Thursday, September 8, 2011

checklist.

bismillahirrahmanirrahim ..
assalamualaikum wbt. to all readers,

sejak dua menjak ni, dalam kepala asyik terfikir satu hal ni. mutabaah amal. mungkin sebab acap kali sebut kot lately.. heee .. cakap kat skuad. kat entri before ni. so, tak kan hanya sekadar sebut saje kan? *senyum sampai mata jadi kecik*

pernah dengar mutabaah amal? tahu apa itu mutabaah amal? hee .. aku tanya uncle g0ogle, katanya mutabaah amal itu definisinya ialah tingkatan amal. peningkatan atau perkembangan amal kita dalam sehari-hari. perkara ni biasanya dilakukan kalau korang join usrah. hee .. selalunya, para naqib ataupun naqibah korang yang akan pantau.

nak senang faham, ia macam checklist.

nak jelas lagi, ia seperti gambar kat bawah ni ..


aku pun secara jujurnya, baru kenal dan jumpa istilah mutabaah amal ni. jahil kan aku.. bulan julai lepas kalau tak salah. lepas aku baca CJ; contengan jalanan by author kesayangan aku; hLovate. dalam masa sama, alang-alang dah nak celebrate ramadhan, sahabat baik aku share satu file bertujuankan perkara yang sama. subhanallah!! allah bagi jalan. jangan disiakan. kan? kan? -_-


aku bukak file tu. tengok contohnya bagaimana rupa. dah jelas dengan itu, aku fikir, i have to make it one for myself. MUST STARTING FROM NOW. walaupun saat tu, aku dah pun berumur 20 tahun + xx bulan + xx hari . dah terlewat jugak laa kata orang. hmm .. alhamdulillah. aku dah buat 1 untuk akhir rejab dan 1 untuk ramadhan. alhamdulillah.

kalau dulu-dulu, hanya pakat planning kat mulut saje. tapi, sekarang dah jumpa cara yang lebih baik, iaitu buat jadual. jadi, apa salahnya kita tukar angin pulak kan. sekurang-kurangnya, ada 'kerja tetap' setiap hari. main tick-tick macam tanda kehadiran kat sekolah dulu-dulu. hahaha!

pada pandangan dan buah fikir aku sendiri, manfaatnya buat mutabaah amal atau checklist amal ni ialah :

+ kita nampak jelas perkembangan amalan kita setiap hari. adakah kita semakin jauh dengan allah, tengah-tengah ataupun dekat dengan allah.

+ kita akan rasa, setiap hari itu 'terisi'. sebabnya? kita mesti akan ingat yang kita ada perkara tertentu yang perlu kita buat dalam 1 hari tu. so, nak tak nak, mahu tak mahu, otak kita ligat berfikir macam mana nak manage masa untuk buat perkara tu. kan? kan?

+ bersemangat nak capai target. contoh kes, macam entri sebelum ni. nak khatam al-quran tu. bila dah ada target, dah ada mutabaah amal, kita tahu apa yang kita nak capai. so, bila dah nampak hasilnya, kita rasa gembira dan teruja nak buat lagi. tak gitu?

+ masa dimanfaatkan dengan sebaiknya. insyaAllah. selalu kita dengar orang kata [ termasuk aku sendiri] ; yang kita ni sibuk. takde masa apa semua.. padahal bila difikirkan balik, ada je masa free. masa lapang. sempat je kita nak tidur 5 ke 6 jam. sempat je nak 'melabur'. sempat je nak bergayut telefon, bergosip, tengok tv. tapi pengisian masa kita? untuk perkara yang berfaedah atau pun tidak? hmm ..

itu je la kot.

pernah tak korang terfikir, kenapa ada orang sanggup berhabis wang, berpenat lelah dengan agama allah; agama islam; atau sangat mematuhi perintah allah sementara ada sebahagiannya culas-culas saje dalam bab beragama ??

" dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya
UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH. .."
[2;207]

lagi pun aku fikir, suppose tak perlu kot soalan tu timbul. sebab nya ..

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
AGAR MEREKA BERIBADAH KEPADA-KU "
[52;56 : tujuan hidup setiap orang ]

tapi kita hanya manusia. makhluk pelupa. perlu kan orang untuk memperingat semula. tahu dah mende ni, tapi lupa.. biasa kan ni terjadi. kan? ke aku sorang saje? hee ..

apa pun, jom kita refleksi diri kita semula! dunia sudah pun hampir nak 'melabuhkan tirainya'. perbanyakkanlah berdoa agar kita dapat kembali kepada Pencipta kita dalam keadaan yang beriman. insyaAllah..



notaKaki :
[1] sahabat saya dapat result excellent lagi. tahniah again!! :)
[2] rm40o++ ayah belanja untuk tukar tayar and etc .. terima kasih, ayah!
[3] banyak gila barang nak bawak balik kolej.
[4] semalam beraya rumah kawan-kawan semesta. jumpa skandal lama. dia dah nak fly jugak hujung bulan ni. tahniah! -_-
[5] mimpi 'seseorang' malam tadi. hoish. gila!
[6] takde semangat lagi nih nak masuk kolej baru. hukhuk.

terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment