Friday, July 1, 2011

bukan se'enteng' yang disangka..

بسم الله الرحمن الرحم
dengan nama allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

السلام عليكم

post kali ni, insyaAllah nak share 1 input yang dapat hasil dari pembacaan sebuah buku malam tadi.. agak tersentak jugak laa hati. sebab dekat sangat masalah tu dengan diri ni.. peringatan dari allah barangkali.. [ my positive-mind said ] hee..


daging babi, curi tulang dan curi masa

" apa salahnya ustaz, ramai je orang buat macam tu. kami mengular sekali-sekala jeh," kata seorang lelaki. *mengular = curi tulang semasa bekerja
balas si ustaz, "sekalipun ramai orang yang buat, kesalahan tetap 1 kesalahan."
" syarikat kami tak kan terjejas pun kerana kesalahan kecil macam ni," ujar lelaki tadi sambil tersenyum tanpa ada rasa bersalah langsung.
" mungkin syarikat tak terjejas dalam jangka masa pendek. tapi kalau kesalahan dah jadi budaya, semua orang buat, perkara ni boleh menjejaskan syarikat dan produktivitinya dalam jangka masa panjang. "
dia senyum lagi..
dengan nada perlahan, si ustaz menyambung lagi, " saudara, yang akan terjejas dalam jangka masa panjang itu bukan saja syarikat, tapi saudara dan juga keluarga saudara."
" ye ke.. bagaimana? "
" jika dihimpunkan, agak-agak berapa lama masa yang saudara ambil untuk mengular dalam sebulan? " tanya si ustaz mengalih perhatian.
" sehari mungkin dalam 10 hingga 15 minit. tapi tak selalu. kalau dalam sebulan, ada laa dalam 5 jam, " jawab nya terus terang..
" berapa gaji saudara sebulan? " tanpa lengah, si ustaz menyambung lagi, " andai kata laa dalam rm10o0. gaji saudara tu dibayar berdasarkan tempoh masa saudara bekerja dalam sehari bukan.. bila dah akhir bulan, saudara akan dapat gaji. gaji yang saudara peroleh itu termasuklah dengan tempoh 5 jam yang saudara mengular itu.." jelas si ustaz panjang lebar.
si lelaki tercengang sedikit. akhirnya, dia angguk perlahan.
" jika 5 jam tu ditukar kepada wang, agaknya berapa? "
" tak sampai pun rm10. kecik sangat tu! " sampuk si lelaki cepat.
" tapi rm1o itu dah cukup untuk saudara beli sekilo beras, beberapa ekor ikan, roti, air, bukan? "
si lelaki mengangguk lagi.
" kemudian, kita bagi pulak makanan tu semua kepada anak isteri atau untuk diri kita sendiri."
" haram ke ustaz? " tanya si lelaki separuh mencebik.
" saudara, gaji saudara di bayar berdasarkan masa saudara bekerja. jika kita di bayar jugak sedangkan saudara tidak bekerja, apakah wang itu masih halal.. curi masa, curi tulang atau perbuatan lain yang seangkatannya hakikatnya adalah haram. "
" dosa tak ustaz, makan gaji secara curi tulang? " tanya si lelaki.
" itu dosa dengan manusia. maksud nya, dosa dengan majikan dan seluruh 'stake holder' organisasi syarikat tersebut. kalau majikan nya ialah kerajaan, itu lebih parah lagi. dosanya kepada seluruh rakyat. dosa dengan manusia ni perlu menempuh 4 syarat taubat. selain menyesal, berhenti dan berazam tidak mahu ulang kesilapan, kita jugak terpaksa minta halal/redha daripada orang yang kita berdosa. " jawab si ustaz.
si lelaki terperanjat, lantas berkata, " maksud nya, kena mintak halal dekat semua orang yang terlibat? "
" ya, begitulah kalau dari segi ilmu nya, " jawab si ustaz tenang.
" susah tu. bukan senang." kata si lelaki.
sambung si ustaz, " itu la yang ustaz kata kan tadi, dosa dengan manusia adakalanya lebih sukar untuk bertaubat berbanding dosa dengan allah. tapi ada yang lebih sukar daripada itu! "
" ada lagi yang lebih sukar? apa tu ustaz? " tanya si lelaki.
" rasa tidak berdosa," jawab si ustaz ringkas.
" maksud ustaz? "
dengan tenang si ustaz menerangkan, " begini, orang yang termakan benda yang jelas haram, tahu itu 1 dosa dan ada kemungkinan dia bertaubat. tetapi orang yang curi masa dan curi tulang, selalunya rasa tidak berdosa. semua orang buat (katanya).. apa yang salahnya. mereka rasa perbuatan curi masa tu biasa-biasa je dan kesalahannya lebih ringan jika dibandingkan dosa termakan daging babi. jadi, apabila itu tidak di anggap dosa, mana mungkin mereka akan bertaubat."
" padahal dosa curi masa, curi tulang, pecah amanah itu lebih berat , kan ustaz." sambung si lelaki.
si ustaz berdiam. dalam hatinya, 'alhamdulillah.. dia sudah faham'


begitu laa alkisah nya..renungkan-renungkan laa. dan selamat beramal ! hee..


jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~


No comments:

Post a Comment