Friday, August 26, 2011

rahsia lama aku.

salam to all readers,

. rahsia lama diBONGKAR lagi .
huhu.

MALU
*bajet*

*serius laa*

perkara biasa saja sebenarnya.
orang lain pun ramai yang pernah mengalaminya.
kenangan aku disingkap lagi.
kali ni untuk tatapan orang luar.
hee..

lepas berbuka tadi,
bersama tetamu spesial kami,
family contractor abang aku,
dorang pakat nak tengok gambar aku sepanjang merantau di jepun.
haish!
malu i.
angkara?
terbuka cerita sistem pembuangan sampah.
hmm.
gambar yang berkaitan, satu dua keping je pun.
HAHA.
selebihnya,
lain-lain perkara.
layan saja lah.

rindu kat jepun!
rindu kat tokyo!
rindu kat ibaraki!
rindu kat family angkat!
kenangan yang tak kan dilupakan dengan semudahnya.
heee..
aku anggap peluang ke jepun tu sebagai hadiah besdey aku untuk tahun 2o08.
sebab?
program itu berlangsung dalam bulan jun.
yeeehaaa!
alhamdulillah.
terima kasih, allah.
:)

gambar?
insyaAllah aku buat entry baru untuk itu.
heee.

terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

Thursday, August 25, 2011

grab it!

salam to readers,

" kadang-kadang pengajaran itu allah bagi bukan directly pada diri kita,
tapi pada orang-orang sekeliling kita, kan? "


satu kata yang .. keep yelling in my mind along this day.
fuh!


alkisah?

1145 [might be]
kawan aku decide nak ajak aku ke bandar.
set!
bersiap.
dia pick up aku kat rumah.
naik kereta kancil.
CBCxxxx
first time ke bandar after lulus ujian jalan raya jpj selasa baru ni.

-- dari tingkap bilik --
CBC xxxx laju meluncur kat atas jalan.
[ sebab rumah aku berbukit .. ]
*ketawa*
last touch-up.
[ bajet. padahal tempek bedak Johnson's Baby powder; blossom warna pink tu je ]
siap!


PPRAAAANNNNGGGGG!!!!
UMMU !!!

*hah, sudaahhh!!*

*ya allah!!*

= umi, syahida terlanggar pokok..
+ macam mana laaah..
= dia tak pusing stereng habis nak masuk dalam..
+ ish. ish. ish.. bahaya betul..

tayar depan melepasi longkang.
menyebabkan kereta dia langgar SEbatang pokok bunga rumah aku.
syukur, ada pokok.
kalau tidak?
kereta dia jatuh tebing laa gamak nya.
sebab, pokok tu atas tebing.
almaklum lah , rumah bawah.
*kesal*

syukur jugak,
ada yang tolong.
uncle yang kerja hantar bil elektrik dari rumah ke rumah,
seorang pakcik. [ pak abu ]
seorang pakcik. tapi masih muda. [ abang atan ]

syukur jugak,
kereta tak 'cedera' teruk.
calar balar jeh.
ALHAMDULILLAH.

semestinya memberi kesan trauma
kan?
tak ke?
*ketawa*
ada sebenarnya, walaupun sekumit kuman.
tambah,
kepada pemandu baru.
tapi kawan aku tu cekal.
insyaAllah.
dia tak patah semangat nak drive lagi after ni.

ke bandar,
aku yang drive.
pergi dan balik.
tak mengapa.
demi keselamatan.
lagi pulak, bab kerja drive-drive ni,
memang dah sinonim sangat dengan aku since cuti ni.

apa yang berlaku pada kawan aku itu,
aku ambil sebagai iktibar.
perkara itu memang tak kena pada aku.
tapi kena pada kawan aku.

". jadilah sahabat kepada kawan-kawan anda ."

status fb aku isnin lepas, 22082011.
sama.
keep yelling in my mind along this day.

aku buang JAUH-JAUH rasa bangga diri.
[ memang tak perlu wujud pun dalam diri.]
untuk ajar dia drive.
slow in the beginning.
but sooner or later..
the best driver ever!
WHO KNOWS??
right?
may be
she is the one who help me when i'm facing difficulties one day.
may be
she is the one who drive me back home when my car break down suddenly one day.
RIGHT??

' tak perlu rasa bongkak atau sombong pun ummu.'
' kau pun dulu tak reti jugak bawak kereta.'

ok.. semoga dia cepat mahir drive.
nanti kita boleh drift sesama.
HAHHA!

notaKaki:
[1] terbaca 1 entry kawan baik. sekiranya betul untuk aku, insyaAllah. doakan lah semoga aku 'reti' untuk menjadi lebih caring lagi after ni. aku seorang yang tak pandai nak luahkan/zahirkan rasa kasih dan sayang aku. i'm sorry.

[2] aku bukan tak nak percaya. tapi aku susah nak percaya LAGI pada orang yang pernah tipu aku. sebab aku tak suka orang tipu aku. sebagaimana aku tak suka tipu orang. insyaAllah. PANTANG .

[3] kalau tak silap, 'dia' dah start cuti hari ni. selamat bercuti. dan selamat hari raya. hukhuk. @_@

terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

Wednesday, August 24, 2011

takde kerja ..

salam to readers,

kerja luar alam !!
[ maybe~ ]


HASILNYA?
10 orang *solid* mahu kad raya dari aku.
happy!
happy!



peringkat akhir

masih ada yang mahukannya.
bertambah lagi 6 orang.

TOTAL?
kena hantar 16 kad raya!
*happy lagi*



tadaaa!!!
ni lah kad-kad nya.
credit to crystal greeting.
design kad raya anda menjadi pilihan hati aku!
*ketawa*


semuanya sudah selamat diposkan.
.insyaAllah.
terima kasih pakcik posmen!!
("v")

notaKaki :
[1] biskut raya??
nama fb sementara aku. sempena nak sambut raya. lagi 1 kerja luar alam aku dengan kawan-kawan 1 course. HAHAHA. [ kanak-kanak ribena ]

[2] tujuan ?
a) nak rapatkan ukhwah. sentimental value tinggi w0o~ haha
b) sebarkan kemaafan sesama kengkawan
c) saja nak manfaatkan duit. huhu~

terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

Tuesday, August 23, 2011

isabella. lagu kah??

salam to all readers,

ISABELLA.
" kiblat hidup Isabella adalah kebenaran dan itulah yang menjadi buruannya.
Menjadi puteri kepada ketua paderi besar Cordova tidak menumpulkan
kepekaannya untuk menangkap 'signal-signal' kebenaran hakiki.
Ikuti kisah hidupnya,
dilimpahi hidayah dan bertemu Islam
sebagai suatu cara hidup yang mengisi puas akal dan jiwa manusianya.
Dia peruntukkan hidup dan matinya demi keyakinannya.
Suatu hadiah berharga untuk pencipta Islam dan kedamaian."


sebuah novel bertajuk isabella.
pernah tengok?
kalau tak pernah tengok
mesti tak pernah baca. kan?
heee...

dalam koleksi novel/buku ilmiah aku,
buku isabella ni yang aku ada.
sebenarnya,
ada BANYAK VERSI..
so,
mungkin lain-lain cover lah yang ada dekat pasaran tuh.

novel ni berkisahkan apa ya?
cuba teka?!
[ sendiri soal, sendiri jawab. huhu ]

novel ni 'berat' sikit.
sebab?
ia adalah sebuah novel yang menghidangkan kepada pembaca
satu perdebatan hebat
ANTARA DUA AGAMA.

ISLAM vs KRISTIAN.

SANGAT BAGUS pengisian novel nih.
serius tak tipu.
baca lah.
tak rugi pun.
malah,
kita dapat hujah untuk pelbagai persoalan
yang mungkin satu hari nanti
kita sendiri berdepan dengan pertanyaan/kemusykilan sebegini.
HAHA..

ada rasa nak baca tak?
cepat pergi kedai buku!!
cari dan beli!!


terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

keluh kesah

salam to readers...

untuk kesekian kalinya,
" kau ni dah gaya minah rempit pun ada..."

" drifter lah kau ni!!"


".. cuba lah bawak kereta tu slow-slow sikit.."

".. nak kejar apa lah bawak laju-laju nih.."



HASIL NYA???

bawak motor atau kereta sama jugak.
tetap laju..

tapi bukannya melebihi had laju pun.
[ err.. ye ke ek? hee.. ]
betul !
selalu memang aku ikut had kelajuan dia.
on line. SHARP!
tak ada lebih.
tak ada kurang.

ok lah tu. tak ke??
heee...
*buat muka tak bersalah*

bukan aku tak dengar nasihat.
aku dengar. *serius*
cuma..
err..
berperingkat kot! haha..
aku masih dalam usaha.
insyaAllah. insyaAllah.

tapi sejak kejadian 190620111430 tu
aku banyak dah insaf..
[ ye ke? ]
hmm.. betul. tak tipu.
aku drive cara berhemat punya.
*gaya semangat*
sampai kan aku siap buat target lagi.
untuk pemanduan aku sesuatu hari tu,
berapa limit had laju yang aku kena bawak.
HAHAHA!
tak percaya??
percayalah. aku memang tak tipu korang.
and biasanya,
aku limit kan kepada 1o0 km/j saja!
kalau 80km/j ?
heee..
nangish aku! haha..
tapi
yang itu untuk kereta lah.
kalau motor,
below 80km/j sudah..
sebab
aku selalu bawak motor pun
kat kawasan kampung saja..
^^

aku pun tak tahu lah kenapa aku suka drive lelaju.
heee..
satu kepuasan woo!!
haha..
masih berdarah muda.
sebab itu lah kot.

tak boleh jadi kan?
dah lah perempuan. haish..
*mengeluh*

baiklah!
saya akan berubah!
insyaAllah.
doakan aku!!!


terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

Thursday, August 18, 2011

istikharahku . . .

salam’alaik to all readers.

kali ni, aku berbesar hati nak kongsi satu kisah yang telah memberi kesan positif dalam diri aku, insyaAllah. semoga yang baik tu dikutip sebagai teladan dan yang kurang itu dijadikan sempadan. *senyum*

seperti biasa, selepas kami solat maghrib di musolla muslimat kolej, sewaktu menuntut di pusat asasi sains UM dulu, diadakan halaqah sebagai pengisian menantikan isyak. majlis biasanya dikendali oleh kakak-kakak APIDS [akademi pengajian islam dengan sains]. selepas memulakan majlis dan mengucap sepatah dua kata, baru lah majlis dibuka kepada makmum yang hadir untuk mengajukan sebarang pertanyaan/tazkirah/pengalaman dan apa saja ataupun dikendali sepenuhnya oleh si pembuka majlis.

malam tu, seorang senior kolej sukarela ingin memberi sepatah kata. kak akmal. lemah lembut dan sopan santun orangnya. selalu menyebarkan senyuman kepada para makmum. kak akmal waktu tu sedang menuntut di peringkat sarjana. kalau tak silap aku, dia merupakan mahasiswa cemerlang aliran kimia di fakulti sains. hebatkan? *senyum*


kak akmal utarakan isu berkenaan dengan solat sunat istikharah. katanya, “ jadikan lah solat sunat istikharah itu sebagai salah 1 solat sunat harian kita. itu menunjukkan yang kita sentiasa bergantungan kepada allah dalam apa jua perkara.” huraian kak akmal selepas itu membuatkan aku terbuka minda. Betapa solat sunat istikharah itu luas skop penggunaannya! *semangat*

Rata-rata antara kita beranggapan bahawa solat sunat istikharah itu sinonim dengan hal untuk memilih pasangan atau teman hidup. Termasuklah aku sekali. kan? tak ke? *ketawa* Memang tak lari. Namun, hakikatnya kita boleh melakukan solat sunat istikharah itu untuk apa sahaja perkara dan tujuan. Hal ini kerana, istikharah itu sendiri membawa maksud ‘meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan.’ Tidak dinyatakan pun urusan dalam memilih pasangan sahaja. kan? *senyum lagi*

Untuk pemahaman yang lebih mudah, kak akmal menggunakan contoh yang sangat hampir dengan kita semua sebagai seorang mahasiswa. Solat sunat istikharah boleh membantu kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai hal seperti nak decide makan apa di kafe, bagaimana untuk membelanjakan duit seharian, nak buat pilihan untuk pilih baju pergi ke kuliah, nak join kawan-kawan lepak-lepak atau tidak, nak meniru [a.k.a nak buat rujukan] tutorial classmate ... dan sebagainya. Semua keputusan yang hendak dibuat, disandarkan kepada allah. Semuanya bergantung kepada iman sebenarnya tetapi solat istikharah lah menjadi salah satu medium untuk kemantapan iman itu sendiri. Ia nampak simple. but don’t take it t0o easy. *tegas*

Lama aku hadam penjelasan kak akmal itu. Akhirnya, aku akui sendiri memang ada benarnya. Setelah aku aplikasikannya dalam rutin seharian, aku dapat me‘rasa’ kelainannya. Anda tak mahu cuba? *ketawa*

Tak rugi pun. Cubalah!


info tambahan yang aku copy dari 1 artikel : mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat sunat istikharah adalah seperti berikut ;

1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Terjemahan Doa': Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

terima kasih kerana membaca!

jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman

~ may allah bless ~

pertolongan yang tak disangka.

Salam’alaik to all readers,

entri perkongsian yang tidak seberapa. mana yang baik dikutip sebagai teladan dan mana yang kurang tu dijadikan lah sempadan.. heee..

teringat 1 kisah yang berlaku ketika berada di pengajian ijazah, semester 2. memang sangat terkesan dalam hati ni.. @_@ malu dengan diri sendiri. dan lebih malu dengan allah. pemurah nya allah.. subhanallah!

seingat aku, waktu tu minggu ulangkaji. seminggu. so, memang stay dekat kolej saje tak kemana-mana. rutin harian sepanjang minggu tu, keluar bilik hanya untuk ke bilik air, surau dan kafeteria saje. waktu selebihnya, banyak menghadap buku-buku dan nota-nota; di dalam bilik.

hari tu, seperti biasa, aku akan turun ke kafe pada jam 12o0. breakfast+lunch=brunch. haha.. istilah waktu berada di asasi dulu. =) duit dalam purse waktu tu memang dah habis kecik dah not yang ada. rm50. duit syiling pulak tak sampai sehengget pun. [baru draw dari atm] dan aku pun panjang kan lah langkah kaki ni pergi ke 1 gerai minuman nih. kebiasaan nya, tengahari macam tu, makcik gerai dah ada duit baki. maklum lah dah ramai yang turun membeli. tapi bila turn aku, mereka berat nak bagi baki. rm49. mungkin mereka rasa seolah-olah macam rugi kot. aku pun tak pasti.


“ awak bayar je lah lain kali. makcik takde duit kecik laa..”,

cakap makcik yang jaga kaunter tu kat aku.


reaksi aku time tu memang blurr habis. tak tahu laa kenapa. kepala ni memang tak boleh nak interprete data cepat-cepat. kesan study kot. huhu.. [study last minute]


“oh, ok makcik. nanti saya datt...” tak sempat nak habis kan ayat.

“ makcik, ni saya bayarkan untuk dia.”


not duit sehengget tu bertukar tangan. daripada pemberi kepada makcik tu.


“ eh, takpe. takpe.. ya allah. buat susah je.. ” aku cakap.

“ takpe. takpe. seringgit je pun..”

“ laa.. terima kasih banyak eh. nanti kat atas, saya bayar balik.” aku cakap lagi.


waktu tu, kitorang dah bergerak ke luar sedikit dari gerai makcik tu. tapi makcik tu tak lepaskan peluang untuk tengok ‘drama’ kitorang. haha..


“ tak payah bayar lah. takpe. seringgit je.” balas pemberi tu.


dah puas aku kata nak bayar nak bayar, dia tetap tak nak. aku pasrah je la. orang dah nak tolong. tapi dalam hati aku, ya allah! rasa macam nak menangis pun ada. pemberi tu sebenarnya floormate aku je pun. selalu sangat berselisih nak ke bilik air. tak silap, dia pun selalu turun surau. tapi aku tak pernah bercakap dengan dia. senyum waktu berselisih pun, kekadang je. teruk kan aku? sombong kan aku ni?!! sampai sekarang aku tetap tak tahu nama dia. muka saje yang cam. tapi dia lah yang dah tolong aku. tak mintak dibayar balik pun. dia belanja. walaupun kenal-kenal gitu saje. ya allah.. malu aku dengan diri sendiri. lepas beli makanan, aku pun balik. on the way aku nak balik bilik tu, aku teringat 2 potong ayat ni dalam hati..

[1]

dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya..

(65;3)

[2]

jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong,

sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi,

dan tidak akan sampai setinggi gunung.

[al-Ghosyiah; ayat 9]

lepas peristiwa tu, aku memang teruja sangat! orang lain buat baik saje kat aku. tapi aku?? hmm.. semoga aku akan lebih ramah lagi lepas ni, insyaAllah. doakan aku! =)


notaKaki:

!i! ramai yang kata aku sombong. muka asyik serius semedang dan kalau bercakap pulak macam orang nak marah saje. ye ke?? ^_^ maaf lah ye. aku memang begitu. =_=



terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~