Monday, June 27, 2011

. chocolate .

kali ni nak stori pasal coklat..
banyak dah brand coklat yang ada kat pasaran sekarang ni..






and macam macam lagi..
korang pun mesti dah ada feveret coklat korang sendiri kan..


nak dijadikan cerita,
sebenarnya dalam kalangan jutaan manusia
yang suka makan coklat kat dunia ni,
ada jugak segelintir yang kurang minat makan coklat..
salah seorang nya adalah aku sendiri.. haha..

aku bukan tak suka makan coklat.
ada masa-masa tertentu aku akan carik jugak coklat
sebab rasa teringin nak makan..
tapi
yang menjadi masalah kat aku nya,
aku ni pantang kalau makan coklat.
directly after tu, aku mesti sakit perut..
mula-mula aku fikir tu perkara biasa..
almaklum laa..
aku baru je nak menjiwai coklat dalam badan aku..
kalau nak ikutkan sejarah diri aku,
pertama kali aku makan coklat bar yang cadbury tu
waktu aku umur 14 tahun. form two!
percaya tak.. hahaha..
so, waktu mula-mula makan and sakit perut,
aku tak laa kesah sangat.
tapi lama-kelamaan, jadi naek hairan jugak.
setiap kali kot, aku makan coklat je,
mesti sakit perut lepas tu..

dah banyak kali kengkawan aku kata,
aku ni pelik laa.. 1st time jumpa orang takleh makan coklat laa,
macam-macam lagi laa.. haha..
and aku pulak,
1st time jumpa kawan yang bermasalah jugak kalau makan coklat..
tapi dia bukan sakit perut macam aku,
tapi dia sakit kepala.. hahaha..

aku pun buat laa simple research pasal ni..
rupa nya, masalah aku ni bukan sesuatu yang baru pun
ramai je ada masalah yang sama macam aku ni..


setelah dikaji-kaji,
antara sebab timbul rasa sakit perut selepas makan coklat ialah :


1. sindrom iritasi perut [ irritable bowel sindrome, IBS ]
- merupakan gangguan pencernaan kronik yang mempengaruhi
usus besar
- contoh gangguan : diarrhea yang serius, kembung perut, nyeri perut,
kentut, sembelit, mual
- penyebab utama : tak dikenal pasti, tetapi menurut MayoClinic.com,
coklat menjadi salah satu penyumbang IBS

2. alergi makanan
* ini terjadi kerana faktor kandungan di dalam coklat seperti susu, gandum, kedelai
* jika individu yang alergi kepada salah satu daripada kandungan di atas,
gejala yang tidak diingini berpotensi akan berlaku seperti sakit perut,
ruam kulit, wajah bengkak, sesak nafas, batuk, mata berair, bersin

3. enzim laktase gagal berfungsi
: kebanyakan coklat mengandungi laktosa iaitu gula di dalam susu.. enzim yang
bertugas untuk pencernaan laktosa di dalam usus kecil ialah laktase.. kegagalan
laktase untuk dihasilkan secara maksimum itulah yang menyebabkan sakit perut
berlaku.. selain itu, bakteria berlebihan juga turut dihasilkan lantas menyebabkan
kembung perut, nyeri perut, diarrhea


itu la antara sebab-musabab yang dapat dikenal pasti..
namun, tidak dinafikan jugak yang coklat ni ada kebaikan nya..
bagi korang yang ada masalah macam aku ni,
pandai-pandai laa pilih masa yang sesuai untuk makan..

kalau aku sendiri,
ada masa tertentu yang kalau aku makan,
aku tak kan sakit perut.
so, better laa..
takde laa aku kempunan
asyik tengok orang makan je kan..
heee..
that's all..

~ may allah bless yaa ~




No comments:

Post a Comment