Tuesday, July 12, 2011

kisah hati

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..

hari dah menjangkau petang, akhirnya baru dapat idea nak bekarya tajuk apa hari ni.. nak baca 1 kisah hati yang dilalui hamba bergelar pemburu cinta illahi? haha.. kisah hati.. dah title pun kisah hati. pasti ia melibatkan perasaan dan hati kan.. paling tepat lagi, cinta. yes, exactly! that's the point..

tidak dinafikan, setiap orang di atas muka bumi ini, ada kisah dan pengalaman serta prinsip masing-masing apabila berbincang mengenai isu ini.. isu cinta.. sekadar perkongsian yang tidak seberapa, aku pun nak share jugak alkisah tragis aku. haha.. actually bukan tragis apa pun. cuma aku terimbau kembali waktu tu..sejarah yang aku lakar februari yang lalu. ketika usia meningkat awal 20. prinsip hidup yang tersemat dihati sejak dari bangku sekolah lagi, aku sanggup langgar. betapa hebat nya penangan cinta tu. and yang paling penting, betapa LEMAH NYA IMAN AKU WAKTU ITU. rasa kejahilan merajai diri.. -_-

istilah cinta islamik??
mesti korang pun tak asing dengan istilah ni kan. dulu, aku agak pandang rendah jugak dengan orang yang berpegang dengan prinsip ni. sekali terkena diri sendiri laa pulak kan.. memang tak leh nak kata apa.. haha.. menurut pengalaman aku, istilah ni tak membawa makna banyak kalau nak dibandingkan dengan orang bercouple yang tak guna istilah apa-apa. iman manusia. ada naik dan turun nya.. pasti ada masa-masa tertentu, kita akan tewas dengan iman kita dan nafsu kita.

bagi aku, yang nak apply prinsip ni dalam hubungan yang terjalin dulu, seboleh-boleh daya, aku try nak jadikan apa yang kitorang buat tu dapat redha allah. cuba behave diri masing-masing. buat syarat macam-macam, tak boleh call untuk perkara yang tak bawak faedah la, jangan mesej yang melibatkan perkara yang boleh naikkan nafsu syahwat la, tak nak panggil sayang-abang, pa-ma or whatever panggilan yang ada.. and macam-macam lah.. cuba buat kan si dia faham, yang aku bukan jenis minat perkara cintan-cintun ni. tapi kitorang still nak go on jugak. so, akibatnya? tengok lah pengakhiran kitorang macam mana. sendiri cari pasal. sendiri yang terseksa.

bila keinginan bertentangan dengan syariat,
aku susah nak decide..

itulah antara ungkapan yang pernah aku ungkap. aku secara jujurnya, sepanjang ada hubungan istimewa tu, hati aku sentiasa tak tenang. perasaan yang aku sangat tak selesa. nak tahu sebab apa? sebab, itu bermakna aku sudah melakukan kesalahan. dalam erti kata lain, aku dah buat dosa.. aku dah terang tang tang tahu and sedia maklum, bercouple or bercinta sebelum pernikahan itu 1 perkara yang menjurus ke arah perlakuan yang HARAM. aku buat la rules banyak mana pun, buat la syarat ketat bagai nak rak pun, perkara yang menjurus kepada zina itu tetap HARAM. tetap salah.. malah, ada allah berfirman, " dan janganlah kamu MENDEKATI zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. dan satu jalan yang buruk." ( al-israa; 32)

memang aku bahagia. memang aku gembira. perasaan aku waktu tu, memang aku tak nafi yang aku memang rasa sayang kat dia. tapi aku tak boleh tipu diri sendiri. jauh dari sudut hati aku, aku ada rasa benci dengan diri sendiri. dan oleh disebabkan itu, membuatkan aku sedih sangat. aku sedih sebab aku tak jujur and tak adil dengan diri aku. adil lawan nya apa ye? zalim kan.. so, dalam kata lain, aku menzalimi diri aku sendiri. it's too harsh words for myself. and that's the reason why. i must stop all those unnecessary things! MUST!

cubaan pertama aku gagal. panjang aku type mesej kat dia. explain macam-macam. but it just works for a while. then, kitorang jadi macam biasa. huh. dia mungkin tak faham aku macam mana sebenar nya. aku tak salah kan dia. sebab tak semua orang sefikrah macam aku. it makes things went worse. but not t0o worse laa~ haha. aku cuba lagi dengan cubaan kedua. aku share kat wall fb dia 1 artikel dari iluvislam kalau tak silap. berkaitan dengan situasi kitorang ni. and aku serta kan jugak mesej penjelasan yang panjang lebar. aku still taknak endup lagi waktu tuh. aku pun tak tahu la kenapa. my bad~ aku cuma minta kitorang behave je. just be friend. jaga batas-batas pergaulan yang patut jaga. even we already make confession about our feelings. kitorang mungkin la tak pernah lagi keluar dating. or makan berdua-dua. or kat kelas duduk sesama. tapi banyak nya silap kitorang ni sebab melibatkan zina hati. mesej, call apa semua tuh. [ pada kesimpulan aku ] hasilnya, kitorang macam biasa je lagi. takde perubahan apa pun.

nak dijadikan cerita, final exam for 2nd sem is nearly begin. dia ni orang nya sangat rajin study. memang tak dapat nak nafi. aku pun tak serajin dia. so, alkisah, petang khamis, 14 april jam 1410, dia hantar mesej kat fb. mesej panjang. menyatakan hasrat untuk break. FULLSTOP . first expression aku waktu, seriously speaking, aku happy. aku siap senyum and gelak lagi. then, aku baca status dia kat fb, dia dah single. oh, my god! ya allah. waktu tu aku baru rasa sedih. cepat gila dia nak post. at least jaga laa perasaan aku sikit. entah la. tapi itu yang aku fikir. then, aku lari ke bilik member. sebab aku tak boleh nak handle myself if i'm alone. diorang semua memang terkejut and marah la. aku nangis depan diorang buat kesekian kalinya.

aku terima apa yang dia buat tu. cuma pada aku, aku rasa tak puas hati sebab kenapa waktu nak exam? kenapa tak dari awal? [ berdasarkan alasan dia ] frankly speaking, aku tewas dalam hal-hal yang melibatkan emosi. aku selalu layan emosi aku. that's make me feel scared as exam is just around the corner! aku risau habes. [ kisah sebenar selepas tu terpaksa di'skip' atas sebab tertentu ]

sampai 1 saat, demi untuk mendapatkan semula ketenangan hati dan ketenteranm jiwa, aku telah memilih jalan yang agak drastik tapi pada aku itu yang terbaik. bersandarkan limitasi pemikiran seorang manusia. apa-apa pun, allah jua mengetahui segalanya. seusai solat dhuha pagi sabtu berikutnya, dalam sujud rakaat terakhir, aku telah panjatkan doa kepada Sang Pemilik Cinta, supaya ditutupkan hati aku kepada cinta yang murahan ini.. iaitu cinta sesama manusia yang boleh menghanyutkan aku. dan dibukakan semula hati aku apabila sudah sampai masa dan tempat nya.. air mata mengiringi aku setiap saat tu. sungguh aku rasa malu sangat.. aku terasa kejahilan diri atas apa yang aku dah buat. aku malu dengan diri sendiri. aku malu dengan dia. aku lagi bertambah malu dengan allah. aku rasa semua yang terjadi ni salah aku. sebab aku yang layan. ya allah... bimbing aku ke jalan yang lurus, ya allah..

3 bulan dah berlalu. aku bersyukur dengan ketenangan hati, nikmat iman dan segala nikmat yang aku ada sekarang. kitorang kawan je macam biasa. pada aku, aku lebih suka untuk salah kan diri aku sendiri dalam segenap hal. tak tahu lah kenapa. pengajaran yang allah bagi ni sangat-sangat bermakna bagi aku. kadang-kadang, allah nak ajar kita melalui 2 cara. melalui pengalaman orang lain ataupun pengalaman yang kita sendiri lalui. insyaAllah. semoga hati aku tidak mudah goyah lagi dalam hal seperti ini.

yakinlah,
allah telah menjanjikan bahawa,
[ dalam firman-Nya, an-nur ayat 26 ]
" dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik (pula)"

tabah lah hati!

cinta itu fitrah manusia. perasaan untuk menyayangi dan disayangi itu memang tak lari dari keinginan manusia. lebih-lebih lagi bagi mereka yang menempuh alam remaja. kawan-kawan sekeliling masing-masing dah ada partner. masing-masing dah ada buah hati. tapi korang jangan lah bersedih. yakin dan percayalah dengan janji allah yang satu itu. iaitu yang kat atas tu. kita tak jangka apa yang akan terjadi pada masa akan datang. mana tahu, time tengah masyuk bercouple, dah buat maksiat macam-macam, hati kita dah ditutup untuk kebenaran, macam mana? tak semestinya apa yang semua orang buat tu adalah perkara betul. dan tak semestinya sedikit orang buat tu adalah perkara yang salah. so, jangan lah sia-sia kan waktu remaja kita. iman kita ni tak sekuat mana. nipis sangat. malah, nipis lagi dari kulit bawang. korang yakin, kalau korang bercouple, korang boleh jaga batas-batas pergaulan itu semua? sebaiknya, elak kan lah selagi mampu. kita sama-sama lah persiapkan diri kita dulu untuk ke arah untuk menjadi muslim yang soleh/solehah. insyaallah, yang terbaik juga buat kita. mungkin korang rasa aku tak layak nak nasihat macam ni sebab aku pun buat. what is past, is past. it's history already. tapi, ambil lah pengajaran dari ini atau orang lain. adalah lebih baik korang tak pernah buat.. yang salah tetap salah..

pray hard to allah,
and let allah do the rest.


jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment