Saturday, July 30, 2011

nama Atas kertas


bismillahirrahmanirrahim..
semoga hari-hari yang dilalui korang
sentiasa dibawah payung rahmat dan redha allah. insyaAllah.



pernah tengok cover novel nih? hahaha.. thriller novel i thought.. really!

Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?
Apa tip yang ada?
.
“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle..
dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”
.
TAWARAN Buah fikiran anda diperlukan!
Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.

sinopsis novel dia.. pergh.. psycho! bagi aku sendiri, seriously rasa tercabar jugak pertama kali baca nih.. kebetulan ada member beli, aku borrow je laa.. sharing is caring being applied. haha! lebih menarik minat aku sama untuk baca novel ni ialah.. nama watak yang digunakan.. alamak aiyy.. buat aku teringat kat 'dia'. haish.. haru kan.. (siapakah 'dia'? biarlah rahsia) -_-

novel ni bagi aku kreatif sangat. sebab nya, si penulis ni boleh pulak letak teka silang kata. bukan setakat satu dua. tapi banyak! kekadang terfikir, aku tengah baca novel ke, tengah main teka-teki.. haha.. serious menarik! suka aku nak kongsi kat sini, summary novel ni. aku dah baca lama dah. tahun lepas, bulan disember kalau tak silap.. tapi sukar untuk dilupakan.. ngaahaha! thriller..

novel ni mengisahkan 4 siri pembunuhan (seingat aku). ia dilakukan oleh seorang pembunuh. (of course laa..) masalah nya, pembunuh adalah perempuan! memang aku terkejut tahap tak ingat laa waktu baca tuh. punya laa hebat dan teliti semua plan dia, seolah-olah dia adalah lelaki, tapi rupanya dia perempuan.. huh.. meremang je bulu roma.. pembunuh tu sebenarnya sakit. dia ada masalah mental gara-gara tak dapat melupakan kisah silamnya. trauma. ayahnya telah dibunuh dengan kejam di hadapan matanya sendiri ketika dia masih kecil..

thriller nya novel ni adalah disebabkan cara pembunuhan yang dilakukan. teknik yang digunakan adalah sama saje untuk setiap mangsa. iaitu, menikam di bahagian leher secara melintang. dalam masa sama, dia akan meninggalkan notis; butir-butir mangsa dan pembunuhan; di bahagian kerongkong mangsa dalam sebuah botol. huh. bayangkan lah.. rata-rata, keadaan mangsa sewaktu dijumpai pihak berkuasa, semuanya dengan mulut melopong akibat terkejut dan memang mulut tu dah jadi target.

"..kejam.. kejam.."

takde perkataan lain dah yang terkeluar waktu layan novel tu.. tragis gila. tapi pelik kan? kenapa sampai macam tu sekali mangsa dibunuh? tak kan sewenang-wenangnya? ikut suka hati pembunuh je nak bunuh siapa-siapa?? hmm... pembunuh tidaklah sekejam yang disangka.
dia membunuh dengan sebab yang wajar ditimbang tara oleh toleransi manusia.. kesemua mangsa dia tu sebenarnya penjenayah dalam diam. senang kata, musuh dalam selimut. tak kira di dalam apa jua organisasi.. mangsa ada melakukan jenayah yang menyalahi undang-undang. tapi pembunuh tu tetap salah.. pembunuh boleh di anggap membantu pihak berkuasa menjejaki dan menangkap penjenayah dan seterusnya menyelesaikan kes. namun, dia tidak membuat sebarang laporan sebaliknya menyelesaikan sendirian. dia tetap salah atas hukuman membunuh.

contoh sebab dibunuh? hmm.. aku tak ingat sangat dah.. kecuali yang satu nih. mangsa ketiga kalau tak silap. seorang ustaz! ustaz tu.. memang tak percaya.. luaran nampak baik habis. dihormati masyarakat sekeliling. namun, kelemahan manusia.. si ustaz ni terlibat dengan rasuah yang aku tak ingat untuk apa.. pantang bagi si pembunuh. apa lagi.. that ustaz became her 3rd target next.. heee..

walaupun si pembunuh ada tinggalkan 'nota' pada mangsa-mangsa dia, pihak berkuasa tetap tak boleh selesaikan kes tersebut secepatnya. kenapa? sebab, butiran yang si pembunuh bagi tu bukan butiran mangsa yang di bunuh wantu tu. tetapi, butiran diri mangsa bunuh yang sebelumnya! haha.. licik kan.. haru laa pihak berkuasa. kena tunggu next victim laa! dah gaya macam mengharapkan orang yang bakal dibunuh tu cepat-cepat laa dibunuh.. senang nak selesaikan kes mangsa yang dibunuh sebelumnya tu.. hahaha..

kes keempat seingat aku memang challenging habis. adventure pun ye jugak.. dengan aku aku sekali turun padang selesaikan teka silang kata tuh. ceyh.. apepun, credit to the writer! beremosi jugak laa baca novel ni.. geram.. macam mana sejauh tu yang penulis ni boleh fikir.. kreatif. kreatif.

dalam masa sama, aku risau tetiba.. cara pembunuhan. uiii.. agak kejam kan cara dia.. risau aku, kot-kot ada yang buat macam tu secara realiti.. mintak jauh la kan.. nauzubillah.. alhamdulillah. sampai hari ni, takde lagi dengar kat mesia nih ada pembunuhan yang berlaku macam tu.. mungkin pembunuh tak sempat nak baca kot.. ahaha.. gurau. gurau.. jangan lah ada.. heee..

setakat itu saja. novel ni memang menarik dan kreatif. berminat nak ketahui yang sebenar, pergi laa beli yeh.. :)


terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment