Wednesday, August 17, 2011

suatu perjalanan pulang?

bismillahirrahmanirrahim . . .

salam to all readers,

ramadhan ke-17. alhamdulillah.. jom kita panjatkan rasa setinggi-tinggi syukur atas segala nikmat yang kita kecapi hingga ke hari ini.. sesungguhnya allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya, kan?? ^^

dah masuk pertengahan ramadhan ni, berjumpa pulak dengan hari Nuzul Quran, pasti rata-rata antara kita yang semakin meningkatkan 'speed ibadat'. tak mahu lepaskan peluang yang datang begitu saja, kan? insyaAllah.. rutin membaca al-Quran dikerapkan, solat sunat dipelbagaikan, bangun malam jugak dibiasakan, di samping melakukan aktiviti harian sehari-hari. moga kita peroleh malam yang penuh barakah itu dalam ramadhan kali ini; iaitu malam al-Qadar.

semuanya dilakukan untuk memanfaatkan peluang pahala yang diberi semewahnya sepanjang bulan ini. semuanya dilakukan sebagai bekalan kita untuk menuju Hari Akhir. bekalan kita untuk berjumpa dengan Dia. kan? tak ke?? ^^ insyaAllah.

suatu perjalanan pulang? itu nama blog aku. [apa kaitannya?] heee.. pada awal blog ni di'create', aku sebulat kata nak guna title tu sebagai nama blog. tanpa ada hujah untuk back up aku kalau orang tanya. [ kalau kena attack dengan musuh ni, confirm jalan~ ] tapi, sekarang tak lagi. [ yakin! ] insyaAllah. aku dah jumpa something worthy me.

sememangnya, kehidupan kita sebagai hamba di atas muka bumi ini merupakan satu perjalanan pulang untuk bertemu dengan Si Dia, Allah; pencipta alam ni dan sekalian makhluk. tak percaya?

Allah berfirman dalam surah Al-Insyiqaq;84 ayat 6 :
"wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah berkerja keras menuju Tuhanmu,
maka kamu akan menemuiNya.."

malah, kehidupan di muka bumi ini hanyalah bersifat sementara; rata-rata manusia tahu hakikat itu, dan dunia ini hanyalah sekadar medan permainan..

" ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau,
perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta
berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan ...
.. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu."
al-Hadid;57 ayat 20.

kerana itulah, aku suka nak ingat kat sini, ayuh kita refleksi diri kita semula, apa tujuan kita hidup atas dunia ni? [ingatan khas untuk diri aku sebenarnya, dan am nya untuk readers yang sudi baca.] hakikatnya, hanya ada satu saje jawapan walau kita dok pusing tang mana pun.. hee.. apa dia?

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
AGAR MEREKA BERIBADAH KEPADA-KU.."
at-Tur;52 ayat 56.

that's it ! nak pertikai lagi? tepuk dada, tanya iman.. hee.. insyaAllah. jom kita sesama berdoa semoga nikmat iman dan islam yang kita ada sekarang ni, kekal hingga hujung nyawa kita, nak? moga-moga kita bertemu dengan Si Dia dalam keadaan husnul khatimah [ tak ingat makna], dan dalam keadaan beriman. insyaAllah! :)

terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment