Thursday, November 22, 2012

oh, hoki..

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt.

kipas kiri.. kipas kanan.. 
puuhhhh..
puuhhhh..
*buang habuk*

berdebu lagi belog ini. last update, last month.
nampak busy nya disitu..
haha (bajet sibuk)

sedang aku prepare presentation petang ni, hati tersentak dek teringat kejadian malam tadi..
hikmahnya, 
ALHAMDULILLAH..
aku bersyukur sungguh-sungguh kepada Allah.

sebab?? 
insiden malam tadi yang mampu mencabut nyawa aku barangkali. 
atau mungkin paling ringan pun koma. 
na'uzubillahi min zalik. 
astaghfirullah.

syukur, allah masih panjangkan nyawa dan peluang untuk aku bertaubat.
alhamdulillah.
gara-gara latihan hoki yang diselia dalam kalangan pemain sendiri
kawalan keselamatannya juga tampak longgar.
kumpulan lelaki berlatih sama tempat dan masa dengan kumpulan wanita.
agak-agak penuh tak court hoki tu?
heee..

bila dah ada pemain lelaki, 
almaklum sajalah dengan semangat kesukanan dan tenaga ekstraavanza mereka.
main tak hengat dunia.
tak perasan makhluk keliling.
akibat terlalu seronok memukul stik,
bolanya dipukul sehabis daya mungkin
menyebabkan ia terbang tinggi melayang melangkaui sempadan kumpulan pemain wanita.

paras kepala.
sipi tudung!
sssshhhhhhhhhhh..
begitu bola itu terbang dari mata kiri aku melintasi pula mata kanan.
sentak.

si pemukul pun sama tak bergerak.

berdebar.

fuuhh!
'lega tak kena'
' nasib baik doe! sikit je lagi nak kena kepala..'
'sori wey.. sori ummu. sori..'

senyum kelat.

dalam hati..
astaghfirullah.
ya allah.. terima kasih. umur masih panjang.

***

preengg!!

'wrong side laa!'
' jap.. jap.. ok dah ke?'
'autoplay!'

ceit!
kepala aku kena 'smash' jugak akhirnya.
biul sekejap rasa.
macam baru sampai kat dunia baru.

pedih kot!

makin panaas.

yea.. benjol!
haha..

terselamat insiden satu.
insiden kedua menjadi dan jadilah ia satu eksiden.
ahah.

***
apepun, mesejnya post kali ini, bersyukurlah sebilang waktu atas setiap nikmat yang kita peroleh sehingga hari ini.. ya, itu semua hanyalah pinjaman. jaga dan peliharalah sebaiknya. dengan cara yang bagaimana? mengikut corak syariat allah dan sunnah kekasihNya, Nabi Muhammad SAW. insyaAllah. 

kita tetap hamba yang berdosa dalam banyak perkara. latih diri amalkan solat taubat. bertaubat kepada allah. lakukanlah solat taubat dan jadikan ia solat tambahan kita setiap hari. allah dah nasihat macamtu dalam al-Quran. (tak ingat pulak ayat apa. surah muzammil tak silap) insyaAllah moga allah bimbing.

sementara masih awal tahun baru, tak terlewat lagi rasanya nak buat target hidup, kan! at least, kita ada matlamat yang kita nak capai dalam hidup. and kita nampak progression hidup kita hari ke hari. salam maal hijrah semua.

dan, sama-sama kita doakan untuk saudara mara kita dan pejuang-pejuang Islam di Palestin, Gaza, Mesir dan Syria. moga mereka diberi kemenangan dan bertahan menghadapi musuh allah. amiin. insyaAllah.

salam perubahan.
[ carilah identiti.. dan binalah identiti @mottoDiriTahunBaru ]
moga allah berkati
-usmr_3691-


quote hati saya hari ini:
' aku tak kisah kau nak buat apa dalam hidup kau hari-hari ummu.. asalkan apa yang kau buat tu perkara yang allah redha. dan allah berkati. dan allah suka..' 




Saturday, October 13, 2012

saat ujian bertandang

bismillahirrahmanirrahim ..
assalamualaikum wbt. 

ALHAMDULILLAH.

segala puji hanya bagi allah.. sebab sampai hari ini dan saat ini, saya dan anda semua masih lagi hidup kat atas muka bumi ini.. masih lagi dipanjangkan umur, dipanjangkan kesempatan untuk bertaubat kepada Dia, tuhan sekalian alam, pencipta alam ini, di atas segala dosa yang kita buat hari-hari, sebelumnya, mahupun yang akan datang. (ehem.. panjang pulak intro nye.. uhuuu..)

jangan lupa jugak, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga Baginda, para sahabat, para tabiin, mujahid mujahidah dan umat islam yang terawal. insyaAllah..

terima kasih allah atas kehidupan hari ini. :)

sekadar coretan petang hari, tangan ini laju saja rasa nak melakar satu entry.. pada kiraan saya, hanya biasa-biasa saja (cam lirik lagu najwa latif laa pulak..haha) sekadar mahu berkongsi. insyaAllah. kalau rasa tak penting dan buang masa kalian, tak perlu teruskan pembacaan. click je 'X' kat atas belah kanan sekali tuh.. haha.. (close window)

***

setiap yang berlaku, adalah takdir allah. setiap yang berlaku itu jugak, pasti ada hikmah. permulaannya memang pahit.. ini kerana pengakhirannya terlalu manis.. tak tergambar dengan kata-kata, mungkin .. walau apa jua keadaan dan situasinya, bersyukurlah. bersabarlah. dan jugak, bertabahlah. (bahasa baru; kamus peribadi usmr.haha )

bukanlah namanya manusia andai hidupnya tidak didatangi ujian dan musibah. kerana, itu sudah menjadi janji allah, yang mana firman-Nya, "setiap manusia itu pasti akan diuji.." takkan ada dengan mudahnya seorang manusia yang dikatakan beriman, tetapi dia tidak diuji. kan? rata-rata korang pun dah sinonim sangat dengar firman allah yang satu itu..

lain orang , lain ragam. lain manusia, lain uji nya.. setiap diri yang bergelar manusia itu ada 'peperangan diri' yang dihadapinya.. semuanya hanya bertujuankan satu saja. iaitu, allah nak tengok setebal mana iman hambaNya, dan sejauh mana pengharapan kepada allah itu dalam diri hambaNya itu. beruntunglah bagi mereka yang berdepan dengan ujian dan musibah, terus pacakkan kesabaran dalam dirinya. bertuahlah bagi mereka yang berdepan dengan ujian dan musibah, terus jadikan iman tunjang akal fikirannya. tiada siapa yang mampu membantu kita selain allah jua.. percayalah.. everyone has their own struggles. allah knew their's sacrifications.. pray hard to allah , let allah do the rest.

bukanlah maknanya, kita tak boleh story-story langsung kepada orang-orang yang kita percayai.. bukanlah maksud saya kita tak boleh luahkan perasaan kepada manusia.. tetapi adalah lebih baik kalau kita 'cerita' dulu pada allah. put allah first. mengadulah pada Allah. Dia yang beri ujian/musibah tu pada kita, pastilah penyelesaiannya juga ada pada Dia. kan? pernah kita minta kat allah moga diberi solusi atas masalah yang kita hadapi? haha.. semestinya pernah, kan? saat susah, memang allah lah pertamanya.. tapi saat senang? hmm..

setiap yang berlaku pada kita, anggaplah ia tarbiyah dari allah. teguran dari allah. sebab kita ni nakal sangat, so kekadang perlu jugak diajar dengan cara yang 'menyentapkan' jiwa.. haaa.. astaghfirullah.. berlapang dadalah... sematkanlah iman dijiwa.. jangan pernah putus asa. allah tak kejam pada hambaNya, malah lebih pemurah lagi.. subhanallah.. 

berterima kasihlah saat menerima ujian ataupun musibah. 

sebab apa? kerana allah nak jadikan kita lebih hebat dari sebelumnya, insyaAllah (hebat bagi tahap seorang hamba). dan mungkin, allah nak jadikan kita lebih bijak lagi selesaikan masalah yang kita hadapi tu.. sebab, kadang-kadang, ujian atau musibah yang kita hadapi tu perkara atau mende yang sama.. kita pernah lalui suatu ketika dulu.. dan ianya berulang lagi kini. so?? adakah kita masih ditakuk lama? masih dengan tahap fikir akal yang dulu? tiada pembaharuan? kesian lah diri kalau kita masih sama seperti dahulu.. minta jauh.

"allah bagi dunia kepada siapa saja yang Dia suka.. dan allah bagi agama kepada siapa saja yang allah cinta."

masyaAllah..

tak teringin nak tergolong dalam kalangan orang yang allah cinta?? mesti nak kan.. masyaAllah.. bertuahnya badan..

macam mana nak dapat? 

daripada ujian-musibah itulah.. bagaimana cara kita mengatasi dan berdepan dengan ujian-musibah itulah yang membuatkan kita kepada dua hala. sama ada ke arah yang lebih dekat dengan Dia, atau menjadi semakin jauh dari Dia. na'uzubillah. moga allah bimbing. 

dek kerana itulah, pentingnya iman yang kukuh dalam dada. menuntut ilmu lah.. berdampinglah dengan mereka yang lebih alim. maksud alim kat sini, berpengetahuan yang lebih dalam ilmu agama. sebab ada penyelamat disitu.. allah dah bagi guidelines. follow lah the flow.. tapi, fitrah.. simply said than done, right? tepuk dada , tanyalah iman..

hidup kat dunia ni hanya nak buat bekal untuk akhirat.. takyah nak sombong sangat lah dengan allah. kita ni pun dah banyak berhutang dengan allah, lagi mahu buat maksiat-dosa bagai pada Dia.. moga allah bimbing. insyaAllah.

sekadar itu saja.


* mulut ini lancar berkata-kata.. tapi yang pasti, diri ini juga akan diuji atas setiap kata-perkataan yang diucapkan sendiri. sama-sama lah kita berdoa agar saat ujian 'menjenguk' kita, iman masih kuat dijiwa.. dan allah diletakkan pada tangga pertama.. insyaAllah. bagi yang kenal, tegurlah aku andai perbuatan aku berlawanan dengan apa yang dicoretkan disini. moga allah redha. aku juga hamba seperti kalian. 

***

hati ini milik allah..

"belum tiba masanya lagi.." - umi.

" akak suka ummu suka dia.. tapi cukuplah dalam hati je.. tak perlu bagitahu.. ada jodoh, adalah... " - bekas rakan sebilik sem khas.

" bagilah masa dan ruang pada diri sendiri for a little longer dear.. tuntut lah ilmu banyak-banyak sebelum tiba masanya.." - hati.

" semua ni hanya mainan perasaan je.. bersabarlah.." - jiwa.

"kau keliru sebenarnya dengan diri sendiri.." - minda sedar.



 []  -  []  -  []  -  []  -  []  -  []  -  []

terkadang hatiku bertanya ..
adakah dia dah berpunya ..
kerana diriku berasa ..
aku jatuh hati padanya ..

@ainan tasnim_akusukadia

moga yang terbaik saja buat dia
moga allah berkati dia
akuhanyamampudoadarijauhsaja

[]  -  []  -  []  -  []  -  []  -  []  -  []


minta maaf salah silap. moga hari ini lebih baik dari hari semalam. dan hari esok lebih baik dari hari ini. insyaAllah. barakallahumma..


Sunday, September 16, 2012

hati.. oh, hati...

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt.

suka nak mulakan entry dengan mengajak kalian yang membaca ini sama-sama kita panjangkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberi nikmat hidup dan berpeluang meraih taubat atas segala dosa yang kita buat hari-hari.
ALHAMDULILLAH!

***

hari ini, 16 september 2012, negara malaysia sekali lagi menyambut hari bersejarah yang penting dalam takwim negara iaitu HARI MALAYSIA. dah masuk kali yang ke-49. alhamdulillah. nikmat allah bagi.. syukur.

***

kebelakangan ini juga, umat islam digemparkan dengan isu sensitif yang mengundang kemarahan kebanyakan umat dan penganut agama islam dari ceruk dunia mana pun. isu menghina Rasulullah SAW. nak cakap lebih pun, aku antara orang yang tak sempat nak tengok video Innocent of Muslim itu dengan mata kepala sendiri. tapi, melalui pembacaan disini , terbit rasa geram marah dan tak puas hati. semoga allah memberi pembalasan kepada individu-individu yang terlibat itu.

***

ditakdirkan allah, masalah hati dan perasaan bergelojak lagi kali ini.. apakan daya.. aku hanya manusia biasa. seperti lainnya, mendambakan untuk berkasih-kasihan dengan kaum sebelah sana.. namun, menyedari hakikat fitrah sebagai seorang muslimah ... that's not the way allah like and bless. dan mendiamkan diri itu jalan yang dipilih.

'bila keinginan bertentangan dengan syariat, aku susah nak decide'

suka aku nak share video yang pada aku bagus sangat dan bermanfaat sangat. semoga korang get something worth from that. ada 6 parts of it. so, tengoklah.. beetles and roses by Aiman Azlan and Wardina Safiyyah; my idol.

***
semoga allah berkati.





Sunday, September 9, 2012

koreksi diri

bismillahirrahmairrahim ...
assalamualaikum wbt.

ALHAMDULILLAH!!

jom sama-sama kita ungkapkan satu kata yang membawa 1001 makna; tanda penghargaan seorang hamba kepada penciptanya.. "segala puji hanya bagi allah!!"

***

setiap orang diberi tempoh waktu yang sama saja dalam 1 hari, iaitu 24 jam. terpulang kepada individu itu bagaimana dia menggunakan tempoh itu dengan pengisian jenis apa pun. mungkin ada yang gunakan tempoh itu untuk bersolat, berzikir, membaca al-Quran, makan, mandi, beriadah, ziarah sanak-saudara, bersedekah, belajar, menduduki peperiksaan, bekerja, bermesyuarat, bergotong-royong, memasak, tidur dan sebagainya.

beruntunglah bagi mereka yang memenuhi masa seharian mereka dengan perkara yang allah redha, kan? pernah tak kita terfikir, sehingga usia kita pada detik ini, apa yang telah kita usahakan pada masa-masa kita yang terdahulu ... mungkin ada yang berasa, masa lalu mereka terisi dengan keseronokan duniawi sahaja; membazir waktu. dan mungkin juga ada yang berasa masa mereka terdahulu telah mereka manfaatkan atau gunakan dengan sepenuhnya mengikut ajaran Rasulullah SAW dan aturan Allah SWT. alhamdulillah bagi mereka yang dalam golongan yang kedua itu. (hayati semula surah al-asr;103)

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang yang beriman dan beramal salih
dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan kesabaran

tak dapat nafi, rata-rata antara kita asalnya dulu dalam kejahilan (boleh kata jahil laa kot.. takde kesedaran tentang islam secara mendalam) sebelum menjadi seperti sekarang (telah berubah ke arah yang lebih baik, insyaAllah). seperti kata banyak orang, 'berubah sebab dah dapat hidayah'. hidayah ini tak semua manusia dapat. sebab itulah, beruntung dan bersyukur lah kepada mereka-mereka yang terpilih itu. kalau semua manusia jadi baik, siapa nak jadi jahat, kan? ( haha.. boleh pulak kan kata macam tu. astaghfirullah.) hidayah ini, perkongsian dari pengalaman, ada yang kata perlu dicari. caranya? dengan ilmu. cara nak peroleh ilmu? dengan membaca atau mendengar ceramah atau selalu mendampingi sahabat atau orang alim dan dapatkan nasihat dari mereka. atau cara lainnya adalah dengan berdoa. tetapi apa yang penting, hidayah itu perlu dicari, diusahakan. setiap manusia itu ada turning point masing-masing. allah lebih mengetahui yang terbaik buat kita.

sebagai hambaNya, kita perlu bersabar dan banyakkan berdoa. insyaAllah. letakkanlah kepercayaan dan kebergantungan seluruhnya pada allah. hanya Dia yang mampu melakukan segalanya .. percayalah. sebenarnya, kita (manusia) lah yang sebenarnya perlukan allah. tapi kita tak endah perkara itu. tapi allah tidak pernah mensia-siakan hambaNya. penyayangkan allah? subhanallah.. astaghfirullah.. sama-sama koreksi diri.


***

untuk orang nomad, moga cepat sembuh. mesti kau tak percaya dan tak pernah terfikir pun yang sebenarnya kau berpengaruh dalam hidup aku. panggilan orang nomad ni pun entah kau ke ingat ke tidak laa kan..mungkin rasa malu aku agak tebal kot sampaikan aku tegar buat keputusan untuk senyapkan saja perasaan aku ni. (cam poyo je ayat..huhu) macam yang umi aku selalu cakap; belum tiba masanya lagi. now already 6 years since we knew each other and make friend. banyak cara dah aku usaha nak lupakan.. but at the end of the day, aku tetap teringat kat kau. tapi kuasa allah melebihi segalanya.

kalau aku tak dapat dia pun,
pertemukanlah aku dengan orang yang sepertinya
.. aamiin ..
[ quoted feb 2007 ]

aku doakan semoga kau bertemu jodoh yang terbaik. ramai yang kata kau ada rupa (a.k.a hensem laa~) dan itu membuatkan aku rasa kau tak pandang orang macam aku.. (sedih) seingat aku, perasaan aku ni wujud sebelum aku sempat jumpa kau pun sebenarnya. atas cerita-cerita yang dikongsi oleh seseorang, aku rasa kagum and respect ada guy yang boleh kata alim and bagus imannya. insyaAllah. tapi.. kuasa allah melebihi segalanya. aku serahkan segalanya pada Dia. moga aku terus diberi kekuatan untuk meneruskan hidup. again, moga kau cepat sembuh. moga hidup diberkati allah selalu. ada jodoh, ada rezeki, jumpa lagi.

***

semoga hari ini lebih baik dari semalam
dan hari esok lebih baik dari hari ini. insyaAllah
moga allah berkati.


ummushafiyahbintimohdradzi
02389920126519
203kolejdayasari
kualalumpur

Tuesday, August 28, 2012

quote #7


belated?? *perhaps*

bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum wbt.

dah 'berhabuk' rasanya belog ni kan?
haha..
lama ianya terbiar sepi..
selama itu jugak lah si pemburu ini pergi jauh memburu..
entah apa yang diburu, tak tahu lah..
haha..
rasa macam nak bermadah pulak tengah-tengah malam macam ni.
><


belated??
saja nak wish you alls
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


ramadhan haritu terlalu banyak sangat stori
sampai tak terupdate ..
last-last masuk draft aje..
hahaha

apapun, setiap insan bergelar manusia
tidak akan pernah terlepas daripada diuji
kerana
atas sebab itulah dia dicipta
semuanya kerana
untuk allah lihat dan nilai
sejauh mana tebalnya iman dia saat ditimpa ujian
untuk allah lihat dan nilai
sejauh mana tebalnya ketaqwaan dia saat susah
untuk allah lihat dan nilai
sejauh mana tingginya rasa kebergantungan diri si hamba kepada Penciptanya

allahu rabbi ..
allahu akbar ..
allah maha besar..

"iman bahagia saat diuji"

~ may allah bless us all ~
jaga diri, jaga iman, jaga solat, jaga makan, jaga akhlak

notaKaki :
> untuk encik nomad, moga cepat sembuh.
> untuk besties, farah, TAHNIAH !! u did well. moga tercapai cita-cita dan bahagia selalu. *tiba-tiba
> untuk semua, moga kita sentiasa diredhai oleh-Nya dan diberi petunjuk ke arah mencari redha-Nya. dan semoga kita ditakdirkan mati dalam iman. :)


quote #6


Sunday, June 10, 2012

jom amal !

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt. 

pertamanya, suka nak ajak pembaca panjatkan rasa syukur kepada Pencipta sekalian makhluk, tuhan kita yang Maha Esa, Allah SWT, di atas segala nikmat kurniaan yang dipinjamkan Dia kepada kita sehingga ke hari ini. Dua nikmat yang penting ialah iman dan islam. ALHAMDULILLAH.  :)

entry kali ini hanya nak kongsi mengenai satu surah ringkas lagi pendek dan menjadi pilihan kebanyakan orang untuk dibacakan di dalam solat. ahaaa.. surah terakhir dalam al-Quran, surah ke-114; An-Nas. walaupun hanya punyai 6 ayat saja, kalau diamati betul-betul maknanya, masyaAllah ... ! 

pada hemat aku sendiri, mula-mula aku baca tafsir surah ni, aku rasa dah terpaut hati. sebabnya surah ni bagus untuk diamalkan baca kerana ia membantu kita dalam hal menjaga hati daripada diganggu dengan gangguan-gangguan syaitan yang terkutuk.

so, bagi sesiapa yang punya masalah jiwa kacau macam aku sekarang ni, rasanya molek sangat dah untuk baca sokmo surah ni. ahaaa...


jom baca sekejap! :) 




KELEBIHAN MEMBACA SURAH AN-NAS DAN AL-FALAQ

1.Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

2.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah baca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

3.Saidatina Siti Aisyah r.anha menerangkan :

“Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

4.Saidina Ali r.a menerangkan :

Pernah Rasulullah SAW digigit kala jengking, kemudian mengambil air garam, Dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Nas, lalu disapukan pada anggota yang digigit.

5.Uqbah bin Amir menerangkan, Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan
bersama dengan Rasulullah SAW, baginda membaca surah Al-Falaq dan Surah An-Nas,
dan aku pun disuruh juga membacanya.

6.Uqbah bin Amir menerangkan bahawa Rasulullah SAW berkata kepadaku :
"Mahukah ku ajarkan kepadamu 2 buah surah yang tidak terdapat dalam Zabur,Taurat dan Injil?"

"Saya menjawab :Baiklah ya Rasulullah"
Kemudian Rasulullah SAW membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas

moga allah bimbing.
~ jadilah seseorang yang bermanfaat kepada orang lain ~

100620120112@usmr6519
break-study-time
kuala lumpur.

Thursday, May 24, 2012

aku sebatang pen?

Bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbt.


pertamanya, ALHAMDULILLAH! syukur ke hadrat illahi. sebab? ahaa.. sebab masih lagi diberi peluang untuk terus mencari sinar redha dan memohon taubat di atas segala dosa dan maksiat yang aku buat hari-hari.


post kali ni nak share 1 perkara.
'AKU SEBUAH PEN'

sekali baca, mesti korang teringat zaman sekolah kan? iye laa.. tajuk karangan femes kot.. haha.. karangan jenis autobiografi. ahaaa.. jauh sudah zaman itu ditinggalkan.. 

agak-agak, tak kurang lebih, mungkin karangan itu akan berbentuk begini kan :

Aku sebatang pen.
Bentuk badanku bulat dan panjang.
Nama aku ialah ‘Charlie’. Negara asal aku ialah Perancis.
Aku dibawa masuk ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang.

Setibanya di Malaysia, aku dihantar ke sebuah kedai menjual alat-alat tulis.
Ramai pelanggan yang datang melihat aku. 
Mereka memuji kecantikan badan aku. 
Tetapi tiada seorang pun yang mahu membeli aku.
Barangkali kerana darahku yang berwarna merah. 

Pada suatu hari, seorang wanita membelek aku.
Wanita itu terus memberi aku setelah cuba menulis menggunakan darahku. 
Aku berasa gembira sekali. 
Setibanya di rumah, aku diletakkan di atas meja.
Wanita itu mengeluarkan beberapa keping buku dari dalam lacinya.
Rupa-rupanya tuan aku seorang guru.
Aku digunakan untuk memeriksa buku murid-muridnya.
Tiba-tiba, aku terlepas daripada tangannya kerana tuan aku terkejut apabila telefon berdering.
Aku terjatuh ke lantai. 
Aku berasa sakit sekali.

Tuan aku tidak menghiraukan aku lalu menjawab telefonnya.
Selepas selesai berborak, tuan aku mengambil aku untuk menyambung semula kerjanya.
Tetapi apabila mataku menyentuh buku, sakitnya tidak terhingga.
Rupa-rupanya badanku telah pecah dan darahku mengalir tidak berhenti.
Tuan aku membebel keseorangan diri dan terus mencampak aku ke dalam tong sampah.
Aku berasa sangat sedih kerana cuma berkhidmat dalam masa yang singkat sahaja.

ahaa.. betul tak? lebih kurang laa kan karangan itu akan jadi begitu..

tetapi, bagaimana pulak dengan 'karangan hari ini'? ehee..
perkongsian ilmu yang singkat sewaktu baris pagi semalam, [ almaklum laaa, hidup sebagai pegawai kadet~ baris saje kerja nya.. :) ] ada versi baru yang aku dengar. more nicer i think. :)

" di tangan saya ini, terdapat sebatang pen. 
rasanya semua orang pun tahu ini pen.
[ sambil pen diangkat tinggi agar semua pegawai kadet nampak ]
agak-agak, apa warna dakwat pen ni?
* tak tahu *
ye.. boleh jadi, dakwatnya ialah biru, hitam ataupun merah.
atau selainnya.
cantik tak body pen ni?
* biasa saja. macam pen lain juga *
ye.. 
mungkin ade yang rasa pen ini cantik.
dan mungkin ade jugak yang kata pen ini tak cantik.

begitulah dengan manusia.
pen ini ibarat manusia.
body pen seakan sama ciri saja semuanya.
begitu juga dengan jasad manusia.
seakan sama ciri saja semuanya.

tetapi dalaman pen saja yang berbeza.
begitu jugak manusia.
dalamannya yang berbeza.
ada yang hatinya bersih.
dan ada jugak yang sebaliknya.

walaupun manusia itu
kelihatan tidak cantik dari segi luarannya,
tidak semestinya dari dalamannya.
kita tidak boleh semudahnya menilai seseorang begitu.

ingatlah satu sabda Nabi SAW yang bermaksud
 “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa, 
tidak kepada nasab keturunan 
dan harta kekayaan kamu, 
sebaliknya Allah melihat kepada hati kamu

ye.. allah hanya lihat hati kita.
dakwat pada pen itulah yang lebih penting.
dakwat itu ibarat hati/dalaman kita.
walaupun kita tak hensem, tak cantik,
tapi kita jadilah dakwat yang menolong orang lain..
itu lebih penting.

jika dalaman baik,
semuanya akan baik.
jadilah pen yang membantu
walaupun body biasa-biasa saja.. "

simple kan! very nice analogy.
itu saje nak share. selamat beramal !   :)

ummushafiyahbintimohdradzi
2405201203106519
kolejkediamankelima
universitimalayakualalumpur.

Friday, April 13, 2012

tergerak hati ...

assalamualaikum wbt. ,
kepada pembaca yang sudi singgah sini sekejap. before proceed to the main point, jangan lupa panjatkan rasa syukur kepada allah atas segala nikmat yang kita ada dan miliki hari ni.. alhamdulillah.. :)

tergerak hati

ditakdirkan allah, sehari sebelum aku pulang ke kolej, hati ini tergerak untuk buka satu entry si kawan; yang membuatkan aku tersedar dari mimpi dunia. post tu dah lama update di dashboard; 5 hari sebelum aku baca. tapi disebabkan 'rasa macam dah boleh agak' ceritanya, aku biarkan saja. pengisian entry itu hanyalah kisah mereka berlima. kisah kawan rapat sekampus. kisah susah senang. kisah suka duka dan macam-macam lagi, aku rasa. pada aku, mereka berlima sangat rapat dan mesra.

namun, mereka tidak lagi begitu. kini mereka hanya berempat! ... dan perjalanan cerita itulah yang membuatkan aku sedar ... buatkan aku sedar yang mati itu datang bila-bila masa saja! allah MAHA BERKUASA.
[cerita penuhnya di sini.]

semua orang tahu, mati itu pasti. datangnya mati pada bila-bila masa saja. tanpa alarm, tanpa tanda peringatan, tanpa notis pemberitahuan, tanpa pengumuman. kan? terkesan dari baca entry itulah, aku tersedar, bagaimana pula keadaan aku nanti saat nyawa mahu di tarik keluar dari jasad..

adakah aku dalam keadaan ingat pada Dia?
adakah aku sedang melakukan sesuatu perkara yang lagha/maksiat?
adakah waktu itu, aku keluar ke suatu tempat dengan berpakaian yang tidak menutup aurat?
adakah waktu itu, aku sudah mengerjakan solat sedangkan waktu solat sudah masuk?
adakah waktu itu, hati ini lalai dengan alunan muzik dan hiburan dunia?
adakah waktu itu, aku bergembira yang melampau?
atau ..
adakah waktu itu, aku sempat mengucap?
dan pergi menemui-Nya dalam iman?

persoalan yang sering menerjah kepala aku beberapa hari selepas entry itu dibaca. dek kerana aku seorang yang lambat respond terhadap sesuatu, perkara ini berterusan lagi bermain di fikiran. semakin hari semakin menjadi-jadi.

iye, memang itu lah yang seharusnya iaitu kita perlu selalu ingat akan kematian. sehinggakan ada yang kata, orang yang paling bijak ialah orang yang selalu berfikir akan kematian. kerana apa? pada aku, melalui pengalaman aku sendiri; rentetan dari terbaca entry tersebut; kita akan jadi seorang yang sangat menghargai setiap saat yang kita ada. rasa nak marah pun, boleh tak jadi sebab fikir yang hidup kita ini dah tak lama. lepas ini dah tak jumpa dah. dan kerana itulah, timbul rasa macam nak create banyak kenangan manis dan indah sebelum semuanya berakhir. kita akan rasa juga nak buat banyak kebaikan sebelum kita pergi sebagai bekalan 'di sana'. dan yang paling penting, kita akan rasa takut nak buat dosa atau maksiat.

hidup sentiasa dalam keadaan ingat allah, sangat membahagiakan.
aku sangat berharap dan berdoa ianya kekal.
bukan terhenti pada saat ini saja.
insyaAllah.
moga allah bimbing.

terima kasih kawan, for the posted entry.

ummushafiyahbintimohdradzi
minicooperownertobe
1304201265192023
kolejkediamankelimaum
kualalumpur.