











*******
Mafhum hadis ke 15 dalam matan hadis 40 Imam Nawawi, Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,
maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam.
Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,
maka hendaklah ia memuliakan jirannya.
Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian,
maka hendaklah ia memuliakan tamunya".
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
(Hamka)
Berhati-hatilah kamu dalam mengatakan sesuatu tentang agama Allah SWT, jangan kamu cepat menghukum dengan sesuatu yang kamu jahil tentangnya kerana ianya telah diperingatkan oleh Rasulullah Saw kepada Abu Dzar r.a.
Nabi bersabda: "Hai Abu Zar, jika engkau ditanya sesuatu yang tidak engkau ketahui, jawablah saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang engkau tidak ketahui, supaya selamat dari siksa Allah swt pada hari kiamat."
Disarankan oleh Rasulullah Saw kepada kita untuk memperbanyakkan kata-kata yang baik (Minda Positive & Hati Positive Menjadi Doa Tanpa Sedar), atau jika sememangnya yakin kita akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, maka lebih baik mendiamkan diri. Pastinya untuk mengelakkan kita daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu menambahkan saham dosa yang mungkin sahaja sudah sedia tinggi di bursa saham dosa milik kita.
Silap berkata ada yang terasa, silap berkata orang melihat keaiban kita, silap berkata kita pula yang membuka keaiban orang, silap berkata macam-macam perkara tidak baik keluar dari mulut. Mulut juga boleh jadi sebagai pusat utama untuk melakukan dosa.
Bukan susah nak berkata-kata. Tidak memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Namun, semuanya bukanlah bermakna kita hanya perlu diam sepanjang masa. 'Berkata baik atau diam'. Banyak sebenarnya perkara-perkara baik yang boleh kita sampaikan.
Kita disarankan untuk lebih berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata supaya apa yang kita perkatakan tidaklah sampai dipandang sebagai kata-kata buruk. Mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam menuturkan kata-kata. Kerana kata-kata itu sebenarnya berbisa. seseorang boleh membunuh hanya kerana kata-kata dan boleh juga dibunuh kerana kata-katanya.
Hebat penangan sesuatu yang dinamakan 'kata-kata'. Berhati-hati juga, kita bertanggungjawab di atas apa yang kita sampaikan. Semakin banyak kita berkata-kata lebih banyak peranan kita terhadap kata-kata sendiri.
Kerana itulah adanya istilah 'diuji dengan kata-kata sendiri'.
Jangan pula sampai terbantut niat menyampaikan kebaikan hanya kerana bimbang menyakitkan hati sesiapa. Berdoalah, agar kita dapat menjadikan kata-kata dan penulisan kita dalam bentuk yang berhikmah serta semoga Allah segera menyedarkan kita apabila kita sendiri lalai dengan kata-kata kita sendiri.
Kerana kata-kata itu boleh menjadi pemberat timbangan untuk ke syurga dan boleh juga menjadi laluan ke neraka.
Semua ini sama ada secara LISAN mahupun BERTULIS. Berhati-hati ya!! =D

aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu
* teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari
reff:
bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu
peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia
repeat *
repeat reff [2x]


semoga masih diberi nikmat iman dan islam serta kesihatan tubuh badan yang sihat. insyaAllah. seminggu rasanya berada jauh dari dunia belog. kalau bukak pun, just baca entry kawan saje ..
apa yang berlaku sepanjang minggu pertama semester tiga ni??
huhu.. rasa macam baru menamatkan ‘sesi orientasi’ saje.
the rest .. hanya allah saje yang tahu ..
sebab?
it took time for me to adopt with ALL these ‘new’ matters.
it took time for me to handle peoples around after along time holidays,
to manage myself ; my emotion, mental, physical, time and so forth,
ya allah,
give me space ya allah..
give me a strength faith ..
give me ways to solve all these problems ..
give me great trust on You, allah ..
give me moral ..
live must be go on ..
You know the best for me ..
i do hope i won’t give up for these difficulties ..
keep me be strong ya allah ..
let me be a positive thinker ya allah ..
i count on You for all things ya allah ..
of course.
tough ?
a bit ..
aku tahu ini adalah pengajaran dari allah. mengandungi hikmah yang tak terfikir dek akal fikiran aku. saban hari, bahu terasa semakin berat sangat. tekanan pun macam dah jadi ‘sahabat baik’ aku pulak sekarang ni.


