Friday, September 2, 2011

cuti hari raya

salam to all readers,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

alhamdulillah.
terima kasih allah untuk segalanya.
sambutan lebaran kali ini, alhamdullilah.
kebahagiaan dirasai.
insyaAllah disyukuri oleh semua.
meriah so far.
sebab apa?
sebab kali ni ramai yang pulang ke kampung celebrate raya.
[ yeke? rasa macam orang yang sama saje ]
hahha.

anak-anak opah n atok ada 3 je.
ni sebelah ayah laa~
family acu n makcu [ anak bongsu atok n opah ] beraya di jengka pahang.
[ raya kedua baru balik perak ]
family mak long n pakcik, dah memang dari dulu duduk dengan atok opah.
[ rumah dorang bertentangan je .. ]
tinggal lah family aku je kat rumah opah n atok.
family besar aku.
akak aku, amirah atiqah n abg fifi beraya dengan kitorang jugak tahun ni.
SUKA SANGAT!

meriahnya raya kali ni sebab,
cuti raya ni ada 3 baby.
anak kak ain.
anak kak syu.
anak makcu.
anak akak aku??
haha. belum keluar lagi. tunggu masa je nak 'meletop'.

meriahnya raya kali ni jugak sebab,
ada supplier bunga api n mercun!
terbaik laa~
aku hanya memerhati saje la. budak2 saje yang main.
malam raya main.
malam merdeka pun main.
seronok. gembira!
lagi satu,
tahun ni
family aku berjaya menggunakan 1 tema warna.
[ except my sis laa~ ]
warna tema raya tahun ni = hijau
perrghhh!
berpinar mata pagi tuh.
hijau pucuk pisang. faham-faham je la.
haha.

duit raya?
biasa-biasa saje.
tak berapa nak kesah .
[ ye ke? ]
haha.
raya ni, niat utamanya nak ziarah-menziarahi kaum kerabat.
jugak mohon maaf atas kesalahan lalu.
tak gitu?
hee..
insyaAllah.

apapun, jom panjatkan rasa syukur atas segala nikmat yang kita kecapi hingga saat ni.
semuanya, anugerah allah Yang Maha Pemurah.

notaKaki:
[1] abang aku makin caring sekarang. mungkin sebab dia pun dah nak kawen kot.
[2] sahabat saya celebrate raya dengan perasaan yang sangat gembira. gara-gara kain pasang and tudung. :P
[3] suka suasana meriah-meriah and ramai orang.
[4] kereta dah lama terbiar 'sejuk'.
[5] nak tukar tayar n rim baru. siapa-siapa mahu belanja?? haha..
[6] m0od raya terganggu gara-gara skuad sendiri. isu kecik yang tak berkesudahan. ya Allah. sabar. 1o0o kali sabar je lah. moga allah tunjuk kan jalan penyelesaian. aku bingung jadik nya. disebabkan hal tu, dah siap 1 muka kertas aku 'berkarya' malam tu. sedih betul. nak marah ada. nak maki ada. haish.. my bad~~
[7] malam raya: tangan kiri aku injured. 'main' cili masak ngan bawang besar. huhu.
[8] adik bawah aku demam sepanjang raya nih. kesian. makwe dia fly ke mesir raya kedua. hukhuk

terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

2 comments:

  1. bukan gembira sahaja. malah bahagia. HAHA

    doakan pemberi itu menjadi mak mertua kekal. HAHA

    ReplyDelete
  2. ahaa.. insyaAllah , amiin! moga jodoh panjang ye doktor2 pakar ku ~ ^^

    ReplyDelete