Tuesday, June 28, 2011

english oral

perkongsian hari ni, nak becerita pasal english oral aku yang lepas..
sebagai seorang pelajar, tipu kalau korang kata
korang tak pernah berucap sengsorang depan kelas untuk subjek tertentu kan..
aku pun pelajar jugak.. and tak terlepas ngan mende ni..

aku nak share input oral aku sebenar nya..
that oral i did in english actually
but i'm not memorizing it well now
so i just jotted it down in malay laa.. haha!

korang pernah dengar pasal PALAPES ?
ye , palapes . . .
atau nama penuh nya
pasukan latihan pegawai simpanan
ataupun
dalam english nya
ROTU = reserved officer training unit

aku pilih tajuk tu sebab , tajuk tu je yang aku tahu 99 % masa tu
[ one of the criteria required : knowledge in your topic ]
dah terdesak sangat..
tajuk tu je laa jadi pilihan..
but not bad laa..
antara presentation yang mendapat pujian jugak laa.. heee..
bukan nak bangga. tapi tu tips sebenar nya..
pilih laa tajuk oral yang korang tahu 
serba banyak maklumat mengenai topik 
yang korang decide nak present tu..
aku pilih topik ni pun sebab aku join palapes
sebab tu laa aku tahu. haha!
tapi presentation aku lebih mengenai palapes di universiti aku laa
palapes universiti malaya [ UM ]
ok laa.. borak kosong je kan..
meh laa aku mula kan alkisah nya palapes tu..

palapes ni sebenar nya 1 persatuan beruniform
keanggotaan nya adalah selama 3 tahun.
diwujudkan di universiti tertentu je kat dalam mesia nih..
 palapes ni bukan calang-calang persatuan
sebab nya, palapes ni
pasukan simpanan kepada rejimen askar wataniah
haaa, jangan main-main !!
setakat hari ni, statistik merekodkan hanya ada 12 buah universiti je
yang mengendalikan program palapes kat kampus mereka..

bagi pentadbiran
komandan palapes UM ialah vice chancellor kami
YB Prof. Kol. Datuk Dr. Gauth Jasmon
dibantu oleh timbalan komandan
Lt. PMD. Johan Shamsudin bin Sabarudin
ketua jurulatih
Lt. Kol. Mohd Hashim Hamzah bagi palapes darat
Lt. Kdr Muhamad Nazer Abdullah bagi palapes laut
ajutan pulak
Kapt. Abdul Rahim bin Suprat
RSM
PW 1 Norazri bin Sukor

palapes di ipta seluruh mesia sebenar nya ada 3 perkhidmatan
iaitu darat , laut dan udara
tapi bagi UM sendiri, hanya 2 perkhidmatan saja yang ditawarkan
iaitu palapes darat dan palapes laut.

daripada pengiraan yang aku buat,
sehingga bulan april yang lalu
jumlah pegawai kadet yang menyertai palapes UM
ialah seramai 211 orang pelajar je..
58 orang peringkat I ; junior
96 orang peringkat II ; intermediate
57 orang peringkat III ; senior
[ aku dah lupa berapa pecahan lelaki perempuan.. heee ]

nak masuk palapes ni, kena lulus beberapa ujian.  bukan pakai redah je nak masuk.
antara ujian yang aku ingat, pemeriksaan kesihatan, UKA, IQ test
dah settle yang tu, 
kena angkat sumpah pulak, ikrar aku janji la..
banyak laa prosedur dia senang kata..

dari segi penginapan kolej,
bagi pegawai kadet junior, setakat ni penginapan memang tak diselaraskan lagi.
mereka dibenarkan tinggal di kolej masing-masing
seperti yang telah ditetapkan dalam surat tawaran.
tapi bagi pegawai kadet inter dan senior,
mereka memang diwajibkan untuk tinggal di kolej palapes.
kolej palapes kat UM ialah
kolej kediaman kelima [ kolej dayasari ]
kedudukannya pun tak la jauh mana dengan kompleks palapes
berbanding ngan kolej lain
so, dengan kata lain nya
pelajar yang join palapes ni
memang confirm dapat kolej untuk semester akademik yang akan datang
so takyah nak risau sangat laa dapat stay kolej ke tidak.. heee..

dari segi latihan pulak, aku pecahkan kepada dua laa
sebab aku ni pun pasukan simpanan je kan
ada komitmen lain iaitu sebagai pelajar
maka nya, latihan tu berbeza laa 
semasa semester akademik = latihan tempatan
atau selepas semester akademik [ cuti sem ]
iaitu latihan tempatan, latihan lanjutan, camping
kalau waktu belajar, latihan hanya dijalankan hari sabtu dan ahad
10jam/hari bermula jam 07o0 hingga lah jam 17o0.
[ itu jawapan utk orang awam. haha ! ]
tapi realiti nya,
kitorang training dari jam 0615 hingga lah jam 19o0
itu pentadbiran terbaru.
kalau ikutkan pentadbiran sebelum ni
training dari jam 0615 hingga jam 22o0
selain tu, kitorang jugak ada rowcall setiap pagi rabu
dan khamis malam [ solat maghrib dan isyak berjemaah ]
dijalankan di perkarangan kolej saje..
[ itu pun susah nk dpt strength penuh  :) ]
latihan selepas sem belajar pulak, latihan dia gabungan untuk 3 fasa
latihan tempatan macam kat atas,
latihan lanjutan = 24jam..
camping = masuk hutan

bagi elaun pulak 
[ part yang sume kadet suka ! ]
kadar bayaran yang diberi berbeza mengikut peringkat.
elaun terbahagi kepada 5 jenis
elaun latihan tempatan
elaun latihan lanjutan
elaun kem tahunan
bounti [ bonus dari kerajaan ]
elaun pakaian selepas istiadat
selain elaun, kelebihan lain untuk semua kadet 
termasuklah pemberian percuma
pakaian dan kasut, peralatan lengkap camping, makan, minum

kelebihan lain lagi,
setiap pegawai kadet diberikan 2jam kredit bagi setiap tahun akademik
memandangkan keanggotaan dalam palapes selama 3 tahun
jadi, setiap pegawai kadet dapat laa kumpul 6 jam kredit
6jam kredit tu digunakan untuk
kursus elektif luar fakulti, kokurikulum, kursus elektif
so, takyah laa susah-susah kan diri lagi
join aktiviti-aktiviti lain..
cukup laa penat dengan latihan palapes ni.. haha..

tamat latihan 3 tahun
agak-agak nya apa laa yang terjadi selepas tu kat kitorang kan..
haha.. macam aku sendiri, pengajian aku 4 tahun..
bermakna ada 1 tahun aku free..
tapi tak laa free sebenar nya..
selepas kami tamat kan latihan selama 3 tahun,
kami akan ditauliahkan oleh YDA
[ yang di-pertuan agung. bukan senang tu ! haha ]
setelah ditauliahkan,
kami bukan lagi pegawai kadet tetapi leftenan muda..
pemegang pangkat leftenan muda
ni hanya valid utk 5 tahun je..
kalau aku nak panjang kan lagi tempoh tu
aku kena laa lapor diri di mana-mana batalion 
berbalik kepada 1 tahun free tadi,
lepas bergelar leftenan muda,
kebiasaannya kami digalakkan untuk berkhidmat
di kompleks universiti masing-masing
tolong-tolong laa curah kan keringat, peluh dan ilmu
kepada kadet-kadet ambilan baru..
sebab tu laa tak free sangat.. haha..

apa lagi ye input aku.. lupa dah..
panjang pulak aku rasa.. haha..
rasa nya cukup sekadar ini je..
jumpa lagi !

~  may allah bless ~


No comments:

Post a Comment