Saturday, September 3, 2011

. random .

as salam to all readers,

seribu SATU rasa kot sekarang nih. tak tahu laa kenapa. why? WHY? why? haha..

*

hati tengah 'diusik' kenangan lama yang sekian daya cuba dilupakan. 4 tahun dah kalau tak silap. cukup-cukup laa tu kan nak seksa jiwa. kenapa lah tak sedar diri lagi nih! @_@

**

almost one week left to enjoy and make preparation. SEMESTER TIGA! huhu.. serba serbi baru. kolej kediaman baru. rumet baru. suasana baru. cabaran baru. jiwa baru. azam baru. niat baru! haha.. entah la. ada sikit rasa tak suka untuk naik sem tiga nih sebenornye. tak suka kena pindah kolej baru. sebabnya aku pun tak tahu. small matter kot. aku je over mengada. kan? barang-barang tak beli lagi.. $_$

***

tugas? ada dua yang besar setakat ni. before ada new selection.
[1] penolong ketua budak2 melayu KEK. [ KEjuruteaan Kimia]
[2] penolong ketua palapes.

so far, naik sem ni, kitorang KEK'ians 2nd year ada agenda besar nak kena settle. jumpa dengan student 1st year untuk agihkan buddy-buddy. huhu.. then, tolong-tolong student 3rd year untuk dinner. [ kot! ]

palapes? masalah memanjang. haha! get ready untuk tolong senior waktu penapisan kadet baru. get ready jugak untuk dengar pelantikan baru pemegang pangkat. HAHA! habis laaa.. jadi rank tu. 10 orang akan terpilih untuk jadi koperal dan lans koperal. siapakah mereka agaknya ye??? jeng. jeng. jeng. ^^

****

study. aku kena cabar dengan senior buddy aku. huaahaha! tercabar betul. aku ni moderate je pun. dia dah laa excellent. kena gigih lagi lah after ni.. insyaAllah. doakan aku berjaya macam korang yeh!

dah lama tak bukak buku, buat revision apa semua. otak pun tak berkembang banyak cuti panjang nih. haish. risau. risau. kelas isnin depan, start 9pagi. awal-awal dah kena dok kira-kira. vector. hukhuk. merangkak laa aku~ @_@

*****

nak pergi kelas dengan siapa nanti? macam sem lepas jugak kah? kawan-kawan sekereta tu dapat stay kolej yang sama. aku je terpisah. dorang nak naik sekali dengan aku lagi ke? ataupun ada antara diorang yang bawak kereta? hee.. nak tanya. tapi tak tahu nak mula macam mana. aku risau rakan sekolej yang se'palapes' + se'fakulti' pun nak naik sama. nak jawab macam mana?? heee.. atas pagar.

macam takde member je dalam kelas nanti. yang rapat dengan aku sem lepas, semua dapat sekolej. plus ada orang baru. so, diorang genap dah 6 orang. aku nak duduk ngan siapa? haha. huhu. hihi. hoho. hehe. fenin.

******

nak carik tudung bidang 50. susahnya nak jumpa. nak pakai 45'' kecik sangat. kalau pakai 60'' pulak, besar sangat. tapi sebenarnya, lagi elok. cumanya, aku ni almaklum je lah. tak de laa tinggi pun orang nye. rendah-rendah aje.. so, 50'' better. pada aku laa. heee. lately, selalu pakai tudung ikin tu jeh. senang. sarung je kan. ok je sebenarnya tudung macam tu. kain dia pun, mostly tebal. tak jarang. pilih je laa saiz yang besar kan? tak gitu? tapi tabiat aku ni, suka tarik tudung supaya terletak kat atas bahu... huaa!! so, besar & panjang macam mana pun tudung tu, akan nampak pendek kat bahagian tangan tuh. haish. apelah kau ni ummu. ^^

nak pakai selendang style hana tajima, dah belajar dah. not bad gak laa~ tapi buang karen je pakai cenggitu utk ke kelas. nak bersiap berjam-jam. malas aku. tapi, pakai selendang ni ... pendek depan belakang. hmm. guna pashmina pun jadi pendek jugak. ke aku yang tak reti lilit. HAHHA! bagus la tak reti. dah reti, parah pulak. hee. buat pakai untuk gi dinner je lah. huhu..

*******

nak modified kancil 66o saya~~ haha. nak tukar rim n tinted tingkap je untuk masa sekarang ni. tapi takde peruntukan orang nak bagi. hahaha! perlu ke nak cari sponsor. siapa yang sudi??? cepat call saya~ ^^ insyaAllah. doakan aku dapat saving untuk modified kereta ek. hee. [ side matters ]

********

aku sayang keluarga aku. saudara-mara aku. cikgu-cikgu aku. kengkawan aku. moga kita semua diberkati allah. dan kembali kepada Dia dalam keadaan beriman. insyaAllah.


terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment