Friday, April 13, 2012

tergerak hati ...

assalamualaikum wbt. ,
kepada pembaca yang sudi singgah sini sekejap. before proceed to the main point, jangan lupa panjatkan rasa syukur kepada allah atas segala nikmat yang kita ada dan miliki hari ni.. alhamdulillah.. :)

tergerak hati

ditakdirkan allah, sehari sebelum aku pulang ke kolej, hati ini tergerak untuk buka satu entry si kawan; yang membuatkan aku tersedar dari mimpi dunia. post tu dah lama update di dashboard; 5 hari sebelum aku baca. tapi disebabkan 'rasa macam dah boleh agak' ceritanya, aku biarkan saja. pengisian entry itu hanyalah kisah mereka berlima. kisah kawan rapat sekampus. kisah susah senang. kisah suka duka dan macam-macam lagi, aku rasa. pada aku, mereka berlima sangat rapat dan mesra.

namun, mereka tidak lagi begitu. kini mereka hanya berempat! ... dan perjalanan cerita itulah yang membuatkan aku sedar ... buatkan aku sedar yang mati itu datang bila-bila masa saja! allah MAHA BERKUASA.
[cerita penuhnya di sini.]

semua orang tahu, mati itu pasti. datangnya mati pada bila-bila masa saja. tanpa alarm, tanpa tanda peringatan, tanpa notis pemberitahuan, tanpa pengumuman. kan? terkesan dari baca entry itulah, aku tersedar, bagaimana pula keadaan aku nanti saat nyawa mahu di tarik keluar dari jasad..

adakah aku dalam keadaan ingat pada Dia?
adakah aku sedang melakukan sesuatu perkara yang lagha/maksiat?
adakah waktu itu, aku keluar ke suatu tempat dengan berpakaian yang tidak menutup aurat?
adakah waktu itu, aku sudah mengerjakan solat sedangkan waktu solat sudah masuk?
adakah waktu itu, hati ini lalai dengan alunan muzik dan hiburan dunia?
adakah waktu itu, aku bergembira yang melampau?
atau ..
adakah waktu itu, aku sempat mengucap?
dan pergi menemui-Nya dalam iman?

persoalan yang sering menerjah kepala aku beberapa hari selepas entry itu dibaca. dek kerana aku seorang yang lambat respond terhadap sesuatu, perkara ini berterusan lagi bermain di fikiran. semakin hari semakin menjadi-jadi.

iye, memang itu lah yang seharusnya iaitu kita perlu selalu ingat akan kematian. sehinggakan ada yang kata, orang yang paling bijak ialah orang yang selalu berfikir akan kematian. kerana apa? pada aku, melalui pengalaman aku sendiri; rentetan dari terbaca entry tersebut; kita akan jadi seorang yang sangat menghargai setiap saat yang kita ada. rasa nak marah pun, boleh tak jadi sebab fikir yang hidup kita ini dah tak lama. lepas ini dah tak jumpa dah. dan kerana itulah, timbul rasa macam nak create banyak kenangan manis dan indah sebelum semuanya berakhir. kita akan rasa juga nak buat banyak kebaikan sebelum kita pergi sebagai bekalan 'di sana'. dan yang paling penting, kita akan rasa takut nak buat dosa atau maksiat.

hidup sentiasa dalam keadaan ingat allah, sangat membahagiakan.
aku sangat berharap dan berdoa ianya kekal.
bukan terhenti pada saat ini saja.
insyaAllah.
moga allah bimbing.

terima kasih kawan, for the posted entry.

ummushafiyahbintimohdradzi
minicooperownertobe
1304201265192023
kolejkediamankelimaum
kualalumpur.

No comments:

Post a Comment