Thursday, May 24, 2012

aku sebatang pen?

Bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt.


pertamanya, ALHAMDULILLAH! syukur ke hadrat illahi. sebab? ahaa.. sebab masih lagi diberi peluang untuk terus mencari sinar redha dan memohon taubat di atas segala dosa dan maksiat yang aku buat hari-hari.


post kali ni nak share 1 perkara.
'AKU SEBUAH PEN'

sekali baca, mesti korang teringat zaman sekolah kan? iye laa.. tajuk karangan femes kot.. haha.. karangan jenis autobiografi. ahaaa.. jauh sudah zaman itu ditinggalkan.. 

agak-agak, tak kurang lebih, mungkin karangan itu akan berbentuk begini kan :

Aku sebatang pen.
Bentuk badanku bulat dan panjang.
Nama aku ialah ‘Charlie’. Negara asal aku ialah Perancis.
Aku dibawa masuk ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang.

Setibanya di Malaysia, aku dihantar ke sebuah kedai menjual alat-alat tulis.
Ramai pelanggan yang datang melihat aku. 
Mereka memuji kecantikan badan aku. 
Tetapi tiada seorang pun yang mahu membeli aku.
Barangkali kerana darahku yang berwarna merah. 

Pada suatu hari, seorang wanita membelek aku.
Wanita itu terus memberi aku setelah cuba menulis menggunakan darahku. 
Aku berasa gembira sekali. 
Setibanya di rumah, aku diletakkan di atas meja.
Wanita itu mengeluarkan beberapa keping buku dari dalam lacinya.
Rupa-rupanya tuan aku seorang guru.
Aku digunakan untuk memeriksa buku murid-muridnya.
Tiba-tiba, aku terlepas daripada tangannya kerana tuan aku terkejut apabila telefon berdering.
Aku terjatuh ke lantai. 
Aku berasa sakit sekali.

Tuan aku tidak menghiraukan aku lalu menjawab telefonnya.
Selepas selesai berborak, tuan aku mengambil aku untuk menyambung semula kerjanya.
Tetapi apabila mataku menyentuh buku, sakitnya tidak terhingga.
Rupa-rupanya badanku telah pecah dan darahku mengalir tidak berhenti.
Tuan aku membebel keseorangan diri dan terus mencampak aku ke dalam tong sampah.
Aku berasa sangat sedih kerana cuma berkhidmat dalam masa yang singkat sahaja.

ahaa.. betul tak? lebih kurang laa kan karangan itu akan jadi begitu..

tetapi, bagaimana pulak dengan 'karangan hari ini'? ehee..
perkongsian ilmu yang singkat sewaktu baris pagi semalam, [ almaklum laaa, hidup sebagai pegawai kadet~ baris saje kerja nya.. :) ] ada versi baru yang aku dengar. more nicer i think. :)

" di tangan saya ini, terdapat sebatang pen. 
rasanya semua orang pun tahu ini pen.
[ sambil pen diangkat tinggi agar semua pegawai kadet nampak ]
agak-agak, apa warna dakwat pen ni?
* tak tahu *
ye.. boleh jadi, dakwatnya ialah biru, hitam ataupun merah.
atau selainnya.
cantik tak body pen ni?
* biasa saja. macam pen lain juga *
ye.. 
mungkin ade yang rasa pen ini cantik.
dan mungkin ade jugak yang kata pen ini tak cantik.

begitulah dengan manusia.
pen ini ibarat manusia.
body pen seakan sama ciri saja semuanya.
begitu juga dengan jasad manusia.
seakan sama ciri saja semuanya.

tetapi dalaman pen saja yang berbeza.
begitu jugak manusia.
dalamannya yang berbeza.
ada yang hatinya bersih.
dan ada jugak yang sebaliknya.

walaupun manusia itu
kelihatan tidak cantik dari segi luarannya,
tidak semestinya dari dalamannya.
kita tidak boleh semudahnya menilai seseorang begitu.

ingatlah satu sabda Nabi SAW yang bermaksud
 “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa, 
tidak kepada nasab keturunan 
dan harta kekayaan kamu, 
sebaliknya Allah melihat kepada hati kamu

ye.. allah hanya lihat hati kita.
dakwat pada pen itulah yang lebih penting.
dakwat itu ibarat hati/dalaman kita.
walaupun kita tak hensem, tak cantik,
tapi kita jadilah dakwat yang menolong orang lain..
itu lebih penting.

jika dalaman baik,
semuanya akan baik.
jadilah pen yang membantu
walaupun body biasa-biasa saja.. "

simple kan! very nice analogy.
itu saje nak share. selamat beramal !   :)

ummushafiyahbintimohdradzi
2405201203106519
kolejkediamankelima
universitimalayakualalumpur.