Wednesday, December 21, 2011

. kenapa aku malas sembahyang? .

kenapa aku malas sembahyang?


kenapa aku malas sembahyang,
allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam siang.

kenapa aku malas sembahyang,
kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tak lagi hidup berdagang,
takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh nak luang,

kenapa aku malas sembahyang,
allah bagi aku otak supaya tak bingung,
allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
allah bagi aku nikmat kenapa aku tak kenang,

kenapa aku malas sembahyang,
main bola aku sanggup sampai petang,
beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,

kenapa aku malas sembahyang,
aku kena ingat umur ni bukannya panjang,
pagi aku sihat petang boleh kejang,
nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

kenapa aku malas sembahyang,
seksa neraka cubalah aku bayang,
perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
janji allah akan tertunai tiada siapa boleh halang ..

".. sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan .."

--credit to Artikel iluvislam.com--


Al-Isra', ayat 78 & 79:
" laksanakanlah solat sejak matahati tergelincir [zohor & asar]
sampai gelapnya malam [maghrib & isyak] dan (laksanakan pula solat) Subuh.
Sungguh solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
Dan pada sebahagian malam,
lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu;
mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."

pemburucintaillahi151220116519
fiqhWanitakk5




2 comments:

  1. tersentuh baca blog ko.huhu

    ReplyDelete
  2. haha.. takyah nak tersentuh sangaat laaa 'sayap dunia' oii. blog kau lagi hebat~~ ><

    ReplyDelete