Monday, September 5, 2011

tips HEBAT !!

as salam to all readers,

dah masuk hari ke-7, umat islam seluruh dunia menyambut hari lebaran. Alhamdulillah. jangan lupa pulak panjangkan rasa syukur kita kepada allah yeh.. *buat muka cumil*

pagi ini, ditakdirkan allah untuk aku stay berjaga @ tak sambung tidur lepas selesai solat subuh. hikmahnya .. nak tahu apa? aku dapat tengok MHI. perlu ke rasa bangga untuk itu ek? *ketawa* tak. sebenarnya bukan itu yang nak dikongsikan. tapi, pengisian MHI tu. kebetulan, hari ni role model aku on duty mengacara. so, lagi lah menarik minat aku nak stay sampai habis ; wardina safiyyah.

MHI menjemput dua orang wakil kumpulan misi sukarelawan ke Somalia yang juga anggota media yang secara langsung berada kat tempat kejadian bersama arwah rakan mereka (noramfaizul) iaitu aji dan shaharil. penceritaan secara detail dan jelas dikongsi mereka untuk semua warga Malaysia kat sini. al-fatihah untuk arwah. *side story je nih*

jemputan yang seterusnya ialah ustaz zahazan mohamad. seorang pendakwah bebas yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat sekarang ni. kan? kan? kenal tak ustaz ni? *ketawa*

ustaz ni, first time aku tengok beliau dalam al-kuliyyah lama dulu, macam takde perasaan saja. cool and steady je muka. tapi lepas aku dengar beliau berucap, aku rasa macam dunia ni aku dengan beliau je. cheewah! maksud aku, beliau berjaya menarik minat aku dan pendengar untuk dengar dan hayati sebutir-sebutir isi percakapan dia. tup-tup dah habis cakap! huh. tapi mesej nya sampai lah. aku respect orang macam tu. terus berubah persepsi aku kat beliau. aku suka beliau .... punya ceramah. hee.. *again side stories*

ok. ok. aku nak share apa yang ustaz tu cakap kat aku. eh, silap. nak share apa yang ustaz tu cakap kat penonton semua. *senyum* topiknya ibadah selepas bulan ramadhan. [ lebih kurang la.. ] wardina punya soklan pun terbaik jugak. sebab, bunyik nya macam common je soklan tu. tapi aku fikir, ramai saja yang tak tahu.


ustaz zahazan kata, [mengikut olahan ayat aku sendiri ]

+ kita digalakkan untuk buat puasa enam. iaitu puasa enam hari dalam bulan syawal. pelaksanaannya, boleh dibuat terus enam hari atau berselang-seli. ada pendapat menggalakkan untuk buat puasa enam dahulu. kemudian baru buat puasa ganti. bab puasa ganti ni, bagi mereka yang menghadapi keuzuran yang dibenarkan syarak. bukannya uzur buat-buat sendiri. hee..

+ jangan tinggalkan ibadah-ibadah sunat yang kita pulun sepanjang ramadhan tu bila dah masuk syawal. kena teruskan.. istiqamah. bertadarus, khatam al-quran, bangun qiyam, bertaubat, bersedekah and lain-lain..

+ ustaz bagi TIPS YANG SANGAT BERMANFAAT. nak tahu apa? beliau sarankan untuk kita perbanyakkan khatam al-quran even ramadhan dah jauh tinggalkan kita. 3 bulan sekali. amacam?? boleh buat? hee. ustaz kata senang saja. 2 MUKA SURAT je untuk setiap waktu solat. baca baik-baik. muka surat. bukan HELAI tau. senangkan? *ketawa* senang; cakap. pelaksanaannya? astaghfirullah. hebat cabarannya. kan? tak ke? [ ke aku sorang saja yang rasa macam tu.. hee ]

simple calculation by him.

target: khatam al-quran 3 bulan sekali

rujukan: 20 hari produktif seorang perempuan dalam sebulan.


pengiraan lanjut:

1 bulan = 20 hari

3bulan = 60 hari

1 juzuk = 20 muka surat

[ tak percaya? pergi kira sekarang. aku daah~ *teruja sekejap*]

30 juzuk = 600 muka surat

600 muka surat bahagi 60 hari = 10 muka surat ; 1 hari

10 muka surat bahagi 5 waktu solat = 2 muka surat ; 1 waktu solat.

see!! subhanallah. ada tips lagi tu allah tunjuk untuk perbanyakkan khatam al-quran. tinggal nya, terserah pada kita saja. kan? terbaik lah ustaz zahazan mohamad. i’m being inspired to do it. doa kan aku! kena teruskan mutabaah amal lah nampak gayanya. hee..

itu saja yang aku nak kongsi. walaupun tak seberapa, plus tak pandai nak menulis, gaya bahasa pun entah hape-hape, hope korang grab lah mana-mana yang baik. hope mesej nya sampai. itu saja.

terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

4 comments:

  1. jom jom nak buat jugak. heeeeeeee

    ReplyDelete
  2. kill, moh lee kita buat sesama! :)

    ReplyDelete
  3. STYLE. tapi kesian kalau gurl period lama. jauh lah nak kejar. kan?

    ReplyDelete
  4. @dR caRdiotHoracIC , hee.. kalau girl yang period lama tu, kena tambahkan bilangan muka surat sehari kot. haha.. tak pun, buat target 4 bulan sekali. tak gitu? hee.. cdgn je. :)

    ReplyDelete