Thursday, October 27, 2011

. hati-hati dalam menaip atau berkata-kata .

bismillahirrahmanirrahim ..
salam 'alaikum to all readers,

kali ni nak share satu artikel. dah lama baca tak ingat bersumber dari mana. heee.. moh baca !! :)

*******

Mafhum hadis ke 15 dalam matan hadis 40 Imam Nawawi, Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,

maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam.

Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,

maka hendaklah ia memuliakan jirannya.

Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian,

maka hendaklah ia memuliakan tamunya".

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)



Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

(Hamka)



Berhati-hatilah kamu dalam mengatakan sesuatu tentang agama Allah SWT, jangan kamu cepat menghukum dengan sesuatu yang kamu jahil tentangnya kerana ianya telah diperingatkan oleh Rasulullah Saw kepada Abu Dzar r.a.


Nabi bersabda: "Hai Abu Zar, jika engkau ditanya sesuatu yang tidak engkau ketahui, jawablah saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang engkau tidak ketahui, supaya selamat dari siksa Allah swt pada hari kiamat."


Disarankan oleh Rasulullah Saw kepada kita untuk memperbanyakkan kata-kata yang baik (Minda Positive & Hati Positive Menjadi Doa Tanpa Sedar), atau jika sememangnya yakin kita akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, maka lebih baik mendiamkan diri. Pastinya untuk mengelakkan kita daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu menambahkan saham dosa yang mungkin sahaja sudah sedia tinggi di bursa saham dosa milik kita.


Silap berkata ada yang terasa, silap berkata orang melihat keaiban kita, silap berkata kita pula yang membuka keaiban orang, silap berkata macam-macam perkara tidak baik keluar dari mulut. Mulut juga boleh jadi sebagai pusat utama untuk melakukan dosa.


Bukan susah nak berkata-kata. Tidak memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Namun, semuanya bukanlah bermakna kita hanya perlu diam sepanjang masa. 'Berkata baik atau diam'. Banyak sebenarnya perkara-perkara baik yang boleh kita sampaikan.


Kita disarankan untuk lebih berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata supaya apa yang kita perkatakan tidaklah sampai dipandang sebagai kata-kata buruk. Mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam menuturkan kata-kata. Kerana kata-kata itu sebenarnya berbisa. seseorang boleh membunuh hanya kerana kata-kata dan boleh juga dibunuh kerana kata-katanya.


Hebat penangan sesuatu yang dinamakan 'kata-kata'. Berhati-hati juga, kita bertanggungjawab di atas apa yang kita sampaikan. Semakin banyak kita berkata-kata lebih banyak peranan kita terhadap kata-kata sendiri.


Kerana itulah adanya istilah 'diuji dengan kata-kata sendiri'.


Jangan pula sampai terbantut niat menyampaikan kebaikan hanya kerana bimbang menyakitkan hati sesiapa. Berdoalah, agar kita dapat menjadikan kata-kata dan penulisan kita dalam bentuk yang berhikmah serta semoga Allah segera menyedarkan kita apabila kita sendiri lalai dengan kata-kata kita sendiri.

Kerana kata-kata itu boleh menjadi pemberat timbangan untuk ke syurga dan boleh juga menjadi laluan ke neraka.

Semua ini sama ada secara LISAN mahupun BERTULIS. Berhati-hati ya!! =D



.moga allah berkati.

Monday, October 24, 2011

jom karok !!! =D

salam 'alaikum to all readers,

currently gonna be crazy with this song.
let's sing along!!!
haha ..

[ sila klik play untuk dengar lagu ]

aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu

* teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari

reff:
bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu

peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia

repeat *
repeat reff [2x]

notaKaki :
[1] mak dan adik2 saya kata , saya kurus. huhu.. mungkin sebab saya 'gemuk' dengan masalah kot. ^^
[2] dapat juga main dengan aiman danial. alhamdulillah. terima kasih allah.
[3] treatment nak release tension sejak jadi driver nih, driving. even jammed pun, so far, memang itu lah waktu terbaik untuk aku kosong kan fikiran. seriously! =)
[4] sedikit trauma dengan angka keramat "TIGA"
[5] orang nomad, 'bernomad' lagi .. ^^
[6] handphone dah 'keluar wad' dengan selamatnya. alhamdulillah. :)

Monday, October 17, 2011

. lesson from allah .

salam 'alaikum to all readers,

pertama-tamanya, syukur ALHAMDULILLAH untuk segala-galanya allah. Kau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. terima kasih untuk segalanya..

berkurun lama tak ber'belog'ing. hari ini, petang ini, ku gagahi diri mencoret 1 warkah. warkah buat sahabat. sahabat baik ku sendiri..

siapa kah si empunya diri??

itu lah dia bakal doktor, product of alexanderia university, insyaAllah, Farah Hanna binti Roslan.

' pengajaran dan teguran dari allah itu
diperoleh pada bila-bila masa saje,
dan dimana-mana saja kita berada '


untukmu sahabatku farah hanna,

tiada kata yang dapat ku ucapkan selain ucapan terima kasih yang teramat sangat sangat dan sangat atas direct advice darimu malam itu.. sentap tak sentap, bila fikiran waras mula take over my self-judgement, astaghfirullah .. aku malu sendiri. malu dengan kau, malu dengan allah lebih-lebih lagi.

dek kerana kekangan masa yang tak mengijinkan, aku jadikan assignment dan tutorial sebagai alasan untuk aku tak menjadi pendengar setia kau kala itu. sedangkan masa yang aku ada itu juga adalah pinjaman dari allah. kalau allah tak izinkan aku untuk siapkan assignment, tutorial dan segala bagai hal nya itu, MEMANG TAK ADA SIAPA YANG MAMPU MENGHALANGNYA termasuk lah diri aku sendiri.

apapun, terima kasih. kerana 10 minit yang aku abaikan itu, aku tersedar dari kesilapan. aku kesali atas perbuatan itu. aku malu dengan diri sendiri. dan natijah dari perbuatan aku itu, aku SANGAT HARGAI. biarlah hanya aku dan allah saja yang tahu. apapun, terima kasih, farah. andai kau berada disisi ku saat ini, mungkin kau akan lebih mengerti. namun, tiada sekelumit marah, dendam atau benci pun untuk apa yang kau tegur itu .. so, no worrie. =)

aku suka orang tegur aku kerana itu tanda yang dia sayang aku. aku memang ketandusan teguran. akibat acapkali mendapat pujian, aku menjadi seperti orang lupa diri. astaghfirullah.

i'm might invi in ym or fb but i'm available on phone. so, any urgent stuff, call aje lah kalau tak keberatan. i'm here for you like myself before.

. may allah bless us all .
notaKaki:
[1] sangat homesick!!! izinkan aku pulang ke kampung halaman hujung minggu ini, allah. T____T
[2] jangan sedih sedih ummu. be t0ugh! la tahzan. innallaha ma'ana. =)
[3] adik amirah atiqah, chubby!

Tuesday, September 20, 2011

. orientasi .

bismillahirrahmanirrahim ..
assalamualaikum wbt. to all readers ,

semoga masih diberi nikmat iman dan islam serta kesihatan tubuh badan yang sihat. insyaAllah. seminggu rasanya berada jauh dari dunia belog. kalau bukak pun, just baca entry kawan saje ..

apa yang berlaku sepanjang minggu pertama semester tiga ni??

huhu.. rasa macam baru menamatkan ‘sesi orientasi’ saje.

the rest .. hanya allah saje yang tahu ..

sebab?

it took time for me to adopt with ALL these ‘new’ matters.

it took time for me to handle peoples around after along time holidays,

to manage myself ; my emotion, mental, physical, time and so forth,

ya allah,

give me space ya allah..

give me a strength faith ..

give me ways to solve all these problems ..

give me great trust on You, allah ..

give me moral ..

live must be go on ..

You know the best for me ..

i do hope i won’t give up for these difficulties ..

keep me be strong ya allah ..

let me be a positive thinker ya allah ..

i count on You for all things ya allah ..

heavy?

of course.

tough ?

a bit ..

aku tahu ini adalah pengajaran dari allah. mengandungi hikmah yang tak terfikir dek akal fikiran aku. saban hari, bahu terasa semakin berat sangat. tekanan pun macam dah jadi ‘sahabat baik’ aku pulak sekarang ni.

apapun, moga allah permudahkan urusan untuk hari mendatang. moga allah bimbing. moga allah tabahkan hati ini. moga allah berkati. ikhlas lah hati.. terima kasih allah untuk sagalanya.


notaKaki :
[1] jumpa amirah atiqah sabtu lepas. rasa ringan tekanan yang dialami. terima kasih, tiqah! moga tiqah dah ready dah dapat adik jumaat ni. insyaAllah. doa kan eh kakak aku selamat semuanya. -___-

amirah atiqah

[2] ada lagi yang sangka aku student aliran agama. subhanallah. doa kan lah aku ek.. aku nak berubah ke arah yang lebih jugak macam korang! nak dapat redha allah .. =D
[3] alhadulillah, pejumpaan buddy berjaya dijalankan. terima kasih allah.
[4] rasa malu dengan diri sendiri. dengan allah. sebab, tewas dengan ujian yang 'kecil' ini. moga aku lebih tabah!
[5] azam sem baru, tak nak pegang tugas apa-apa. nak merasa 'dihandle' orang pulak .. =)

terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

Friday, September 9, 2011

biarkan ..

bismillahirrahmanirrahim ..
assalamualaikum wbt to all readers,


biarkan dia tahu ..
saya tak kisah ..


pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik ..

kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

biar dia tahu,
yang saya tak pandai itu, saya tak pandai ini ..

biar dia tahu,
saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia
yang tinggi melangit itu ..

biar dia tahu,
saya pernah punya masa lalu,
namun saya masih punya masa hadapan ..

biar dia tahu.

biar dia buat keputusan.

supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak .


" kalau kita suka akan seseorang, jangan beritahu si dia.
nanti allah kurangkan rasa cinta padanya dan allah takkan bagi.
tapi luahkan pada allah, beritahu lah allah.
allah Maha Tahu jodoh kita siapa. "

-- trust Him as He knows the best for us --


terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~
notaKaki :
[1] ayat and kata-kata ini dishare daripada belog hebat ni..
[2] still moody nak masuk kolej baru. :'(
[3] muntah. tak sihat. sakit. teringat sesuatu. dengar berita. pengsan+masuk hospital. nak sembuh. doa kan aku! -_-
[4] 'ekonomi' tak stabil sekarang. tak boleh nak shoping-shoping! =P