assalamualaikum wbt. ,
syukur alhamdulillah..
kerana apa?
untuk sagalanya..
ucapan yang seharusnya sentiasa basah di bibir kita sebagai seorang hamba Allah SWT..
alhamdulillah, atas segala nikmat hidup yang kita dah capai dan miliki hingga ke hari ini..
yang mana ...
kesemuanya itu hanyalah pinjaman jua dari Dia,
Yang Maha Pengasih..
lagi Maha Pemurah..
ALHAMDULILLAH
[segala puji bagi allah]
apa perkaitan graf ini?
jawapannya -->
mudah saja.. sekali pandang, rasanya rata-rata orang boleh expect apa yang aku nak elaborate.. tetapi sebelum itu, aku nak bagi pengenalan sikit dari asal-usul graf ini..
ahaaah.. graf ini dilukis oleh penasihat akademik aku,Dr. Yeoh Hak Koon.. sewaktu sesi perjumpaan PA-student, beliau lukiskan graf ini.. simple. but bring a deep meaning. gara-gara result sem lepas jatuh, beliau makin risau dengan prestasi aku as a student under him and give me some tips even motivations..
graf ini ada kaitannya dengan pengurusan masa kita sehari-hari..
ruang bertanda 'right' di bahagian atas itu bermaksud = untuk perkara yang penting lagi segera. dan
ruang bertanda 'right' di bahagian bawah pula bermaksud = untuk perkara yang penting tetapi tidak segera.
jadi, agak-agak kalau bagi graf ni kepada korang, apa yang korang akan isi?? =.=
sekarang ni sesi akademik UM dah masuk pertengahan semester II bagi sesi 2011/2012. .
so, how's your study progress?!
aku lantas teringat akan graf ini.. PA suruh aku isi pada ruangan bertanda 'right' tu... tapi tak buat pun lagi.. hee.. rasanya dah boleh proceed dah kot..
tujuannya?
supaya tahap study kita selari dengan tempoh minggu kuliah berjalan.
walaupun tarikh peperiksaan jauh lagi, persiapan bagi menghadapinya harus mula dari sekarang.. even waktu week 1st lecture lagi !! [ memang schedule top student laa kalau macam itu ] ><
apapun, tepuk dada, tanyalah iman.. hargailah masa yang terluang ini.. manfaatkanlah ia dengan perkara-perkara yang berfaedah lagi membawa kebaikan.. bagi yang masih bergelar pelajar, ingat-ingatlah tanggungjawab yang lebih utama kita adalah BELAJAR ; selepas tanggungjawab sebagai seorang hamba dan anak ..
jadi, belajarlah!
ok?
hee.. =)
teringat satu hadis Nabi yang mana kata Baginda, dua waktu yang sering dilupakan oleh segenap manusia ialah:
1. waktu sihat, dan
2. waktu lapang
maka, beringatlah... :)
sejajar dengan firman Allah SWT, dalam 'surat'-Nya yang ke-103; bertitlekan Al-'Asr ...
pendek je surat itu ..
1. demi masa!
2. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan kepada kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.
wallahu'alam.
moga bermanfaat.
ummushafiyahbintimohdradzi
040420121702
feldasungaikoyan3
raubpahang
No comments:
Post a Comment