Wednesday, August 27, 2014

.. ralat ..

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

alhamdulillah. hari ni dah masuk 1 Zulkaedah 1435H. bermakna Syawal sudah habiss. haha.. bangun pagi tadi dikhabarkan dengan berita gembira, iaitu persetujuan genjatan senjata antara Israel dan Gaza selama sebulan. alhamdulillah. pastinya kejayaan ini lebih bermakna dirasai buat mereka di bumi Gaza.. para pejuang wira wirawati di sana.

aku yang di kejauhan pun entah kenapa rasa sangat gembira dan teruja, apatah lagi mereka. kann? namun, seperti nasihat yang dimuat naik oleh Yasmin Mogahed pagi tadi, di dalam laman sosial beliau (fb, instagram dll), adalah betul sekali. beliau mengingatkan kita supaya "tidak tertipu dengan agenda Israel ini dan bersikap lebih berhati hati. jangan berhenti untuk terus boikot produk produk mereka, jangan berhenti untuk berdoa, jangan berhenti untuk amalkan qunut nazilah.. kerana apa yang mereka buat ke atas warga Gaza selama 51 hari yang lalu adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.. lagipun, kejayaan ke atas Gaza dan Palestin adalah sesuatu yang telah dijanjikan oleh allah." well said, right? jadi, semoga kau dan aku akan teruskan usaha untuk berdoa/memboikot demi keselamatan saudara seislam kita yang ditindas haknya walau dimana jua mereka berada, insha allah.

jadi, apa kaitannya dengan RALAT? intro tak kena dengan tajuk?? haha.. 
itu hanya mukadimah bro.. watlekwatpeacce! hihi..

ralat yang aku nak share kat sini adalah mengenai satu kajian dari pakar motivasi yang bertentangan dengan pandangan awal aku. agak agak, hujah siapa yang kukuh? haha.. dah maklum pun kajian dari pakar, nak compare lagi dengan pandangan insan jahil macam aku ni... semestinya ada logik dan bernas keputusan si pakar. ye doppp? heee.

okay macam ni.. kalau dulu, aku selalu sangat duk sebut 'environment moulds you'. 'persekitaran mempengaruhi personaliti seseorang.' sebab ikut logik, nampak macam betul pun kann. haha.. dalam novel ******* pun selalu kata cam gitu..

sehinggalah satu pagi, dalam bulan ramadhan yang lalu, aku terbuka siaran motivasi DMFK di astro. beliau kata, kajian dari pakar menunjukkan, persekitaran/environment hanya beri kesan 10% saje ke atas karakter individu. selebihnya, 50% dari genetik ibu bapa, dan 40% ADALAH DIRI SENDIRI!!!! 

you see? okay bab 50% dari ibu bapa tu aku tak pandang sangat sebab aku takde apa nak dihujahkan. setuju. darah,genetik cell, hormon dan semua tu datang dari ibu bapa la kan. of course.. tapi antara diri sendiri dengan persekitaran yang buat aku terkejut. haha. jadi selama ni, aku salah maklumat. persekitaran tu hanya 10% je kot. jadi takyah nak salahkan environment sangat laaa kan kalau sikap seseorang tu begini begini, kannn.. haha.

bila dah 40% contribute by our own self, aku pun terfikir.. kenapa tak semua orang boleh behave jadi orang baik, jadi jujur, jadi ikhlas, dan semua yang bersifat mahmudah laa.. apakah puncanya? syaitan?? hawa nafsu?

dan, dalam misi nak mengkhatamkan al-quran beserta makna untuk ramadhan 1435H (kononnya), aku tiba di Surah Ibrahim, ayat 22. maksud ayat tu,

"setelah selesai perhitungan amal, syaitan berkata, 
sesungguhnya allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar
dan aku memungkiri janjiku itu kepada kamu.
aku tidak mempunyai sebarang kuasa mempengaruhi kamu,
melainkan AKU TELAH MENGAJAK KAMU, LALU KAMU PATUH ajakanku itu..
maka janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah diri kamu sendiri.
aku tidak dapat menolong kamu dan kamu juga tidak dapat menolong aku.."

mesti pernah baca atau dengar kan ayat ni.. haha.. jadi?? what do you think. syaitan tuu...hanya ajaaaakkk je kot! ajak. paham tak macamane ajak? cakap dekat kita or bisik dekat kita je kan.. macam tu je usaha dia. tapi kita ni haaa yang terpedaya. TERikut and TERdengar ajakan dia. ahah! looser.

syaitan takde pun paksa sampai tarik tangan kita or tolak kita untuk ke arah maksiat. dia hanya berbisik.. hanya mengajak.. selebihnya, terpulang kepada diri kita sendiri. kan? and, back to us, deep in our body, there is our lust! nafsu. nafsu lahh pokok pangkal atau punca yang mendorong 'diri' kita berkelakuan/bersifat seperti apa..

so, agak agak, aku tegar tak untuk kata syaitan tak salah.. haha.. dalam ayat tadi pun dah ada jawapan, kan? hmmm.. diri sendiri = hawa nafsu. sebab itu lah pentingnya ilmu agama untuk lahirkan rasa 'iman' dalam diri. rasa percaya yang sebenar benar percaya bahawa allah tahu apa yang kita buat/dengar/cakap/lihat. dan pentingya rasa takut dengan kuasa allah. 

bila kau :-
1) ada rasa takut dengan allah, 
2) kau sedar apa jua yang kau buat/dengar/cakap/lihat diperhati oleh allah, serta 
3) kau sedar yang syaitan tu hanya berbisik je kat kau, ditambah pulak 
4) kau jenis yang taknak jadi looser hanya kerana bisik-bisik,

insha allah, kau kuat untuk elakkan diri dari buat perkara negatif. insha allah. aku doakan kau. dan aku doakan semua. dan semestinya aku doakan diri aku sendiri. hahha.

ayuh sama-sama kita menjadi penjihad setiap hari. berjihad melawan hawa nafsu. fight against our lust! :)
wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment