Thursday, August 18, 2011

pertolongan yang tak disangka.

Salam’alaik to all readers,

entri perkongsian yang tidak seberapa. mana yang baik dikutip sebagai teladan dan mana yang kurang tu dijadikan lah sempadan.. heee..

teringat 1 kisah yang berlaku ketika berada di pengajian ijazah, semester 2. memang sangat terkesan dalam hati ni.. @_@ malu dengan diri sendiri. dan lebih malu dengan allah. pemurah nya allah.. subhanallah!

seingat aku, waktu tu minggu ulangkaji. seminggu. so, memang stay dekat kolej saje tak kemana-mana. rutin harian sepanjang minggu tu, keluar bilik hanya untuk ke bilik air, surau dan kafeteria saje. waktu selebihnya, banyak menghadap buku-buku dan nota-nota; di dalam bilik.

hari tu, seperti biasa, aku akan turun ke kafe pada jam 12o0. breakfast+lunch=brunch. haha.. istilah waktu berada di asasi dulu. =) duit dalam purse waktu tu memang dah habis kecik dah not yang ada. rm50. duit syiling pulak tak sampai sehengget pun. [baru draw dari atm] dan aku pun panjang kan lah langkah kaki ni pergi ke 1 gerai minuman nih. kebiasaan nya, tengahari macam tu, makcik gerai dah ada duit baki. maklum lah dah ramai yang turun membeli. tapi bila turn aku, mereka berat nak bagi baki. rm49. mungkin mereka rasa seolah-olah macam rugi kot. aku pun tak pasti.


“ awak bayar je lah lain kali. makcik takde duit kecik laa..”,

cakap makcik yang jaga kaunter tu kat aku.


reaksi aku time tu memang blurr habis. tak tahu laa kenapa. kepala ni memang tak boleh nak interprete data cepat-cepat. kesan study kot. huhu.. [study last minute]


“oh, ok makcik. nanti saya datt...” tak sempat nak habis kan ayat.

“ makcik, ni saya bayarkan untuk dia.”


not duit sehengget tu bertukar tangan. daripada pemberi kepada makcik tu.


“ eh, takpe. takpe.. ya allah. buat susah je.. ” aku cakap.

“ takpe. takpe. seringgit je pun..”

“ laa.. terima kasih banyak eh. nanti kat atas, saya bayar balik.” aku cakap lagi.


waktu tu, kitorang dah bergerak ke luar sedikit dari gerai makcik tu. tapi makcik tu tak lepaskan peluang untuk tengok ‘drama’ kitorang. haha..


“ tak payah bayar lah. takpe. seringgit je.” balas pemberi tu.


dah puas aku kata nak bayar nak bayar, dia tetap tak nak. aku pasrah je la. orang dah nak tolong. tapi dalam hati aku, ya allah! rasa macam nak menangis pun ada. pemberi tu sebenarnya floormate aku je pun. selalu sangat berselisih nak ke bilik air. tak silap, dia pun selalu turun surau. tapi aku tak pernah bercakap dengan dia. senyum waktu berselisih pun, kekadang je. teruk kan aku? sombong kan aku ni?!! sampai sekarang aku tetap tak tahu nama dia. muka saje yang cam. tapi dia lah yang dah tolong aku. tak mintak dibayar balik pun. dia belanja. walaupun kenal-kenal gitu saje. ya allah.. malu aku dengan diri sendiri. lepas beli makanan, aku pun balik. on the way aku nak balik bilik tu, aku teringat 2 potong ayat ni dalam hati..

[1]

dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya..

(65;3)

[2]

jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong,

sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi,

dan tidak akan sampai setinggi gunung.

[al-Ghosyiah; ayat 9]

lepas peristiwa tu, aku memang teruja sangat! orang lain buat baik saje kat aku. tapi aku?? hmm.. semoga aku akan lebih ramah lagi lepas ni, insyaAllah. doakan aku! =)


notaKaki:

!i! ramai yang kata aku sombong. muka asyik serius semedang dan kalau bercakap pulak macam orang nak marah saje. ye ke?? ^_^ maaf lah ye. aku memang begitu. =_=



terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment