Saturday, October 13, 2012

saat ujian bertandang

bismillahirrahmanirrahim ..
assalamualaikum wbt. 

ALHAMDULILLAH.

segala puji hanya bagi allah.. sebab sampai hari ini dan saat ini, saya dan anda semua masih lagi hidup kat atas muka bumi ini.. masih lagi dipanjangkan umur, dipanjangkan kesempatan untuk bertaubat kepada Dia, tuhan sekalian alam, pencipta alam ini, di atas segala dosa yang kita buat hari-hari, sebelumnya, mahupun yang akan datang. (ehem.. panjang pulak intro nye.. uhuuu..)

jangan lupa jugak, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga Baginda, para sahabat, para tabiin, mujahid mujahidah dan umat islam yang terawal. insyaAllah..

terima kasih allah atas kehidupan hari ini. :)

sekadar coretan petang hari, tangan ini laju saja rasa nak melakar satu entry.. pada kiraan saya, hanya biasa-biasa saja (cam lirik lagu najwa latif laa pulak..haha) sekadar mahu berkongsi. insyaAllah. kalau rasa tak penting dan buang masa kalian, tak perlu teruskan pembacaan. click je 'X' kat atas belah kanan sekali tuh.. haha.. (close window)

***

setiap yang berlaku, adalah takdir allah. setiap yang berlaku itu jugak, pasti ada hikmah. permulaannya memang pahit.. ini kerana pengakhirannya terlalu manis.. tak tergambar dengan kata-kata, mungkin .. walau apa jua keadaan dan situasinya, bersyukurlah. bersabarlah. dan jugak, bertabahlah. (bahasa baru; kamus peribadi usmr.haha )

bukanlah namanya manusia andai hidupnya tidak didatangi ujian dan musibah. kerana, itu sudah menjadi janji allah, yang mana firman-Nya, "setiap manusia itu pasti akan diuji.." takkan ada dengan mudahnya seorang manusia yang dikatakan beriman, tetapi dia tidak diuji. kan? rata-rata korang pun dah sinonim sangat dengar firman allah yang satu itu..

lain orang , lain ragam. lain manusia, lain uji nya.. setiap diri yang bergelar manusia itu ada 'peperangan diri' yang dihadapinya.. semuanya hanya bertujuankan satu saja. iaitu, allah nak tengok setebal mana iman hambaNya, dan sejauh mana pengharapan kepada allah itu dalam diri hambaNya itu. beruntunglah bagi mereka yang berdepan dengan ujian dan musibah, terus pacakkan kesabaran dalam dirinya. bertuahlah bagi mereka yang berdepan dengan ujian dan musibah, terus jadikan iman tunjang akal fikirannya. tiada siapa yang mampu membantu kita selain allah jua.. percayalah.. everyone has their own struggles. allah knew their's sacrifications.. pray hard to allah , let allah do the rest.

bukanlah maknanya, kita tak boleh story-story langsung kepada orang-orang yang kita percayai.. bukanlah maksud saya kita tak boleh luahkan perasaan kepada manusia.. tetapi adalah lebih baik kalau kita 'cerita' dulu pada allah. put allah first. mengadulah pada Allah. Dia yang beri ujian/musibah tu pada kita, pastilah penyelesaiannya juga ada pada Dia. kan? pernah kita minta kat allah moga diberi solusi atas masalah yang kita hadapi? haha.. semestinya pernah, kan? saat susah, memang allah lah pertamanya.. tapi saat senang? hmm..

setiap yang berlaku pada kita, anggaplah ia tarbiyah dari allah. teguran dari allah. sebab kita ni nakal sangat, so kekadang perlu jugak diajar dengan cara yang 'menyentapkan' jiwa.. haaa.. astaghfirullah.. berlapang dadalah... sematkanlah iman dijiwa.. jangan pernah putus asa. allah tak kejam pada hambaNya, malah lebih pemurah lagi.. subhanallah.. 

berterima kasihlah saat menerima ujian ataupun musibah. 

sebab apa? kerana allah nak jadikan kita lebih hebat dari sebelumnya, insyaAllah (hebat bagi tahap seorang hamba). dan mungkin, allah nak jadikan kita lebih bijak lagi selesaikan masalah yang kita hadapi tu.. sebab, kadang-kadang, ujian atau musibah yang kita hadapi tu perkara atau mende yang sama.. kita pernah lalui suatu ketika dulu.. dan ianya berulang lagi kini. so?? adakah kita masih ditakuk lama? masih dengan tahap fikir akal yang dulu? tiada pembaharuan? kesian lah diri kalau kita masih sama seperti dahulu.. minta jauh.

"allah bagi dunia kepada siapa saja yang Dia suka.. dan allah bagi agama kepada siapa saja yang allah cinta."

masyaAllah..

tak teringin nak tergolong dalam kalangan orang yang allah cinta?? mesti nak kan.. masyaAllah.. bertuahnya badan..

macam mana nak dapat? 

daripada ujian-musibah itulah.. bagaimana cara kita mengatasi dan berdepan dengan ujian-musibah itulah yang membuatkan kita kepada dua hala. sama ada ke arah yang lebih dekat dengan Dia, atau menjadi semakin jauh dari Dia. na'uzubillah. moga allah bimbing. 

dek kerana itulah, pentingnya iman yang kukuh dalam dada. menuntut ilmu lah.. berdampinglah dengan mereka yang lebih alim. maksud alim kat sini, berpengetahuan yang lebih dalam ilmu agama. sebab ada penyelamat disitu.. allah dah bagi guidelines. follow lah the flow.. tapi, fitrah.. simply said than done, right? tepuk dada , tanyalah iman..

hidup kat dunia ni hanya nak buat bekal untuk akhirat.. takyah nak sombong sangat lah dengan allah. kita ni pun dah banyak berhutang dengan allah, lagi mahu buat maksiat-dosa bagai pada Dia.. moga allah bimbing. insyaAllah.

sekadar itu saja.


* mulut ini lancar berkata-kata.. tapi yang pasti, diri ini juga akan diuji atas setiap kata-perkataan yang diucapkan sendiri. sama-sama lah kita berdoa agar saat ujian 'menjenguk' kita, iman masih kuat dijiwa.. dan allah diletakkan pada tangga pertama.. insyaAllah. bagi yang kenal, tegurlah aku andai perbuatan aku berlawanan dengan apa yang dicoretkan disini. moga allah redha. aku juga hamba seperti kalian. 

***

hati ini milik allah..

"belum tiba masanya lagi.." - umi.

" akak suka ummu suka dia.. tapi cukuplah dalam hati je.. tak perlu bagitahu.. ada jodoh, adalah... " - bekas rakan sebilik sem khas.

" bagilah masa dan ruang pada diri sendiri for a little longer dear.. tuntut lah ilmu banyak-banyak sebelum tiba masanya.." - hati.

" semua ni hanya mainan perasaan je.. bersabarlah.." - jiwa.

"kau keliru sebenarnya dengan diri sendiri.." - minda sedar.



 []  -  []  -  []  -  []  -  []  -  []  -  []

terkadang hatiku bertanya ..
adakah dia dah berpunya ..
kerana diriku berasa ..
aku jatuh hati padanya ..

@ainan tasnim_akusukadia

moga yang terbaik saja buat dia
moga allah berkati dia
akuhanyamampudoadarijauhsaja

[]  -  []  -  []  -  []  -  []  -  []  -  []


minta maaf salah silap. moga hari ini lebih baik dari hari semalam. dan hari esok lebih baik dari hari ini. insyaAllah. barakallahumma..