ape pun."

taknak.

"apa maksud rapat/kawan baik bagi kau?"

kawan baik laa. kalau aku ade nak mintak tolong, kau boleh je tolong aku.

"lagi?"

macam tu je laa. rapat laa tu kan?

"hah. tu je rapat bagi kau. tu bukan rapat. tu bukan kawan baik. 
tu seolah olah macam kau pergunakan aku je untuk kepentingan kau."

ape pulak.

" hmm.. suka hatilah. aku tak tahu nak decide ape. aku tak tahu apa yang aku patut fikir and apa yang aku patut buat. biar lah masa yang tentukan, 
dan biarlah allah yang bimbing aku ape yang aku perlu buat.

throwback. bestfriend of mine. discussion before the semester start.
kitorang start rapat since 1st year dek kerana join rotu. hakikatnya, aku kenal dia waktu tu pun dengan status dia ni pakwe orang. and strictly said i dont want to be the 3rd party. lagipun time tu aku tak berperasaan apa pun. serious said. malang nya, dek konon nye berkawan baik, aku terSuka pulak kat dia start 2nd year. PARAH! time tu aku sendiri pun tak selesa nak berkawan. ikut hati, dah lama nak buang rasa tu. dah jadi milik orang kot. kau kenapa tetiba nak kacau kann.. then tup tup 4th year 'dia' maiii balik.. haha. naia. naia. 

aku tak tahu kenapa aku dah terover perasaan before cuti haritu. fikir balik, aku sememangnya dah tahu pun kenyataan dia dah berpunya.. then apehal nak fefeling down bagai. pelik. haishhh. serabut laa. fikir punya fikir punya fikir, aku jadi malu sendiri. hahaaha. entah pape. adoii. dah gaya macam orang takde tujuan hidup. and for the 2nd half of the semester, aku rasa aku kena ikut decision awal aku sendiri.. insyaAllah. moga allah beri kekuatan hati dan kewarasan akal dalam membuat keputusan. 


**** [2] ****
"ya allah. takde pape laa umi. dia ajak azu makan malam je pun.
dah alang-alang azu stay dengan kakak, dia ajak laa kakak sekali."

ye lah. time tu memang ajak untuk makan je.
mana tahu kot kot suka ke sebenarnya.

"hmm. takde nye lah."

laa tak cuba mana kita nak tahu. mehh bagi umi setelkan. bukan buat ape pun.
tanya je.

"hmm.. takyah. takyah. dah mula tanya tu, orang tu pun tahu macam ada hajat je.. 
takyah laa. entah-entah dia dah ade calon ke. dah nak kawin ke."

laa. saje je umi nak tanya. bagi je laa nombor telefon.

"takde pun. tak pernah contact pun..takde pape pun laa.. hmmm"

when simple thing handles in complicated way. aigoooo. haha


****[3]****

"saya sebenarnya kak, teringin jugak nak jumpa jodoh cepat. nak kawin muda.
tapi macam tak jelas lagi.. untuk apa tujuan saya nak kawin ni sebenarnya.
tak tahu, sama ada atas sebab nafsu je ke..
atau memang dah ready dah faham tanggungjawab semua tu. saya tak jelas lagi."

tu laa. akak pun. lepas akak clash dengan dia haritu, 
akak pun macam tak ready untuk terima orang lain.
akak rasa macam tak cukup ilmu lagi. nak kena belajar lagi.

"betul kak. saya teringat saya baca buku pasal arwah ahmad ammar tu.
teruja kak. mak ayah dia tu memang dah niatkan 
zuriat lelaki yang allah bagi tu 'diwakafkan' untuk ummat.
anak bagi dorang sebagai saham diorang dekat akhirat nanti.
ahaaa.. serious teruja. tak pernah terfikir."

betul. akak ade dengar jugak. sebab tu akak nak tuntut ilmu lagi.
supaya lebih prepare.

****[4]****

terdengar sedutan kuliah Prof Muhaya satu malam ni, rasa bersemangat balik. teringat 'target' or 'planning' hidup yang pernah dinukilkan satu ketika dahulu. 

"umur 25 rancang untuk kahwin."

dush! time tu macam ada satu penumbuk kena muka. haha.. tapi bila ingat balik, memeyy la nak kahwin umur 25, tapi dalam dua tahun ni la proses pencariannya. haha..

- umur 25 tu dah boleh sangat dan digalakkan kahwin.
- umur 25 tahun ni laa umur kita dah matang


****

satu kesedaran dari lena yang panjang datang menerjah iman. 
- apa yang kau nak capai sebenarnya dalam hidup ni?
- atas tujuan apa kau teruskan kehidupan? *sounds cliche :P
- kalau kau jumpa jodoh sekarang pun, kau nak kawin sekarang jugak ke? apecerr dengan final year?
- kau nak kawin sebab apa?
- apa tujuan kau nak dapatkan anak?
- dah cukup ke ilmu ilmu agama kau nak didik anak anak kau nanti?
- dah cukup baik/solehah ke kau dek kerana nak dapatkan pasangan yang baik/soleh?
- kau tenang hati ke kalau kau couple sekarang?

****
"kita kena redha dengan allah, baru allah redha kita."

apa yang kau faham dengan redha pulak?

kau nak buat sesuatu perkara.. tapi kau tak boleh buat sebab hukum dalam islam kata sekian sekian. atas hujah itu, kau tak buat. kau akur. kau pasrah dengan hukum allah.

allahu robbi.

****
semakin meniti hari meninggalkan zaman ijazah ni, semakin menebal pulak rasa kesal aku dek  mengenangkan masa lalu. terfikir, kemana dan untuk perkara apakah masa-masa lalu aku diluangkan. terasa rugi sebab tak banyak kelas agama yang aku join pada masa masa aku free tu. padahal free je kot orang nak ajar. kalau kat luar kampus, belum tentu ada. rugi sangat rasa dia. apapun, moga masa yang ada ni, dapat diluangkan dengan perkara yang bermanfaat. insyaAllah

master the fundamentals of life.
live with rules and realize that you are living under one's command.
penuhi lah ilmu didada.

pilihlah akhirat. berusahalah untuk peroleh akhirat.
dalam masa sama, dunia juga perlu mantap.

moga allah bimbing.