Sunday, January 15, 2012

qoute #3

assalamualaikum..

[ali imran, 3 ; 160]


yakinlah dengan janji dan pertolongan allah.
andai diri di timpa musibah,
dan persoalan ..
'kenapa aku yang kena',
'kenapa aku.. '
'kenapa.. '
'kenapa.. '
sering menerjah di kotak fikiran..
ingatlah satu perkara bahawa,
janji allah itu benar.

sudah dinyatakan di dalam al-quran
bahawasanya,
setiap manusia itu PASTI akan diuji..
sama ada dari segi kesihatan,
harta benda,
anak-anak,
kejayaan,
mahupun kegagalan..

maka,
benarlah janji dari allah itu..
DIA pasti akan menguji kita.

berlapang dadalah saudaraku disaat kau di timpa musibah, ujian dan sebagainya..
bersabarlah.
ikhlaskanlah hati. walaupun ianya sangat pahit untuk kau tempuh.


setiap yang berlaku pasti ada hikmah!
yakinlah!
dan bersabarlah..
kuatlah..
dan dari mana datangnya kekuatan itu??
iye.. dari DIA juga.
dari DIA Yang Maha Kuat,
Yang Memiliki Segala Kekuatan.
pohonlah kepada DIA sedikit kekuatan untuk kau hadapi hari yang mendatang.

disaat itu,
tiada siapa yang dapat membantu kau melainkan DIA.
sahabat disisi hanya mampu mengucapkan kata-kata semangat.
hanya mampu mengucapkan kata-kata nasihat.
hanya mampu berdoa..
tapi semuanya
berbalik kepada iman dan taqwa kita kepada DIA.
hanya itu yang membimbing akal fikiran dan hati..
agar tidak tergelincir ke jurang kufur dan yang lebih teruk lagi..

bersabarlah.
bersabarlah.
bersabarlah.

jangan kau tangisi kekecewaan itu..
jangan kau tangisi masa lalu yang sudah jauh berlalu pergi..
pandanglah ke hadapan..
masih ada ruang dan peluang untuk kau mengorak langkah.
berfikiran positiflah ..
berlapang dadalah ..
ikhlaslah wahai hati ..

pray hard to allah. and allah do the rest.
allah juga ada perancangan yang lebih baik buat kamu.


' .. terimalah ia seadanya.. ,' ayah.
' .. kau perlu jadi kuat .. ,' umi.


ummushafiyahbintimohdradzi,
134115012012,
c***kk5



No comments:

Post a Comment