- j&d : awal cerita -
alkisahnya, mengenai seorang perempuan bernama jaja.. dia ni anak orang berada.
lifestyle dia pun uptodate jugak lah..
tidak mengamalkan hidup secara islam sepenuhnya..
bekerja di sebuah syarikat bahagian marketing kalau tak silap..
banyak jugak gambar-gambar yang dia kumpul kan
untuk pemasaran 1 produk syarikat yang baru waktu tu
kali pertama jaja tengok 1 foto ni,
dah membuatkan hidup jaja ni serba tak kena..
dalam foto tu,
ada seorang lelaki yang duduk termenung di tanah perkuburan..
keadaan dan suasana gambar tu cukup mendamaikan..
jaja jatuh hati dengan lelaki tu!
lantaran itu,
banyak jugak usaha pencarian yang dirasakan gila tapi dibuat oleh jaja..
- j&d : berkahwin -
jaja dengan beraninya mengutarakan hasrat murninya
mempersuamikan ustaz din..
impression awal kedua-dua belah pihak pada peringkat awalnya
semestinya kurang menggalakkan..
namun kuasa allah,
memang dah jodoh jaja diciptakan untuk din
maka, alhamdulillah..
jaja dan din selamat diijabkabulkan.
simple je majlis walimah mereka.
besederhana saja. itu permintaan din.
- j&d : hidup bersuami isteri -
nak tahu ustaz din ajak jaja pergi mana untuk honeymoon mereka?
haha.. waktu tu tumpang sedih jugak la untuk jaja..
tapi sweet tetap ada.. :)
ustaz din bawak jaja pergi rumah pondok tempat tinggal nya.
tidak jauh dari sekolah tempat ustaz din mengajar..
niat utama yang ingin diajarkan kepada jaja,
hidup secara berzuhud.
pondok buruk tu bak kata jaja,
memang takde apa-apa perabot mewah.
di bilik tidur
hanya ada tilam, selimut, 1 biji bantal, kipas angin, almari kecil, meja kecil
[ tak ingat elektrik ada ke tidak ]
di dapur
dapur gas, meja makan [ lain tak ingat ]
seminggu mereka ber'honeymoon' kat sana.
jaja waktu tu dah bertudung.
jaja pilih tudung yang siap berjahit.
sebab senang nak pakai katanya. (-_-)
malam pertama kat rumah pondok,
jaja dah kena tegur dengan ustaz din.
sebab melengahkan waktu ustaz untuk pergi ke masjid untuk solat berjemaah.
lantaran, jaja takut nak mandi sebab toilet kat luar dan hari dah gelap.
ustaz din sabar je melayan kerenah jaja.
tapi ustaz din tak lokek untuk puji kecantikan jaja. haha!
keesokan pagi,
tangan jaja injured kena minyak panas time nak goreng ikan.
time tu ustaz sweet sebab gentleman tolong sapukan ubat kat jaja.
ustaz risau. disebabkan dia, luka tangan anak dara orang katanya.
malam kedua kalau tak silap,
ustaz story 1 kisah ni..
[ habit mereka berdua before tidur. ustaz akan cerita kisah-kisah pada zaman rasulullah ]
waktu tu laa.. keinsafan timbul dalam hati jaja..
mengenangkan dosa-dosa dia yang dahulu..
banyak kali dia sewenangnya meninggalkan solat 5 waktu.
ustaz din minta jaja qadha'kan semuanya
baru mereka merancang untuk memiliki zuriat..
[ kemusykilan timbul disitu.. sila rujuk notakaki dibawah ]
waktu tu, hasil pengiraan mereka berdua,
tempoh yang diperlukan jaja untuk melangsaikan 'hutang'nya
ialah selama 3 tahun ++..
jaja tunaikan dengan penuh ikhlas di atas kekesalan dari hati.
1 insiden berlaku ketika honeymoon tu.
ustaz din memendekkan tempoh seminggu berhoneymoon
dan mengambil keputusan untuk pulang terus ke rumah mereka di bandar.
[ rumah jaja yang dihadiahkan oleh ayah nya ]
jaja terbakar 1 kertas kerja yang berselerak dibilik mereka di rumah pondok.
di sangka jaja, itu semua kertas yang dah tak guna lagi.
tambah pula, jaja tak tahu bahasa arab.
maka dibuang dan dibakar nya..
mengamuklah si ustaz!
penat dia cari dan kumpulkan dalam tempoh yang agak lama
hancur musnah semuanya dalam masa seminit dua dek kerana jaja..
ustaz marah. cuma masih terkawal. tapi cukup menyedihkan jaja.
di rumah mereka di bandar,
ustaz teruskan usaha mengumpulkan kerja dia yang tergendala tu.
menggunakan kemudahan internet.
kat rumah mereka, takde tv tak silap..
ustaz taknak. sebab itu melaghakan..
jaja menurut saja.
jaja berhenti kerja tak lama lepas tu..
sebab timbul kemusykilan
dan hanya duduk di rumah
menjadi penulis skrip
seperti yang disarankan ustaz din.
walaupun tinggal di rumah yang serba mewah
ustaz din tetap bertegas
semua perbelanjaan rumah dan harian,
ditanggung sepenuhnya oleh ustaz.
itu dah menjadi tanggungjawab ustaz sebagai suami, kata ustaz.
biarlah sedikit, tapi mereka tahu rezeki mereka berpunca dari yang halal.
[ faktor jaja berhenti kerja ]
ustaz din berulang alik setiap minggu dari sekolah ke rumah mereka di bandar.
begitulah rutin hidup mereka beberapa tahun.
- j&d : hari raya -
ada turn, jaja dan din celebrate raya kat umah family ustaz.
kesian jugak la kat jaja sebab ramai tak suka kan..
tapi jaja tetap kuat..
ada 1 ketika,
seusai solat hari raya,
emak ustaz din nak balik. tapi selipar nya hilang.
jaja saja yang tinggal manakala ipar-ipar nya semua dah pulang.
jaja sukarela tanpa fikir panjang meminjamkan selipar nya kepada si ibu mertua.
sedangkan dia hanya berkaki ayam.
sampai kat rumah.. terus disoal siasat oleh ustaz din.
jaja diam je. mak ustaz je yang bersuara.
dalam hati ustaz din waktu tu,
dia happy sangat sebenarnya..
dia bangga dengan jaja
[ kalau tak silap ]
- j&d : jihad -
ustaz din dah pernah utarakan niat ni kat jaja.
tapi jaja kata dia taknak bincangkan.
sampai laa waktu nya tiba.
sebab jaja tak sanggup. jaja sedih.
waktu nya tiba akhirnya..
3 tahun++ pun dah jaja tempuh dengan jaya nya..
ustaz din bicarakan semula hal ni..
jaja pada awalnya setuju tanpa ragu.
tapi jaja terpaksa mintak perkara tu ditangguhkan dahulu.
sebab nya?
jaja tengah pregnant time tu.
jaja mintak ustaz din pergi waktu jaja dah selamat bersalin.
alhamdulillah.
setelah semuanya selamat,
anak lelaki sulung pun selamat menjengah dunia,
ustaz din panjangkan lagi niat nya untuk pergi berjihad.
jaja dengan penuh taat, merelakan..
- j&d : sepi tanpa berita -
beberapa lama jugak la
jaja sekeluarga sepi tanpa sebarang berita dari ustaz din.
sampai 1 ketika,
[ tak ingat sumber dari mana ]
mengatakan yang ustaz din telah terkorban..
mereka hanya berjaya menemukan jari ustaz din saja.
jari tu pulak,
jari yang disarungkan cincin pernikahan mereka.
sayu gila. sedih !
jaja apatah lagi kan..
jaja tetap tabah..
jaja tetap setia dengan cinta dia pada ustaz din.
sampaikan dia sanggup tolak lamaran orang
demi cinta dia yang 1o0% untuk ustaz din.
[ haha.. ayat over ]
- j&d : bahagia selamanya -
satu hari, pintu rumah di ketuk..
tidak terlintas di fikiran jaja..
tapi itulah realitinya..
ustaz din pulang !
ustaz din masih dipanjangkan nyawa.
alhamdulillah...
[ meremang bulu roma aku time baca. ^_^ ]
ustaz din sempat menyelamatkan diri.
cuma jari nya saja terputus..
banyak lagi kecedaraan luaran yang dialami..
malam tu, sesampai je ustaz kat rumah,
dia hanya berehat je.
penat katanya..
and dia akan story semua nya pada jaja nanti..
jaja tanpa lengah memanjatkan kesyukuran kepada allah
atas segala nikmat yang dicapainya hingga saat itu..
begitulah alkisah nya.. cerita cinta jaja dan din. tak lupa, banyak input berguna turut diselitkan oleh si penulis.. moga pembaca yang membaca novel tu serba serbi grab mana-mana yang baik yeh..
******
notakaki:
[1] qadha' semua solat yang pernah ditinggalkan sebelum ini?
- aku ada panjangkan soalan ni kepada sahabat yang menuntut di aliran agama. katanya mudah. allah itu Maha Adil.. insyaAllah, dengan taubat nasuha, dosa-dosa dan kesalahan lalu diampuni allah.. kerana, nampak mustahil untuk kita mengqadha'kan semua waktu solat yang pernah kita tinggal dahulu.. apa pun, jika masih ragu, rujuk lah kepada yang lebih arif.
terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~