Saturday, July 9, 2011

kanan atau kiri ?

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحم

terlebih dahulu, didoakan pembaca yang baca post kali ni, sihat walafiat dan sentiasa diberkati selalu.. kali ni, insyaAllah nak share 1perkara yang menarik perhatian aku.. kisah ni berlaku time aku pasum dulu. waktu tu tengah kuliah science computer yang diambil alih sementara oleh Sir Faris. style laa lecturer tuh. serba serbi pasal beliau, beliau sebenar nye lecturer part time kat pasum je. beliau sebenar nye lecturer kat upnm. and beliau gak sebenar nye askar, tapi bukan regular. tak tahu laa status sebenar. mungkin wataniah cam aku gak kot. tapi dia perkhidmatan udara, airforce. ade gak laa dia cerita, dia ade banyak lesen and salah satu nye lesen kapal terbang! huwaaa! memang respect giler ah kat dia.. lecturer permanent science computer kitorang ialah Encik Zahurin @ Mr.Z.. lecturer nih lagi style! siyes aku kagum ah ngan beliau more. heee… [ panjang nye intro pasal lecturer ]


baiklah, kisah tu sebenar nye berkaitan dengan penggunaan tangan untuk menulis. korang menulis guna tangan mana, kanan ke kiri? haha.. macam aku sendiri, aku kanan. tengah tengah Sir Faris tu bagi lecture, beliau selit laa cerita. beliau kata, beliau boleh menulis menggunakan kedua-dua belah tangan! aku cam terkejut gak laa. 1st time jumpa kot. haha.. istilah baru yang aku tahu, bagi golongan yang berkebolehan menulis menggunakan kedua-dua belah tangan ni ialah ambidexterity.hee.. asal nye, beliau pun guna 1 tangan jeh. tapi 1 hari, dapat ilham why not practice untuk kedua-dua tangan. in case jadi ape-ape in future, takde la susah.. tambah beliau, lagi pun, allah dah bagi dua tangan. manfaat kan je laa! then, beliau kata, asyik asah 1bahagian otak je, elok jugak asah untuk keduanya. biar dua-dua belah aktif. pada permulaan percubaan beliau, beliau dapat rasa kelainan dan keberkesanan nye. otak rasa lagi aktif and mampu ‘bekerja’ lebih efisien daripada yang di sangka. so, aku pun terfikir-fikir sejak saat tu. betul jugak kan.. why not!


aku pun start praktik. bulan 7 kalau tak silap time tu. aku akan train sekali je sehari. aku cuba buat time nak tulis diari. aku praktis tangan kiri, sebab aku right-handed. so, 3 bulan lepas tu, aku refleksi balik. so far Alhamdulillah, aku rasa kelainan tuh. rasa otak ni berfungsi and bekerja. banyak input yang boleh masuk dalam kepala. memang excited sangat. serious. haha. sejak itu, aku rasa makin bertambah kagum sangat dengan ciptaan allah. sejak tu, aku selalu ajar & ajak orang buat macam tu.. haha..

wanna try?? cuba lah! tak rugi pun.. itu lah alkisah nye..


so, aku pun buat laa simple research pasal ni.. daripada 1 artikel yang aku baca, bertarikh 19 jun 2o09 (agak dah lama), menurut pakar penyelidik otak Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Erstein, mereka dapati otak manusia terbahagi kepada 2 bahagian. otak bahagian kanan dan otak bahagian kiri. fungsi untuk setiap 1 bahagian adalah berbeza tau! hebat kan ciptaan allah.. dan bahagian otak ni berkait rapat dengan tangan mana korang guna untuk menulis.


secara am nya, bagi mereka yang menulis menggunakan tangan kanan, mereka akan mendominasi otak kiri. dan fungsi otak kiri ialah berkebolehan dalam mengingati ilmu, data dan fakta, menggunakan fikiran logic, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik. MANAKALA bagi mereka yang menulis menggunakan tangan kiri, mereka akan lebih mendominasi otak bahagian kanan. otak kanan pula berfungsi dalam perkara melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, ilusi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain. menarik kan! begitu specific nye ciptaan otak ni.. korang tengok laa korang dominan otak belah mana? beruntung laa bagi mereka yang boleh tulis guna dua-dua tangan kan.. -_- *kebolehan menulis guna dua-dua tangan tidak menentukan tahap kecerdikan/kepandaian seseorang. so, don’t worry lah!


huh. penat baca panjang-panjang kan.. tak habeh lagi niy. haha… takpe. rest dulu..ni ajar 1 game minda.. try tau!

korang ambik posisi duduk.. lepas tu, pusingkan kaki kanan ikut arah jam. dalam masa sama, korang tulis nombor 6 guna tangan kanan. tulis atas angin pun takpe.. and korang perhatikan kaki korang yang pusing tu. mesti bertukar arah secara spontan kan? tak pun tersangkut-sangkut nak pusing.. kan? kan? game tu ade kaitan ngan otak.. nak uji korang nye daya fokus. boleh jugak buat berlawanan arah. pusing kaki kiri ikut arah lawan jam sambil tulis nombor 9 guna tangan kiri. have a g0od try! haha…

ok, sikit je sambungan lagi.. dalam nak pasti kan otak kita bekerja dengan baik setiap hari, ada beberapa tips yang aku nak share. korang harus ELAK KAN AMALAN BERIKUT :

1. tak breakfast – kalau tak, kadar gula dalam darah rendah and bekalan nutrisi kat otak pun sikit la. menyebabkan otak tak dapat berfungsi secara optimum.

2. makan terlalu banyak – ( tambah kalau kadar lemak tinggi ) mengeraskan pembuluh darah otak yang mengakibatkan efisien otak untuk berfungsi kurang.

3. merokok – zat-zat kimia beracun install dalam darah. contoh: [1] karbon monoksida yang akan halang darah mengangkut oksigen ke seluruh tubuh termasuk otak. [2] nikotin yang mengurangkan kadar kolesterol baik (HDL) dan meninggikan kadar kolesterol buruk (LDL) dalam darah.

4. makan makanan bergula terlalu banyak – mengganggu penyerapan protein dan nutrisi yang menyebabkan gangguan pada perkembangan otak akibat ketidakseimbangan gizi.

5. tak pakai topeng halang udara

6. tak cukup tidur

7. tutup kepala ketika tidur

8. kurang berfikir

9. jarang berkomunikasi

10. berfikir keras ketika sakit

konklusi, pandai-pandai laa jaga diri yeh..

last but not least, nak share info menarik Leonardo da vinci. tulisan beliau sangat unik. beliau sebenar nye boleh menulis menggunakan kedua-dua tangan. biasa nye, beliau guna tangan kiri untuk tulis diari rahsia je. and beliau guna tangan kanan untuk menulis biasa. [ lebih kurang macam aku gak laa. haha! perasan.] selain tu, untuk perkara-perkara rahsia, beliau akan menulis guna tangan kiri tetapi di tulis secara terbalik. dan untuk membaca nye, anda mesti menggunakan khidmat bantuan si cermin! hebat kan. tak nak try?? haha.. kelebihan masing-masing..

akhir kalam, untuk menulis tak disyariatkan pun kena guna tangan mana.. terpulang pada individu. yang disunnahkan nye hanya lah, ape jua pekerjaan yang kita buat, dahulukan dengan yang kanan dahulu.. kebanyakan nya kanan laa. tapi ade je guna kiri. contoh nak keluar masjid, dahulukan kaki kiri..

hadis yang mengukuhkan hal ini, dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam suka memulai dari sebelah kanan saat mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci, dan dalam seluruh aktifitas beliau.”
(HR. Al-Bukhari no. 5926 dan Muslim no. 268)

sekian sahaja untuk post kali ini. muga ia bermanfaat untuk korang. wallahu’alam.



jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment