Sunday, November 10, 2013

hati dan cinta

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt.

thanks sudi singgah entry ni. just a simple short and 'informative' sharing. perhaps insyaAllah.

by the way, first and foremost, selawat ke atas nabi kita Nabi Muhammad SAW, allahuma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala 'ali sayyidina Muhammad. alhamdulillah, terima kasih kepada Sang Pencipta, Allah SWT yang memberi ijin kepada kau dan aku untuk terus menapak menghirup udara dan bernafas sehingga saat ini. syukur.

terlintas di benak fikiran akan satu persoalan;
apakah cinta itu mampu menjadi faktor yang mengubah diri peribadi dan personaliti seseorang?

dan jawapan aku satu and solid:
ya.

mengapa sedemikian yakin? 
ibrah dari kehidupan sekeliling umumnya dan pengalaman diri sendiri pastinya. haha.. oh ye.. ibrah means lessons (in the good way)

takdir menentukan, agak ramai kengkawan aku yang dulunya hangat bercinta, bahagia bersama, tup tup dapat tahu putus tiba-tiba. aku sebagai seorang perempuan ni sememangnya mengerti malah lebih dari faham perasaan itu. aku tumpang sedih jugak. seriously. *bukan nak bahan ok. haha*

dan hari demi hari, takdir allah itu membawanya kepada jalan yang jauh lebih baik. dan sememangnya aku jeles akan hal ini. ahahh. *common issue. tapi jeles in good perspective okayy..* jeles aku bukan apa, aku rasa nak berlumba nak jadi yang lebih baik sebab mereka mereka ni pun boleh berubah, jadi kenapa tidak aku. kann.. haha.. *macam tu laa aku selalu fikir.*

side matter.

ok, so ditakdirkan dirinya semakin mendekati Si Pemilik Cinta yang jauh lebih membahagiakan dan menggembirakan. aku tumpang gembira. aku suka tengok. daripada tak proper dari berpakaian.. berubah kepada yang lebih proper. aku pun jadi tertarik nak mem'proper'kan diri lagi. 

cumanya, ada satu persoalan lagi yang berjengah fikiran aku.
apakah niat kepada perubahan itu.

dalam diam, aku berdoa dan berharap agar ianya kerana allah. first. dan aku juga berharap yang ianya kekal. 
i'm not saying that i'm better, perfect, pious and blaa blaa blaa. OF COURSE NOT. anggaplah ini doa dari seorang kawan kepada kawannya. insyaAllah. 

aku cakap macam ni bukan apa. as i said earlier, i did undergone all these kind of tests and tribulations. i did really know the feelings, sorrow and all that. dan aku berharap yang kau jugak bangkit in the right way. at my first hijrah, i did not very sure for what i did all the changes. is it because of him? because of myself? or i really get the hidayah? i blurr. serious. it takes years to discover you know.. *lambatt kan aku* haha.. tapi alhamdulillah. dalam discovery journey aku tu, walaupun niatnya samar samar, aku takde laa pulak berhenti separuh jalan. syukur jugak untuk itu. and until the right time, berbekalkan ilmu yang dicari, ilmu yang dituntut, diberkati lagi oleh Si Pemilik Hati, allah betulkan niat aku kepada yang sebetulnya. insyaAllah.

so, si kawan, aku mendoakan yang terbaik untuk kau. dan juga semua. 

kagum aku dengan term 'cinta' ni. haha.. hebat bahananya.. dan sungguh menakutkan. aku setuju orang dok kata cinta itu buta. yes! aku orang pertama yang angkat tangan tanda setuju. haha.. 

apapun rakan rakan, saudara mara, para wanita dan gadis-gadis sekalian, jagalah diri anda. dan hargailah diri anda sebaiknya walau se'centimeter' pun. semuanya tetap berharga. malas nak propa sebab tadi dah janji kata nak short aje. huhu..

semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. 
*aku suka doa/wish ni sebab aku adopt it in a deep manner. heehee* 

have faith in allah. and don't give partner to allah.

ingatlah,

“dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri,
dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” 
Surah Ash-Shura ayat 30.

life is a journey...
from allah.. 
to allah.

wallahu'alam.
Jaga diri.


Sunday, October 6, 2013

tolak tambah dalam hidup

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi singgah di entry ku ini..

pertama sekali, selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW, allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala 'ali sayyidina muhammad. 

segala puji hanya bagi Allah, tuhan pencipta sekalian alam, Yang Maha Agung, Maha Berkuasa lagi Maha Tinggi. segala kata kepujian sememangnya untuk Allah, dan milik Allah.

tolak tambah dalam hidup. 

sekali baca, dah boleh gambarkan apa yang bakal aku taip dan share untuk entry kali ini. mungkin penceritaannya lebih kepada tolak instead of tambah, but suppose that both come simultaneously, by conscious or unconscious state of mind.. 

K-E-G-A-G-A-L-A-N.

satu kata yang beri impak dalam hidup seseorang, mungkin. uhuuu.. agak-agak ada tak orang yang tak pernah gagal? siapa ye? boleh jugak aku nak kenal.. respect lah kalau ada. serious tak tipu. hahha. ape pun, rata-rata aku percaya bahawasanya setiap individu yang bergelar hamba allah itu, biarpun dia kini bukan islam ataupun islam, pernah ditimpa kegagalan. mungkin gagal hadirkan diri untuk discussion study group, gagal dalam planning nak jayakan hari interaksi persatuan, gagal nak siapkan tutorial, gagal nak follow planner diet.. dan gagal dalam macam macam hal lagi lahh.. ohhh... menyampah saja dengan contoh kegagalan yang tersenarai itu. haha

dan semestinya, pasti ada antara kita yang pernah gagal dalam pelajaran, tak dapat score target yang dibuat terhadap sesuatu subjek. hidup sebagai pelajar, dua perkara tersebut; kejayaan atau kegagalan, memang seiringan sangat. best friend forever. hahaha.. dan dua perkara itulah yang berpotensi untuk mempengaruhi hidup atau mengubah hidup seseorang. percaya tak? haha.. mohon lah percaya jika korang tak pernah rasa apakah itu  kegagalan.

*otak tak dapat nak interprete lagi main point entry kali ini. mungkin dek kerana kekok. akibat lama tidak berbelogging. hahaha*

kalau tanya aku sendiri, aku mengaku yang aku pernah juga merasa gagal dalam pelajaran ni. perasaan dia waktu tu, korang tak tanya pun, aku pasti korang lebih tahu. kann? hmm.. bila mana ditimpa kegagalan ni, ada perkara yang aku sangat risau. iaitu refleksi diri aku terhadap kegagalan tersebut. atau bahasa mudah faham dia, apa yang aku buat waktu aku dapat tahu aku gagal dalam pelajaran tu.. penting tu. penting sangat. sebab apa?
haaa..

bagi yang tak pernah rasa gagal tu, cakap bagi nasihat kata semangat tu, yes, itu sangat mudah. sangat mudah nak buat. tapi korang tak pernah rasa dan alami sendiri menjadi diri yang terpaksa menanggung kegagalan tu. kau tak tahu perasaan dia waktu dia terima respon dari ahli keluarga dia, perasaan dia waktu tengah bercerita dengan kengkawan dia yang tak gagal, perasaan dia waktu belajar semula subjek tu sendiri.. kau tak pernah rasa. dan apa yang aku nak katanya, susah nak handle emosi dan perasaan time tu bagi diri si gagal itu. 

balik kepada persoalan asal, sebab itu aku kata, pentingnya refleksi atau respon diri kita terhadap kegagalan yang dialami. sinonim laa, kalau waktu tu kita akan rasa give up, rasa down, rasa nak lari dari kehidupan, rasa macam kita dah jumpa the end point of life.. rasa macam nak buat perkara yang tak sepatutnya; bunuh diri, marah akan allah, marah akan takdir, marah dengan orang keliling dan sebagainya.. sinonim sangat direct responds tersebut.

tapi sampai bila? takkan hanya kerana kegagalan yang sangat kecil itu, kau sanggup nak punah ranahkan hidup kau tu. takkan kerana gagal macam tu, kau dah kecewa dengan kehidupan. apa selama ni kau tak pernah terima nikmat ke?? apa selama ni hidup kau memang asyik main dengan air mata saja ke?? tak kannn.. allah tidaklah sekejam itu.. allah itu maha adil. dalam saat dia bagi 'tolak' sebenarnya dia bagi 'tambah'. kau saja yang tak perasan. sebab apa tak perasan? sebab kau tamak. tak bersyukur. tak pernah nak rasa cukup. demand lebihhh.. hmmm.. itulah kau, jadi manusia tak reti nak bersyukur, memang parah laa.. ngehngehngeh..

oleh yang demikian, pentingnya iman yang teguh dalam diri. kau takde iman, memang yang negatif tu lah kau akan buat. tapi kalau kau ada iman, insyaAllah, allah bimbing lagi. allah bawak kau, tunjuk kau ke jalan yang 'positif'. insyaAllah. kau kenalah percaya. dan semestinya kenalah bersabar. susah nak buat, aku tahu. tapi that's the only key i thought. BERSABAR.

refleksi diri terhadap kegagalan yang dihadapi.

mungkin aku boleh share sedikit pengalaman aku sendiri *cerita lama* memandangkan aku juga antara ahli dalam 'persatuan' ini. haha.. dan semestinya kegagalan yang aku maksudkan adalah, kegagalan dalam pelajaran.

dipendekkan situasi dan cerita, aku agak payah dalam nak terima hakikat bahawasanya pada waktu itu aku gagal dalam satu subjek. yang memaksa aku untuk retake balik subjek itu untuk pembelajaran kali kedua. aku pun pelik kenapa payah dan sukar untuk aku terima. cuba aku selak satu persatu kata-kata motivasi yang terkumpul untuk aku dapatkan semula positifnya kegagalan yang aku hadapi, tapi aku tak jumpa the solid one. sekejap redha, sekejap rebel. sekejap rasional sekejap lagi gelabah masa sendiri. aku down. aku give up. sehinggalah satu malam..


- - - menjelang isyak - - -

'I'm at Masjid blaaa.. blaa.. blaa..'

'seronoknya dapat berjemaah di masjid biru'

'indahnya terawih di masjid sekian sekian..'

dan bermacam-macam lagi tweet updated by persons i'm followed. ohhh.. 

dushh! 

dan waktu itulah.. satu nafas keinsafan dan kesedaran tertiup dalam diri aku.. lembut menyapa hati.. membelai jiwa yang lara.. 'menggegar sopan' iman aku..

dan aku kembali ke dunia nyata, memberi persoalan kepada diri sendiri; 
'''dah tuu kauu tengah buat apa sekarang??? asal tak pergi jemaah terawih? dah berhari dengan alasan yang sama.. alasan yang tak relevan. orang lain duk pulun kejar rebut pahala ramadhan, and kau?? apa kau buat?''

dan waktu tu memang tak tipu, aku tersedar dari lena. aku sedar dari hanyut dalam lautan kesedihan. entah apa apa dah gayanya. tapi itu lah.. macam aku kata tadi, tak tahu kenapa kali ni punya gagal, aku susah nak terima. teruk kann.. hmm..


- - aku sambung solat isyak, terawih dan witir sendirian di rumah - -
dek dah ditnggalkan oleh abuyah. hohoho

malam tu jugak aku muhasabah diri. malam tu aku bagi ruang untuk diri sendiri. seluas ruang bilik aku. just me myself. bahaya sebenarnya keadaan tu. takut tersalah analisa, ke lain pulak aku ni 'dibawa'. haha. tapi alhamdulillah. aku masih disini sekarang ini dengan conscious mind, insyaAllah.

aku buka Quran lepas terawih tu. disebabkan aku dah 'jumpa' tips nak tenangkan hati dari dirundum sedih sebulan sebelum puasa dulu, aku teruskanlah dengan tips tu.

tips nya, kalau rasa down, sedih atau berduka lara bagai, kau bacalah al-quran dengan seikhlas hatinya. baca dan bacalah sampai rasa dah tak larat. and kekadang sampai rasa nak termuntah tu pun ye jugak. and waktu tu kau dah relieve a bit sebenarnya. pada aku laa.. janji allah itu benar. hanya dengan ingat Dia, hati akan tenang. (tak ingat ayat dan surah apa. hmm.. my bad)

paanngggg!

rasa macam diri diTAMPAR! haha.. pulak dahhh~


“Dan apa musibah yang menimpa kamu 
maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, 
dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” 
Surah Ash-Shura ayat 30.

dalam aku belek nak cari muka surat tempat hentian last aku mengaji, aku terhenti di ayat di atas. peerrgghhhh! memang terbaik sangat lah teguran allah bagi. seriously. waktu tu jugaklah double, triple to the power of thirty six thousands rasa kesedaran tu datang. SOLID ONE! haaaaa...

aku imbaas balik.. agak-agak jumpa dosa apa aku dah buat yang tak sedar itu sebenarnya dosa. hmm.. dan yes. ada sebenarnya. aku rasa 'itu' lah dia sebabnya. aku taknak cerita apa detailnya, tapi kalau tak silap aku perkara tu melibatkan aku dengan umi. 

ya allah.. haiii... waktu tu jujur cakap lah, memang terang jelas lagi nyata yang aku dah boleh terima hakikat kegagalan aku time tu. takde berbelah bagi dah. dah takde ragu-ragu dah. hmm.. malu semula dengan allah. malu jugak dengan diri sendiri.

sebelum ni, aku cuba positifkan diri bahawa aku takde rezeki laa kot kali ni. ingat balik usaha belajar buat tutorial apa semua tu, aku positifkan diri yang aku dah berusaha laa atleast, tapi dah memang takde rezeki. tapi alasan tu aku tak dapat nak adopt 100%. bapakk ahh demand. tapi yang kali ni, terang tang tang allah imbas kan balik kat aku, aku senyap terus. aku takde demand apa lagi dah. memang itu pun la dia. padan muka kau. haha.. dan sampai lah sekarang, alhamdulillah. allah itu maha halus lagi terperinci perancangan dia. subhanallah. cantik dah planning allah ni.. follow lah dengan berlapang dada.

subhanallah.. astaghfirullah.

itu je lah secebis imbasan kenangan aku di awal pengajian ku di universiti. apa pun, aku takut jugak nak berdepan dengan kegagalan ni. sebabnya, aku risau dan takut bagaimana penerimaan aku dalam nak hadapi perasaan emosi dan diri waktu tu. i need guidance. and yes i'm seeking strength and guidance from allah to assist me. cuma masih risau. alhamdulillah sekarang baik saja. worry in future. hmm.. 

for sure, live our present as it is a gift. don't expect for the future too much. and don't just let go your past but learnt from it. those are good teacher for us more or less. right? think deep.

pesan aku, bila gagal, jangan malu nak berkongsi dengan orang lain. minta pendapat orang lain. minta nasihat.. positifkan diri, mintak kekuatan dengan allah, mintak petunjuk dengan allah. mintak bimbingan dari allah. mintak allah bagi jalan dan permudahkan urusan.

hmmm.. nampak tak kat situ.. mintak.. mintak.. mintak.. mintak.. takde nye memberi. hahha.. itulah manusia. kalau dah banyak sangat mintak, kau kena faham dan sedar diri, yang kau kena memberi jugak. dalam setakat yang aku faham, scope memberi kau sebagai hamba ni tak lain adalah kau kena taat dan patuh perintah allah dan jadilah khalifah. beribadah dan sebarkan kalimah tauhid. hmm.. hadam lah. nanti kalau berkesempatan aku buat entry lain pasal ni insyaAllah.

akhir kalam, hiduplah dengan kalimah tauhid;tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh allah. 

hati-hati dengan kehidupan akhir zaman. moga kita dilindungi oleh allah dari fitnah manusia, fitnah dunia, fitnah dajjal, fitnah kubur dan fitnah api neraka. 

Sunday, August 25, 2013

iklan!! iklan!!

hai, assalamualaikum..
post kali ni agak ekstreme.. kerana aku ada nak promote barang atau produk kecantikan dan kesihatan. :)
bagi mereka yang menjaga kecantikan dan kesihatan ni, aku rasa mereka dah biasa dengar produk ni..

SNE & BEUTSKIN ESSENCE

so, here you go! :)



detailnya: -



Produk : Beutskin Essence
Berat : 500mg x 60 capsules
No.Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL08031430TR
Harga : RM240.00 (SP)


Produk : SNE Kapsul
Berat : 500mg x 60 capsules
No. Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL20034169TCR
Harga : RM220.00 (SP)


Produk : Rebond Essence
Kandungan : 500mg x 60 kapsul
No. Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL11030124TR
Harga : RM242.00 (SP)


Produk : Artercardy Essence
Berat : 500mg x 60 capsules
No.Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL08031424TR
Harga : RM230.00 (SP)


Produk : Wis-D Essence
Berat : 300mg x 60 capsules
No.Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL08031425TR
Harga : RM220.00 (SP)


Produk : Vital + Essence
Berat : 350 mg x 10 capsules
No.Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL20040210T
Harga : RM220.00 (SP)


Produk : SeaBuck Activ
Berat : 6g x 15 sachets / box
Harga : RM90.00 (SP)


Produk : Excel Tea
Berat : 3g x 30 sachets
Harga : RM90.00 (SP)


Produk : Slimmerz Capsule 
Berat : 250mg x 60 capsules
Harga : RM350.00 (SP)




jadi, sesiapa yang berminat nak cuba atau mencari pengedar produk SNE & BeutSkin Essence ni, boleh hubungi aku untuk keterangan lanjut ok..

Nak cantik? Nak kulit lebih cerah dan putih? Nak sihat?? cubalah produk ni.. insyaAllah, ikhtiar anda berbaloi..

Boleh hubungi aku melalui:
  • call/whatsapp/weChat: 013-6749836
  • facebook: http://www.facebook.com/ummushafiyah
  • twitter: https://twitter.com/usmr3691
* agent SNE & BeutSkin Essence sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan sekitarnya.
* harga produk kita boleh negotiate lain..


Jom cuba produk baru!!  :)
it worthy you.
as allah will, instead.


Monday, August 5, 2013

hati yang tersakiti

tajuk entry tak menahan. haha! first entry dalam bulan berkat; Ramadhan, tiba-tiba pergi post entry pasal hot setafff gini.. memang lahh takde kerja. haha...

sebelum terlanjur ber'karya', ayuh lah wahai pembaca belog sekalian, sama sama kita panjatkan rasa syukur kepada allah, diatas SEGALA nikmat, limaph kurnia, dan belas ihsan serta kasih sayang yang Dia berikan kepada kita sehingga hari ini.. semua itu, memang kita sebagai hamba ni, tak kan pernah mampu nak balas. ALHAMDULILLAH..


dalam melayari kepekatan malam
tiba satu saat aku tersedar
ohhh..
aku bukan lah dari golongan sastera
tak reti pulak nak berkarya madah kata bagai
hahaha! 
*kensel nak bermadah*


ok lah.. hati yang tersakiti. first impression mostly mesti terfikir dek kerana cinta kann? heee.. malu lah nak share pasal kisah chenta ni.. *uwweekkk. padahal takde pun* 

kali ni hati tersakiti dek kerana sikap diri sendiri.. dek kerana kejahilan diri.. dek kerana kelemahan rohani.. ohh alangkah ruginya rasa hati. 

sedar tak sedar, kita dah masuk hari ke-27 Ramadhan. dah 27 hari kita berpuasa. sedar tak?? haha.. dalam erti masa lain, kita semakin dekat dengan hari lebaran hari kemenangan. dan semakin dekat jugak dengan penghujung Ramadhan. bulan yang mana peluang pengampunan dosa dari Allah tu luar biasa sama sekali. hanya terdapat dalam bulan ini sahaja. 

malah dijadikan jugak, terdapat satu malam yang mana jika kita beribadah pada malam tersebut, diibaratkan kita beribadat seperti 1000 tahun lamanya. hebatkan sifat penyayang allah. Maha Pemurah sungguh Allah. tinggal saja, diri kita sendiri. mahu atau tidak mahu. 

bagi orang yang sentiasa berdosa macam aku, yang jugak seorang pendosa, aku rasa sangatlah rugi jika bulan yang penuh berkat ini, kita manfaatkan dengan sambil lewa saja. sebab apa? sebab bulan ni allah buka peluang pengampunan tu seluas-luasnya. jadi apalah salahnya, *memang takde salah pun* kalau kita buat pengorbanan yang sekecil kuman itu untuk perbanyakkan ibadat sepanjang bulan ni.. kan? gunalah peluang hari yang masih berbaki ini sebaik-baiknya.. fight guys! kita tak tahu, tahun depan jumpa lagi ke tidak lah dengan bulan ramadhan ni.. kan? kann? na'uzubillah..

aku nak share something.. i got from tazkirah through the tv show. tak ingat ustaz mana yang bagi talk.. sebenarnya bagi kesan kat aku yang sedang 'lena' sebenarnya. so i jotted them down.

Orang yang layak mendapat maghfirah(pengampunan) daripada allah.

Ada 6 points ustaz tu bagi untuk kita nilai sama ada diri kita ni layak mendapat pengampunan allah atau tidak.

1. seseorang tu memiliki sifat taqwa.. kat sini, dia elaborate lagi kriteria taqwa yang dimaksudkan..
    - bersifat tawaduk: iaitu seseorang tu bersifat rendah diri
    - kedua, qanaah: iaitu dia berasa cukup dengan apa yang allah bagi
    - ketiga, dia bersifat warak
    - keempat: dia yakin, dalam kes halal dan haram. dan dia tak kan ambil perkara yang syubhah..

2. seseorang yang itu suka menderma - sama erti lah dengan suka bersedekah.. fahamkan? takyah lah explain pepanjang..

3. orang yang menahan marah - perkara ni sukar sebenarnya nak buat. sebab tu, ganjaran dia besar.. ciri orang ni, marah dia marah bertempat.. contoh, marah dengan kes penganut agama lain mempersendakan agama islam; wish berbuka puasa dengan hidangan makanan haram. dan sebagainya. 

4. orang yang memaafkan kesalahan orang lain.

5. seseorang yang apabila berbuat perbuatan keji atau perkara yang menzalimi dirinya sendiri, dia segera membersihkan dirinya semula. 
    - bahasa mudah nya, dia segera bertaubat apabila dia buat perkara yang salah.. bukan senang nak pupuk habit ni.. sebabnya, rata-rata kita suka bertangguh nak buat solat taubat. itu mungkin boleh dikategori baik lagi kot; rasa jugak nak bertaubat. ada jenis hamba yang lain ni pulak, tak tahu pun yang dia buat tu, perkara yang mendatangkan dosa! haaaa.. itu lagi parah. haha.. 

dan point akhir, point yang buat aku sentap,

6. seseorang itu layak mendapat pengampunan dari allah seandainya dia berjaya berhenti melakukan perbuatan keji yang selalu dilakukan sebelum bulan puasa dan terus meninggalkan perbuatan keji itu walaupun selepas bulan puasa.
   - habit manuasia ni beza-beza.. dah nama pun habit, faham saja lah. benda yang kita biasa buat, selalunya susah nak tinggal. jadi aku tersentap sebab even dalam bulan puasa pun, aku still buat, sure lah lepas habis puasa pun aku buat kann. jadi, apa perubahan ke arah kebaikan yang aku capai sepanjang berpuasa? macam boleh kata useless lah kann.. sebab dok fikir macam tu lah, aku sentap masa sendiri. haha..

jadi, ustaz tu ajak buat refleksi diri.. macam aku cakap kat point 6 tu lah.. what's the point ramadhan had changed you. more or less? cermin balik diri.. periksa balik dari atas kepala sampailah hujung kuku kaki.. *merepek* sia-sia lah kalau kita tak bawak pembaharuan pada diri sepanjang sebulan kita berpuasa ni kann? kann?

masih ada beberapa hari berbaki. gunakanlah dengan semaksima mungkin.. fighting! :D


selamat menyambut hari lebaran *in advanced*.. semoga tahun ini, terlakar 1001 kenangan manis dihari kita meraikan kemenangan bersama insan tersayang di sisi okey! minta maaf salah silap. minta diampunkan segala dosa. halalkan segalanya. 

akhirnya, jaga diri, jaga iman, jaga solat, jaga makan, jaga berat badan, jaga semua! :))

semoga allah berkati.
wallahu'alam.



Thursday, June 6, 2013

Allah have something for you.

awak, saya ada sesuatu nak bagi kat awak. jom jumpa. 
ehh.. nak bagi apa?
alaaa.. jom laa jumpa dulu.
ok. bila? kat mana? 
*ayat macam takde perasaan. padahal dah lompat eksaited gila gila* 
kat tempat biasa. 

assalamualaikum.. pertamanya, panjatkan selawat buat junjungan Nabi Muhammad SAW. syukur jugak atas nikmat kehidupan hingga ke harini.. alhamdulillah.. :)

haha... kat atas tu contoh dialog rekaan. sebagai pemudah faham situasi dimana seorang yang korang sayang, ada sesuatu/surprise nak bagi dekat kita. apa perasaan kita ekk time tu? mesti eksaited lebeyy and happy kann? kan? 

haaa.. macam itulah keadaan dan perasaan yang sepatutnya kita rasa bila mana kita di uji oleh allah. ini kerana allah ada sesuatu nak bagi kat kita at the end of the day.. *think twice* 

selalu kita dengar orang kata, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah, betul? haa.. itu lah konsepnya. allah have something for you. that ‘hikmah’.. 

aku pasti, dah bertahun tahun korang berkesempatan hidup di bumi allah ni, korang mesti pernah rasa, hikmah atau kelebihan atas setiap takdir yang allah tetapkan kat diri kita. iye, waktu diuji tu, kita akan rasa macam macam. dunia tak adil lah. nasib selalu tak menyebelahi kita lah, hidup malang lah, hidup tak beruntung lah and MUNGKIN lebih hebat lagi, tanpa segan silunya kita kata allah tak adil, allah begini begini. na’uzubillah.. istighfar banyak yeh. kekadang, dalam situasi emosi tak stabil, emosi tertekan, apa yang kita rasa dihati, tak sempat naik ke otak untuk di interpretasi dulu, tapi terus singgah di mulut dan terus meluahkan rasa. kan.. itulah lemahnya manusia. tapi allah tu MAHA BAIK HATI kan? walaupun di’tohmah’, di ‘salah anggap’ oleh banyak hambaNya, Dia tetap bagi nikmat kat kita.. kita saja yang leka dengan perkara macam ni. selalu pandang enteng kat perkara macam ni. 

aku teringat sesuatu.. Yasmin Mogahed; international public figure; one of my idol, dalam buku dia Reclaim Your Heart, ada tulis satu hal. nice sharing pada aku. dia kupas pasal satu ayat dalam surah al-Insyirah. kita pun biasa dah dengar, 

bersama kesusahan, ada kesenangan.. 

dia realize one thing. sebelum dia 18 tahun, dia percaya, ayat tu bawa maksud, SELEPAS kesusahan pasti ada kesenangan. berbeza selepas dia explore dalam dalam tafsir surah tersebut, sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah BERSAMA kesusahan, ada kesenangan. 

[aku kompius jugak mula mula. then aku pun pi belek tafsir. memang ayat dia BERSAMA. mungkin korang boleh argue dengan aku pasal ni. tapi aku pun tak follow up lagi dengan para alim untuk pencerahan..heee..so, apa yang aku tulis ni atas dasar ilmu aku yang cetek saja. :D ] 

*sambung 

dia kupas lagi.. kita manusia selalu pandang perkara negatif itu lebih dominan daripada perkara positif. kita simply claim, hari kita malang hanya kerana SATU insiden. *aku lah tu.haha* padahal kita tak fikir dalam, kita tak renung, daripada SATU kesusahan yang kita hadapi dalam satu hari tu, allah dah bagi kita SATU darab 150 juta nikmat atau kesenangan kat kita dalam masa yang sama! kan. kan.. manusia akan nampak yang negatif tu lebih dominan berbanding yang positif. sebab tu hidup tak pernahnya nak rasa cukup. astaghfirullah.. alpanya manusia. 

pengalaman. 

satu hari tu kereta aku dah parking baik dah ni. tak kacau parking lot orang pun. entah kenapa mungkin si pemilik kereta depan aku tu rushing lah kottt nak balik rumah sebab anak kucing dia beranak kembar tujuh ke apa, dia reverse sampai langgar bumper aku. 

fine. nombor plat patah. fine lagi kalau patah dan nombor nombor tu still ada kat situ.. at least nanti aku tampal je laa kan sementara nak repair baru. ni tak. dia hangkut jugak bawak balik umah. ohoii.. petang balik dari kelas, aku dari jauh dah nampak pelik je kereta aku ni. tapi aku malaasssss nak banyak cerita. aku memang senyum je dari jauh tu. and yes. as expected. kawan-kawan aku dah dok tanya bagai bagai. aku pun tak tahu apa yang terjadi yang sebenarnya. habis kat situ je.. hmmm 

kalau diikutkan rasa, memang aku dah claim, hari tu hari malang aku. hanya kerana kereta kena langgar. ahaaaa.. tapi aku balik, tenangkan fikiran yang dah sememangnya kusut, fikir dalam dalam, haritu jugak sebenarnya, ada banyak benda baik/positif yang allah takdirkan. yang boleh lagi membuatkan aku tersenyum. ahaaa.. banyak. series. 

then, aku buat declaration baru. ‘ehh.. takde apa lah setakat insiden kecil tu. boleh repair lain. boleh order nombor plate baru yang lagi stylish. lagipun aku memang dah plan nk tukar style nombor plate tu sebenarnya.haha..’ relieve back. mampu senyum semula. nampak tak allah takdir sesuatu. percepatkan hajat nak tukar style plat kereta. hahaha... allah plans always win. admit it!

**sambung 

 dan again, aku teringat apa yang Yasmin Mogahed tu kata, ada benarnya.. sejak aku realize perkara yang sama, aku pun analyze setiap yang berlaku dalam hidup selepas detik tu. memang sebenarnya, seiringan saja kesusahan dan kesenangan allah bagi dekat kita. sama ada besar atau kecil saja yang berbeza. bergantung kepada bagaimana penerimaan kita. kalau kita ni jenis yang pandang perkara negatif tu dominan daripada yang positif, maka, dirundum kasihan laa seharian kita hari tu. tapi kalau kita ni jenis yang cepat reflek diri, cepat muhasabah diri, dan sememangnya positif punya orang, apa je yang berlaku, kita buat cool saja. hahaha.. 

ohh.. cakap memang sangat mudah. dan lebih mudah lagi bagi si penaip ni menaip entri nya.ngahaaa.. namun, realiti dan hakikatnya, payah juga nak jadi orang yang sentiasa positif ni. bekalan dalam dada kena tip top. tapi aku percaya, mujahadah itu pahit kerana syurga itu...maniiss... satu je keyword nak berjaya dan latih diri jadi orang positif ni.. sabar. itu saja formula kejayaan. kan. kan.. pada aku lah. terpulang la kat korang macamana korang analyze hidup korang. asalkan masih di track yang betul. insyaAllah.. 

allah have something for you. 

dalam nak sampai hingga ke detik ni,study week, hidup aku sememangnya macam orang tak cukup ruang saja. aku pun tak faham kenapa tiba tiba begini jadinya hidup aku. ahaa.. ayat tak menahan. haha.. 4 projects to be submitted in one week. projek semester. tapi proses nak menyiapkannya memang kena hujung waktu sebab silibus pun tak habis lagi, nak kelentong apa buat assignment. haha.. 

being a third year 2nd semester CE student such a ‘wonderful’ life. perhaps. haha.. paling hectic, paling tak boleh lupa, minggu ke-13. berubah drastik habis schedule hidup aku. makan entah ke mana, tidur entah ke mana, solat awal waktu nya pun entah ke mana, bermasyarakat pun entah apa apa. hidup memang mengadap projek sahaja. keluar bilik awal pagi. balik bilik pun awal pagi. sambung kuliah lagi.. ohh..ohh.. hidup! aku yang memang asalnya suka dengan kehidupan yang busy ni, terkeluh jugak lah dek penat. ahaaa.. 

sampai satu insiden, (banyak insiden sebenarnya minggu tu. heee. apapun, allah have something for you), ok, sampailah satu insiden, dia punya sentap, buat aku berubah lagi. haha.. astaghfirullah.. aku kalau ingt balik moment tu, menggigil. *istighfar* aku berubah. aku hairan sebenarnya, kenapa tiba tiba hidup aku tak terurus gila ni. macam ada yang tak kena. aku ambil masa sendiri, tenangkan fikiran. betul betul tenangkan fikiran. 

aku teringat balik pesan umi; banyak banyak lah bertenang. pesanan tu dia pesan before aku balik um time balik cuti GE haritu. dia suruh bertenang je drive tu. takyah nak drift sangat. bukan ada apa pun nak dikejarkan. ahaha.. tapi terkesan pulak dekat semua aspek hidup aku. doa ibu kan.. mana boleh buat main. 

ok, sambung. aku semak balik segenap perbuatan aku hari hari. tang mana salah. tang mana terlepas pandang. tang mana tak kena cara. aku mark beberapa points yang kena improve. tapi satu yang paling palling paling aku kena buat, BERTENANG. do things one by one. mungkin aku ni jenis yang suka buat banyak kerja dalam satu masa, aku jadi gelabah tak tentu pasal. 

aku bandingkan dengan kawan coursemate yang lain. sama je aku dengan diorang. tapi.. ada beza. sebab aku palapes. jadual memang banyak beza dah kat situ. then, aku bandingkan dengan kawan palapes yang bukan satu kursus. sama jugak ada projek bagai, kena attend training kawad tauliah semua, boleh saja hidup terurus. *terurus lah sikit dari aku* aku buat mind set baru. aku tukar target baru. 

satu lagi masalah teknikal aku minggu tu ialah aku ingat semua projek tu submit hari last minggu 14 tu. hahaha.. itu pasal aku hairan, kenapa aku gelabah semacam tapi yang lain cool saja. last last, minggu 14 tu, submit 1 projek saja. 2 lagi waktu study week dan 1 lagi, lepas exam subjek tersebut. ya allah! gembira, tenang dan bahagia dia, aku tak reti nak express. hahahaha.. minggu 13,14 tu 90% jugak la dah setel. heee.. syukur nikmat.. allah permudahkan urusan. allah panjangkan kesempatan waktu.. 

apapun, perkara lanjut yang aku boleh kata, bersangka baiklah dengan allah. dan jangan bertangguh. series wey, ‘jangan bertangguh’ tu tips hidup terurus jugak sebenarnya. hahahaha.. ye, bersangka baik dengan allah. sangka baik lah dengan Dia. Dia punya plan, sememangnya yang terbaik. jangan argue. kita yang hamba ni, kena bersabar. 

Ustaz Nik Farhan pun pesan, 
‘sad’ ‘ba’ ‘ra’. 
 awak ada benda ni, setel semua urusan awak. 

hmm, memang payah nak buat. aku pun dah rasa. tapi sama sama lah kita berusaha ye. insyaAllah. allah berkati hidup. allah rahmati semua. mintak maaf salah silap. ayuh doakan sesame kita. insyaAllah. =) 

ALLAH HAVE SOMETHING FOR YOU.. 
bisiklah pada diri tatkala diuji, dengan bisikan yang ikhlas dari hati 
dan gaya memujuk yang memikat hati..agar hilang resah, badai dan kesulitan diri.. 
(aku pun tengah berbisik ni.. hahahaha..) 



notaKaki: 
+ apa yang berlaku pada diri, jangan cepat sangat nak melatah.. dunia saja semua ni.. 
+ aku tak tahu duduk sebenar keadaan atau apa yang terjadi.. aku pun dah putus fius nak buat apa. dan aku lebih selesa buat senyap saja... 
+ lebih kepada sedar diri kott.. sedar diri yang dah ditolak diketepi. ehh.. haha.. perhaps. 
+ penat sebenarnya nak berpura-pura ni.. tambah hidup jenis yang reti jujur je. hahha! perasan! + fighting, peeps!! :)


Friday, May 10, 2013

jom main tick-tick! :)

assalamualaikum! :D

have a nice day guys.. sama sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi sebab kita masih lagi diberi kesempatan hidup untuk bertaubat atas dosa dosa kita kelmarin. insyaAllah, jadikan harini lebih baik dari yang sebelumnya. :)

sedar tak sedar, kita dah di penghujung Jamadil Akhir. sedar tak? haha.. maksudnya, kita dah nak masuk bulan Rejab. *so?* heeee.. we are heading to Ramadhan laa bro~~ *angkat kening* haha.. insyaAllah, sabtu ni kita dah masuk bulan Rejab..

jadi, kat sini, aku berbesar hati nak ajak korang main satu game. haha.. boleh kata game la kott. game betting yourself to achieved your target. in term of ... our ibadah. and how it looks like? haaaa... here you go! please scroll down more.. *a big thanks for you* :)

MUTABAAH AMAL

aku rasa macam aku pernah je buat entry pasal ni tahun lepas. tapi takpe laa kott. tak rugi pun rasanya buat banyak banyak. penceritaannya berbeda. eheee.. aku saja nak share planning atau target ibadah dalam kita nak berjumpa dengan Ramadhan kalini. hidup mesti ada target , kan! baru meriah hidup! ada saja berda atau perkara yang kita kena dan nak buat dalam satu satu hari tu. kann kann.. bayangkan hidup kita satu hari tanpa ada perancangan apa pun? *seriyes aku tak dapat bayang. haha* even kita decide nak berbaring atas katil satu hari pun, tu kira perancangan laa tu kan? kita 'plan' nak baring. haaaa...

mutabaah amal ni bahasa mudah faham dia pada aku target list. target list untuk ibadah kita hari hari. apa nak buat.. apa nak perlu setel. apa nak perlu capai and blaa blaa ... pada aku penting jugak ada target atau jadual ibadah ni. bukan apa, bukan bermaksud nak bangga dengan apa kau kerjakan, semakin banyak semaki bagus.. bukan. tapi pentingnya dari segi perisian masa kita sepanjang bulan baik penuh berkah ni. suppose benda ni buat bulan lain jugak.. tapi aku faham... korang busy segala.. kecuali lah bagi mereka yang benar benar bagus dan sangat menitikberatkan kepentingan masa, maka, mereka dah sinonim sangat dengan mutabaah amal ni.

senang je nak buat mutabaah amal ni.. bagi yang rajin tu, korang buatlah 1 kolum untuk senarai berpuluh perkara yang korang target nak buat dalam masa satu hari tu, kemudian kolum berikutnya untuk tarikh/hari. macam kat bawah ni... :)


atau bagi yang nak cara mudah dan menyeluruh, aku ada cadangan target yang korang perlu capai bulan by bulan. haaaa.. jeng.jeng. jeng..

target Rejab:
1. puasa : 10 hari masa sendiri
2. qiamulail : 1 x seminggu [ sepatutnya hari hari! :) ]
3. baca al-quran: 1 helai setiap kali waktu solat. atau kalau digabungkan, 5 helai 1 hari.
[kiraan ni target untuk khatam dalam masa sebulan. menggunakan hari aktif sebanyak 20 hari sebulan (perempuan). ]

target Sya'ban:

1. puasa : 20 hari masa sendiri
2. qiamulail : 2 x seminggu [ sepatutnya hari hari! :) ]
3. baca al-quran: 1 helai setiap kali waktu solat. atau kalau digabungkan, 5 helai 1 hari. (ulang je target yang sama.. sebab aku rasa korang tak mampu nya nak capai target Rejab tu. hahha

target Ramadhan:
1. puasa : 30 hari wajib bagi yang layak dan sah.
2. qiamulail : sebanyak mungkin
3. baca al-quran: 1 helai setiap kali waktu solat. atau kalau digabungkan, 5 helai 1 hari. CUBA!

haaaa.. willing to bet with me? :P

kalau berjaya, tahniah! ganjaran jangan tuntut kat aku. mintak pada allah. Yang Maha Pemurah.. malah Yang Maha Kaya dan Memiliki Segala Sesuatu. haaa.. hebat nak cakapnya kat sini.. allahu akbar!

ini hanya cadangan. boleh tambah lagi mana mana yang nak tambah. apapun, tepuk dada tanya iman. buatlah perubahan ke atas diri sendiri dulu walau kita bercita besar nak ubah negara.jom bentuk peribadi, yuk! :)  

jadikan ramadhan kali ini yang terbaik guys! sayang diri sendiri. jaga diri. jaga iman. jaga solat. jaga akhlak. jaga makan, minum, tidur. jaga semua! heee.. :)

FIGHTING!


notaKaki:
** post lepas aku; 'surat buat dia', seolah olah macam bernyawa pulak. haha.. aku ditakdirkan jatuh sakit terus kott. allahu rabbi. takdir... getting recover soon. doakan. :)
** habis semua tempat aku dok provoke mende alah ni. haha... menggila sekejapp. :)

Wednesday, May 1, 2013

kalian dan aku ..

bismillahirrahim.. 
assalamualaikum wbt. 
buat semua pembaca, sama-sama kita panjatkan rasa syukur kepada Ilahi dengan nikmat iman dan islam sehingga harini. alhamdulillah.

post kali ni seriyes kerja luar alam. alang alang cuti hari pekerja, walaupun pemburu bukanlah officialy seorang pekerja lagi sekarang, pemburu nak keluar 'bekerja' sekejap. haha.. hati tengah galau, jiwa tengah kacau, hormon tengah menggila, minda sedang bercelaru, badan dah penat, iman semakin tergugat. allahu rabbi!

rewind back:

+ moment 1+
... akak memang impikan kahwin time belajar. sebab tu kalau boleh, nak carik lelaki yang betul betul and seriyes berkawan dengan akak je sekarang ni.. sekarang ni 'terjumpa' balik kawan lama seorang tu. memang dah lama tak contact dia. tiba tiba terserempak kat KLIA time hantar mak ayah kitorang pergi umrah. mak akak pun dah lama tak jumpa mak dia. then sejak tu, selalu jugak la contact. insyaAllah kali ni seriyes.

haritu punya ape citer??

hmm.. dulu tu seriyes jugak. tapi dia tak jumpa mak ayah pun lagi.. lepas mintak petunjuk Dia, nak dijadikan cerita, dia eksiden dan memang tak pergi kuliah satu semester, kitorang pun jarang jumpa and contact, kira senyap macam tu je. then, akak faham je la tanda allah tu.

jenis akak, kalau berkawan dengan lelaki, akak memang akan bagitahu awal awal, apa tujuan berkawan dengan akak? kalau takde tujuan and sekadar main-main je, tak perlu lah nak contact and berkawan rapat sangat. tapi kalau betul suka, jumpa and bagitahu je mak ayah. 

perrghhh! seriyes akak cakap and buat macam tu? tak segan ke?? haaaa...

segan la jugak. tapi itulah. apa motif berkawan rapat selalu contact kan? kalau ye suka, masuk je laa meminang. bukan apa, at least, dah ada ikatan. tak kisah takde buat kendara kenduri lagi.. janji nikah tu..

waaaaa.. seriyes saya sentap japp kak. berbeza dengan saya. haha..

ehh.. bukan nak kata tak boleh berkawan... tapi akak kalau boleh memang nak kahwin awal. ada masa satu sem je lagi ni, kalau boleh nak kahwin dalam masa ni. sebab teringin nak rasai perasaan kahwin time belajar.

ngeeee.. dah tu, akak dah bagitahu ke dekat kawan lama yang baru jumpa tu macam akak selalu buat tu?

dah. haha.. dia kata, insyaAllah ada rezeki, awal tahun depan dia datang jumpa family.

wahhhhh.. patut lah berseri je muka sekarang ni. haha... untung lah. moga jodoh panjang kak! tumpang eksaiitteeddd! :D

insyaAllah. doakan akak. nak kahwin muda sebenarnya. 


+ moment 2 +
ummu, macam mana kita nak lupakan seseorang ekk?

allah! kenapa tanya saya? hahaha.. saya pun ada masalah yang sama je macam akak.. hmm.. kenapa ni kak? cuba cerita..

*time ni aku sangat takut dengan apa yang bakal aku nasihatkan. seriously. haha! sebabnya satu je.. allah tak suka orang yang cakap tak serupa bikin. ayat alquran ni.. haaaa.. if nasihat, tapi aku sendiri tak buat, kira sama konsep laa dengan cakap tak serupa bikin kann. haaaa.. tapi aku rasa aku akan cakap. heeee* 

akak sebenarnya sayang kat seorang ni. tapi akak tahu dia tak sayang akak macam mana akak sayang dia. and dia memang dah bagitahu yang dia dengan orang lain sekarang. akak je yang masih nak sayang dia. dia layan je.. dalam masa sama, ada seorang mualaf ni minat ke akak. akak tak tahu nak buat macam mana..

hmm.. kenapa akak takut nak lepaskan yang pertama tu? *berbasa basi lagi sebelum masuk part 'telinga pedih'. haha*

akak dah lama kawan dengan dia. lagipun dia orang kampung akak. orang kampung banyak dah tahu pasal akak dengan dia. kalau balik je, memang selalu keluar dengan dia. akak tak dapat bayang kalau akak betul betul lepaskan dia nanti. akak takut.. dengan orang kampung kata lagi. hmm..

hmm.. saya tak tahu laa kak nak cakap macam mana.. saya bukanlah pakar sangat nak settlekan masalah ni.. tapi.. apa yang saya pernah baca laa kan kak.. *ayat cover* hmm.. kita ni perempuan sebenarnya penakut. macam kes akak ni la kan, apa saya boleh kata, memang patut akak tinggalkan lelaki tu. iye sayang.. tapi sayang apa macam tu sampai seksa diri sendiri?! *ehh.. ni bukan marah.. nada tegas je. haha.. ni laa part yang aku takut nak cakap tu. sebab aku pun sama.huaaaa* 

kak, akak dah tahu dah dia dah ada yang lain.. nape masih nak tunggu lagi? memang laa sakit.. hmm.. akak tak payah kot fikir apa akan jadi kalau akak dah lepaskan dia.. tu semua kerja Allah. kita takde kuasa nak tentukan. sekarang ni, akak je yang kena berani. berani untuk buat keputusan tinggalkan dia! *untuk diri sendiri* akak kena berubah. cuba solve something with new solution. try approach something new kak. kita ada allah. akak kena ingat, rasa gembira, rasa bahagia, tu semua kerja allah. allah yang bagi. bukannya manusia. 

(diam)

kak, saya pernah dengar satu ceramah ni.. ustaz ni kata kita sepatutnya bercinta dengan allah. nak tahu macam mana? *post lepas* akak banyak banyak laa berkomunikasi dengan allah. banyakkan bercerita dengan allah. try laa kak. kita usaha cara baru. mungkin ni la masanya allah nak akak rapat dengan Dia. 

tapi still ingat jugak..camane?

hmm.. itu fitrah kak.. sama je macam saya..akak sibukkan diri dengan apa apa je kerja, insyaAllah lama lama nanti ok la. insyaAllah. time fikiran tengah kacau asyik dok teringat giler kat dia, akak jangan buat apa apa luar jangka. akak senyap je.. sabar banyak banyak and pergi join kawan kawan.. senang kata, jangan bersendirian. bahaya sebab time tu kita tak boleh fikir waras. hmmm.. akak kena kuat.. saya pun sama je macam akak.. sama sama laa kita ekk.. entah la kak.. saya pun tak tahu.. ahaaa..

+ moment 3 +
jeles laa dengan ummu.. bila dah couple ni rasa nak single balik...

hamboii ngade.. pandai laa jaga diri ekk... hmm.. tahu laa ummu ni banyak kisah dongeng je.. fatma yang real punya. hukhuk.. nak couple!

takyah laa ummu. tak best pun.

ceyyhhh.. pelik orang couple ni.. time bahagia.. bahagia jugak je tengok. apa yang tak best nye. haaaa..

hmm..
***




:***
notaKaki:
>> moment tu kisah benar sebenarnya. heee.. 
>> PRU dah nak dekat. kitorang dapat cuti enam hari kott. haaaa.. mohon jeles. :P
nasihat aku pasal PRU ni, hati hati dalam berkata kata dan menaip tu yeh. haha. time belajar HE dulu, apa aku boleh kata, nak handle negara ni, bukan perkara senang. tak kena gaya, hancur jadi nye. pengalaman tu penting. bukan setakat teori je.
>> umi and abuyah gi merisik bakal tunang abang awis yang kedua. hmm..
>> naik cuti ni je, menggila dengan 4 projek yang tak settle lagi. so, cuti ni tak boleh nak bahagia sangat lah~ 

akhir kalam, mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. moga hidup sentiasa diberkati. jaga diri korang baik baik! amalkan sunnah nabi, hidup dengan islam! allahu akbar! :)