Thursday, August 18, 2011

istikharahku . . .

salam’alaik to all readers.

kali ni, aku berbesar hati nak kongsi satu kisah yang telah memberi kesan positif dalam diri aku, insyaAllah. semoga yang baik tu dikutip sebagai teladan dan yang kurang itu dijadikan sempadan. *senyum*

seperti biasa, selepas kami solat maghrib di musolla muslimat kolej, sewaktu menuntut di pusat asasi sains UM dulu, diadakan halaqah sebagai pengisian menantikan isyak. majlis biasanya dikendali oleh kakak-kakak APIDS [akademi pengajian islam dengan sains]. selepas memulakan majlis dan mengucap sepatah dua kata, baru lah majlis dibuka kepada makmum yang hadir untuk mengajukan sebarang pertanyaan/tazkirah/pengalaman dan apa saja ataupun dikendali sepenuhnya oleh si pembuka majlis.

malam tu, seorang senior kolej sukarela ingin memberi sepatah kata. kak akmal. lemah lembut dan sopan santun orangnya. selalu menyebarkan senyuman kepada para makmum. kak akmal waktu tu sedang menuntut di peringkat sarjana. kalau tak silap aku, dia merupakan mahasiswa cemerlang aliran kimia di fakulti sains. hebatkan? *senyum*


kak akmal utarakan isu berkenaan dengan solat sunat istikharah. katanya, “ jadikan lah solat sunat istikharah itu sebagai salah 1 solat sunat harian kita. itu menunjukkan yang kita sentiasa bergantungan kepada allah dalam apa jua perkara.” huraian kak akmal selepas itu membuatkan aku terbuka minda. Betapa solat sunat istikharah itu luas skop penggunaannya! *semangat*

Rata-rata antara kita beranggapan bahawa solat sunat istikharah itu sinonim dengan hal untuk memilih pasangan atau teman hidup. Termasuklah aku sekali. kan? tak ke? *ketawa* Memang tak lari. Namun, hakikatnya kita boleh melakukan solat sunat istikharah itu untuk apa sahaja perkara dan tujuan. Hal ini kerana, istikharah itu sendiri membawa maksud ‘meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan.’ Tidak dinyatakan pun urusan dalam memilih pasangan sahaja. kan? *senyum lagi*

Untuk pemahaman yang lebih mudah, kak akmal menggunakan contoh yang sangat hampir dengan kita semua sebagai seorang mahasiswa. Solat sunat istikharah boleh membantu kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai hal seperti nak decide makan apa di kafe, bagaimana untuk membelanjakan duit seharian, nak buat pilihan untuk pilih baju pergi ke kuliah, nak join kawan-kawan lepak-lepak atau tidak, nak meniru [a.k.a nak buat rujukan] tutorial classmate ... dan sebagainya. Semua keputusan yang hendak dibuat, disandarkan kepada allah. Semuanya bergantung kepada iman sebenarnya tetapi solat istikharah lah menjadi salah satu medium untuk kemantapan iman itu sendiri. Ia nampak simple. but don’t take it t0o easy. *tegas*

Lama aku hadam penjelasan kak akmal itu. Akhirnya, aku akui sendiri memang ada benarnya. Setelah aku aplikasikannya dalam rutin seharian, aku dapat me‘rasa’ kelainannya. Anda tak mahu cuba? *ketawa*

Tak rugi pun. Cubalah!


info tambahan yang aku copy dari 1 artikel : mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat sunat istikharah adalah seperti berikut ;

1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Terjemahan Doa': Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

terima kasih kerana membaca!

jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman

~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment