Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi singgah di entry ku ini..
pertama sekali, selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW, allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala 'ali sayyidina muhammad.
segala puji hanya bagi Allah, tuhan pencipta sekalian alam, Yang Maha Agung, Maha Berkuasa lagi Maha Tinggi. segala kata kepujian sememangnya untuk Allah, dan milik Allah.
tolak tambah dalam hidup.
sekali baca, dah boleh gambarkan apa yang bakal aku taip dan share untuk entry kali ini. mungkin penceritaannya lebih kepada tolak instead of tambah, but suppose that both come simultaneously, by conscious or unconscious state of mind..
K-E-G-A-G-A-L-A-N.
satu kata yang beri impak dalam hidup seseorang, mungkin. uhuuu.. agak-agak ada tak orang yang tak pernah gagal? siapa ye? boleh jugak aku nak kenal.. respect lah kalau ada. serious tak tipu. hahha. ape pun, rata-rata aku percaya bahawasanya setiap individu yang bergelar hamba allah itu, biarpun dia kini bukan islam ataupun islam, pernah ditimpa kegagalan. mungkin gagal hadirkan diri untuk discussion study group, gagal dalam planning nak jayakan hari interaksi persatuan, gagal nak siapkan tutorial, gagal nak follow planner diet.. dan gagal dalam macam macam hal lagi lahh.. ohhh... menyampah saja dengan contoh kegagalan yang tersenarai itu. haha
dan semestinya, pasti ada antara kita yang pernah gagal dalam pelajaran, tak dapat score target yang dibuat terhadap sesuatu subjek. hidup sebagai pelajar, dua perkara tersebut; kejayaan atau kegagalan, memang seiringan sangat. best friend forever. hahaha.. dan dua perkara itulah yang berpotensi untuk mempengaruhi hidup atau mengubah hidup seseorang. percaya tak? haha.. mohon lah percaya jika korang tak pernah rasa apakah itu kegagalan.
*otak tak dapat nak interprete lagi main point entry kali ini. mungkin dek kerana kekok. akibat lama tidak berbelogging. hahaha*
kalau tanya aku sendiri, aku mengaku yang aku pernah juga merasa gagal dalam pelajaran ni. perasaan dia waktu tu, korang tak tanya pun, aku pasti korang lebih tahu. kann? hmm.. bila mana ditimpa kegagalan ni, ada perkara yang aku sangat risau. iaitu refleksi diri aku terhadap kegagalan tersebut. atau bahasa mudah faham dia, apa yang aku buat waktu aku dapat tahu aku gagal dalam pelajaran tu.. penting tu. penting sangat. sebab apa?
haaa..
bagi yang tak pernah rasa gagal tu, cakap bagi nasihat kata semangat tu, yes, itu sangat mudah. sangat mudah nak buat. tapi korang tak pernah rasa dan alami sendiri menjadi diri yang terpaksa menanggung kegagalan tu. kau tak tahu perasaan dia waktu dia terima respon dari ahli keluarga dia, perasaan dia waktu tengah bercerita dengan kengkawan dia yang tak gagal, perasaan dia waktu belajar semula subjek tu sendiri.. kau tak pernah rasa. dan apa yang aku nak katanya, susah nak handle emosi dan perasaan time tu bagi diri si gagal itu.
balik kepada persoalan asal, sebab itu aku kata, pentingnya refleksi atau respon diri kita terhadap kegagalan yang dialami. sinonim laa, kalau waktu tu kita akan rasa give up, rasa down, rasa nak lari dari kehidupan, rasa macam kita dah jumpa the end point of life.. rasa macam nak buat perkara yang tak sepatutnya; bunuh diri, marah akan allah, marah akan takdir, marah dengan orang keliling dan sebagainya.. sinonim sangat direct responds tersebut.
tapi sampai bila? takkan hanya kerana kegagalan yang sangat kecil itu, kau sanggup nak punah ranahkan hidup kau tu. takkan kerana gagal macam tu, kau dah kecewa dengan kehidupan. apa selama ni kau tak pernah terima nikmat ke?? apa selama ni hidup kau memang asyik main dengan air mata saja ke?? tak kannn.. allah tidaklah sekejam itu.. allah itu maha adil. dalam saat dia bagi 'tolak' sebenarnya dia bagi 'tambah'. kau saja yang tak perasan. sebab apa tak perasan? sebab kau tamak. tak bersyukur. tak pernah nak rasa cukup. demand lebihhh.. hmmm.. itulah kau, jadi manusia tak reti nak bersyukur, memang parah laa.. ngehngehngeh..
oleh yang demikian, pentingnya iman yang teguh dalam diri. kau takde iman, memang yang negatif tu lah kau akan buat. tapi kalau kau ada iman, insyaAllah, allah bimbing lagi. allah bawak kau, tunjuk kau ke jalan yang 'positif'. insyaAllah. kau kenalah percaya. dan semestinya kenalah bersabar. susah nak buat, aku tahu. tapi that's the only key i thought. BERSABAR.
refleksi diri terhadap kegagalan yang dihadapi.
mungkin aku boleh share sedikit pengalaman aku sendiri *cerita lama* memandangkan aku juga antara ahli dalam 'persatuan' ini. haha.. dan semestinya kegagalan yang aku maksudkan adalah, kegagalan dalam pelajaran.
dipendekkan situasi dan cerita, aku agak payah dalam nak terima hakikat bahawasanya pada waktu itu aku gagal dalam satu subjek. yang memaksa aku untuk retake balik subjek itu untuk pembelajaran kali kedua. aku pun pelik kenapa payah dan sukar untuk aku terima. cuba aku selak satu persatu kata-kata motivasi yang terkumpul untuk aku dapatkan semula positifnya kegagalan yang aku hadapi, tapi aku tak jumpa the solid one. sekejap redha, sekejap rebel. sekejap rasional sekejap lagi gelabah masa sendiri. aku down. aku give up. sehinggalah satu malam..
- - - menjelang isyak - - -
'I'm at Masjid blaaa.. blaa.. blaa..'
'seronoknya dapat berjemaah di masjid biru'
'indahnya terawih di masjid sekian sekian..'
dan bermacam-macam lagi tweet updated by persons i'm followed. ohhh..
dan waktu itulah.. satu nafas keinsafan dan kesedaran tertiup dalam diri aku.. lembut menyapa hati.. membelai jiwa yang lara.. 'menggegar sopan' iman aku..
dan aku kembali ke dunia nyata, memberi persoalan kepada diri sendiri;
'''dah tuu kauu tengah buat apa sekarang??? asal tak pergi jemaah terawih? dah berhari dengan alasan yang sama.. alasan yang tak relevan. orang lain duk pulun kejar rebut pahala ramadhan, and kau?? apa kau buat?''
dan waktu tu memang tak tipu, aku tersedar dari lena. aku sedar dari hanyut dalam lautan kesedihan. entah apa apa dah gayanya. tapi itu lah.. macam aku kata tadi, tak tahu kenapa kali ni punya gagal, aku susah nak terima. teruk kann.. hmm..
- - aku sambung solat isyak, terawih dan witir sendirian di rumah - -
dek dah ditnggalkan oleh abuyah. hohoho
malam tu jugak aku muhasabah diri. malam tu aku bagi ruang untuk diri sendiri. seluas ruang bilik aku. just me myself. bahaya sebenarnya keadaan tu. takut tersalah analisa, ke lain pulak aku ni 'dibawa'. haha. tapi alhamdulillah. aku masih disini sekarang ini dengan conscious mind, insyaAllah.
aku buka Quran lepas terawih tu. disebabkan aku dah 'jumpa' tips nak tenangkan hati dari dirundum sedih sebulan sebelum puasa dulu, aku teruskanlah dengan tips tu.
tips nya, kalau rasa down, sedih atau berduka lara bagai, kau bacalah al-quran dengan seikhlas hatinya. baca dan bacalah sampai rasa dah tak larat. and kekadang sampai rasa nak termuntah tu pun ye jugak. and waktu tu kau dah relieve a bit sebenarnya. pada aku laa.. janji allah itu benar. hanya dengan ingat Dia, hati akan tenang. (tak ingat ayat dan surah apa. hmm.. my bad)
paanngggg!
rasa macam diri diTAMPAR! haha.. pulak dahhh~
“Dan apa musibah yang menimpa kamu
maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri,
dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
Surah Ash-Shura ayat 30.
aku imbaas balik.. agak-agak jumpa dosa apa aku dah buat yang tak sedar itu sebenarnya dosa. hmm.. dan yes. ada sebenarnya. aku rasa 'itu' lah dia sebabnya. aku taknak cerita apa detailnya, tapi kalau tak silap aku perkara tu melibatkan aku dengan umi.
ya allah.. haiii... waktu tu jujur cakap lah, memang terang jelas lagi nyata yang aku dah boleh terima hakikat kegagalan aku time tu. takde berbelah bagi dah. dah takde ragu-ragu dah. hmm.. malu semula dengan allah. malu jugak dengan diri sendiri.
sebelum ni, aku cuba positifkan diri bahawa aku takde rezeki laa kot kali ni. ingat balik usaha belajar buat tutorial apa semua tu, aku positifkan diri yang aku dah berusaha laa atleast, tapi dah memang takde rezeki. tapi alasan tu aku tak dapat nak adopt 100%. bapakk ahh demand. tapi yang kali ni, terang tang tang allah imbas kan balik kat aku, aku senyap terus. aku takde demand apa lagi dah. memang itu pun la dia. padan muka kau. haha.. dan sampai lah sekarang, alhamdulillah. allah itu maha halus lagi terperinci perancangan dia. subhanallah. cantik dah planning allah ni.. follow lah dengan berlapang dada.
subhanallah.. astaghfirullah.
itu je lah secebis imbasan kenangan aku di awal pengajian ku di universiti. apa pun, aku takut jugak nak berdepan dengan kegagalan ni. sebabnya, aku risau dan takut bagaimana penerimaan aku dalam nak hadapi perasaan emosi dan diri waktu tu. i need guidance. and yes i'm seeking strength and guidance from allah to assist me. cuma masih risau. alhamdulillah sekarang baik saja. worry in future. hmm..
for sure, live our present as it is a gift. don't expect for the future too much. and don't just let go your past but learnt from it. those are good teacher for us more or less. right? think deep.
pesan aku, bila gagal, jangan malu nak berkongsi dengan orang lain. minta pendapat orang lain. minta nasihat.. positifkan diri, mintak kekuatan dengan allah, mintak petunjuk dengan allah. mintak bimbingan dari allah. mintak allah bagi jalan dan permudahkan urusan.
hmmm.. nampak tak kat situ.. mintak.. mintak.. mintak.. mintak.. takde nye memberi. hahha.. itulah manusia. kalau dah banyak sangat mintak, kau kena faham dan sedar diri, yang kau kena memberi jugak. dalam setakat yang aku faham, scope memberi kau sebagai hamba ni tak lain adalah kau kena taat dan patuh perintah allah dan jadilah khalifah. beribadah dan sebarkan kalimah tauhid. hmm.. hadam lah. nanti kalau berkesempatan aku buat entry lain pasal ni insyaAllah.
akhir kalam, hiduplah dengan kalimah tauhid;tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh allah.
hati-hati dengan kehidupan akhir zaman. moga kita dilindungi oleh allah dari fitnah manusia, fitnah dunia, fitnah dajjal, fitnah kubur dan fitnah api neraka.