Saturday, December 31, 2011
jubli perak ...
Thursday, December 29, 2011
lagu #3
Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang Esa
Menyeru muslimin dan juga muslimat
Untuk segera bersolat
Suara Azan
Di langit tinggi
Mengagungkan-Mu
Puji juga memuja
Allahuakhbar
Oh Azan
Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah-Mu
Tuhan yang satu
Bangun semua
Dirikan segera
Usah berlengah
Lupakan lelah
Majulah
Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang Esa
Wednesday, December 28, 2011
lesson-love-story ...
Bismillahirrahmanirrahim ..
******
Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Melamar dengan baik melalui keluarga. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini yang buruk berkenaan lelaki itu kepada rakan-rakannya, merasakan dirinya terpaksa, merasakan dirinya ditekan, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki tersebut dengan baik pun ketika itu.
Masa berjalan.
Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki tersebut berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.
Lelaki itu pernah berkata: "Awak, bersihkanlah semula nama saya. Tidakkah awak sekarang bahagia?"
Mudah.
Lelaki itu tersenyum kelat.
Dan diam.
Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.
Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.
Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya."
Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?"
Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.
Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.
"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam.
Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.
"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Walau kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."
"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?"
"Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."
Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan: "Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."
******
Tapi moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf.
Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja. Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.
Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'terbuat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja. Masa tidak boleh diputar, apa yang berlaku tidak boleh ditukar.
wallahua'lam.
copied from farah hanna roslan-latest-post.
Wednesday, December 21, 2011
. kenapa aku malas sembahyang? .
" laksanakanlah solat sejak matahati tergelincir [zohor & asar]
Wednesday, December 14, 2011
istimewa buat dia ..
Tuesday, November 1, 2011
. orang baru .
Thursday, October 27, 2011
. hati-hati dalam menaip atau berkata-kata .
*******
Mafhum hadis ke 15 dalam matan hadis 40 Imam Nawawi, Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,
maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam.
Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,
maka hendaklah ia memuliakan jirannya.
Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian,
maka hendaklah ia memuliakan tamunya".
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
(Hamka)
Berhati-hatilah kamu dalam mengatakan sesuatu tentang agama Allah SWT, jangan kamu cepat menghukum dengan sesuatu yang kamu jahil tentangnya kerana ianya telah diperingatkan oleh Rasulullah Saw kepada Abu Dzar r.a.
Nabi bersabda: "Hai Abu Zar, jika engkau ditanya sesuatu yang tidak engkau ketahui, jawablah saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang engkau tidak ketahui, supaya selamat dari siksa Allah swt pada hari kiamat."
Disarankan oleh Rasulullah Saw kepada kita untuk memperbanyakkan kata-kata yang baik (Minda Positive & Hati Positive Menjadi Doa Tanpa Sedar), atau jika sememangnya yakin kita akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, maka lebih baik mendiamkan diri. Pastinya untuk mengelakkan kita daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu menambahkan saham dosa yang mungkin sahaja sudah sedia tinggi di bursa saham dosa milik kita.
Silap berkata ada yang terasa, silap berkata orang melihat keaiban kita, silap berkata kita pula yang membuka keaiban orang, silap berkata macam-macam perkara tidak baik keluar dari mulut. Mulut juga boleh jadi sebagai pusat utama untuk melakukan dosa.
Bukan susah nak berkata-kata. Tidak memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Namun, semuanya bukanlah bermakna kita hanya perlu diam sepanjang masa. 'Berkata baik atau diam'. Banyak sebenarnya perkara-perkara baik yang boleh kita sampaikan.
Kita disarankan untuk lebih berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata supaya apa yang kita perkatakan tidaklah sampai dipandang sebagai kata-kata buruk. Mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam menuturkan kata-kata. Kerana kata-kata itu sebenarnya berbisa. seseorang boleh membunuh hanya kerana kata-kata dan boleh juga dibunuh kerana kata-katanya.
Hebat penangan sesuatu yang dinamakan 'kata-kata'. Berhati-hati juga, kita bertanggungjawab di atas apa yang kita sampaikan. Semakin banyak kita berkata-kata lebih banyak peranan kita terhadap kata-kata sendiri.
Kerana itulah adanya istilah 'diuji dengan kata-kata sendiri'.
Jangan pula sampai terbantut niat menyampaikan kebaikan hanya kerana bimbang menyakitkan hati sesiapa. Berdoalah, agar kita dapat menjadikan kata-kata dan penulisan kita dalam bentuk yang berhikmah serta semoga Allah segera menyedarkan kita apabila kita sendiri lalai dengan kata-kata kita sendiri.
Kerana kata-kata itu boleh menjadi pemberat timbangan untuk ke syurga dan boleh juga menjadi laluan ke neraka.
Semua ini sama ada secara LISAN mahupun BERTULIS. Berhati-hati ya!! =D
Monday, October 24, 2011
jom karok !!! =D
aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu
* teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari
reff:
bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu
peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia
repeat *
repeat reff [2x]