Thursday, July 28, 2011

s.o.y.a

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

untuk kali ni, aku hanya nak share mengenai 1 perkara yang aku baru tahu. boleh kata ketinggalan jugak laa @_@ tapi tak mengapa lah.. tetap juga nak abadikan info tu dalam blog ni..

SOYA TAK BAIK UNTUK KESIHATAN !!

berani mati je aku cakap macam tu kan.. haha.. marah laa penggemar makanan/minuman soya nanti.. namun, tak salah kalau korang cuba baca apa yang aku nak tulis ni.. rata-rata antara kita akan kata yang soya ni bagus untuk kesihatan. banyak kebaikan kalau minum! itu lah antara yang selalu diuar-uarkan kepada kita. sampai aku pun tak terfikir tu hanya muslihat belaka..


nak kenal rapat dengan kacang soya?? jom, terjah! (*_*)
kamus mini
1. isoflavones - salah 1 jenis phytoestrogen
2. phytoestrogen - sejenis bahan kimia yang byk didapati padatumbuhan
3. oestrogen - hormon wanita untuk sistem pembiakan


- soya mula ditanam di negara china [ aku lupa tahun dia ]
- bagi masyarakat china, ia dianggap great bean
- mengandungi isoflavones yang boleh bagi kesan negatif kepada pemakan


hasil kajian seorang pelajar Phd pada tahun 2o04, kesan isoflavones negatif yang dimaksudkan :

# kepada lelaki
- mengurangkan kesuburan kerana isoflavones dapat melemahkan efisiensi pergerakan sperma ketika persenyawaan telur [sperma & ovum]
- merosakkan fungsi otak

# kepada wanita
- menyebabkan kitaran haid berubah sekiranya pengambilan susu soya dibuat 2 gelas sehari
- juga merosakkan fungsi otak

# kepada bayi
- sekiranya diberi minum susu tepung dengan formula soya, mereka seolah-oleh memperoleh kandungan oestrogen yang sama banyaknya dengan orang yang menelan 5 biji sehari pil perancang kehamilan. giler ah!
- berpotensi menyebabkan perkembangan bayi yang belum lahir tidak normal

# umum
- pengambilan isoflavones yang berlebihan boleh mengubah perkembangan seksual seseorang
- pengambilan soya sebanyak 2 sudu makan untuk tempoh sebulan, dapat meningkatkan hormon tiroid yang seterusnya menyebabkan kanser tiriod.

dalam pasaran hari ini, terdapat setengah pihak yang tidak secara terang-terangan menyatakan kandungan makanan/minuman itu adalah bersumberkan kacang soya. sebaliknya diberikan atas nama yang lain.. contoh [1] minyak soya a.ka. minyak sayuran * sedangkan ia diperoleh hasil ekstrak dari kacang soya. [2] soya a.k.a lechitin * bahan sampingan semasa proses meng'ekstrak' kacang soya.

namun, sebelum kajian yang menunjukkan kacang soya mempunyai keburukan, tidak dinafikan yang ia nya turut memberi manfaat. NAMUN DEMIKIAN, pada masa kini, kacang soya bermanfaat sekiranya menggunakan proses tradisional seperti masyarakat dulu dan tidak secara moden..

oleh yang demikian, tepuk dada tanya lah iman.. 70% makanan hari ini mengandungi soya. tidaklah disarankan supaya berhenti terus daripada menggunakan produk-produk berasaskan soya.. tetapi, limit kan lah.. dan betulkan persepsi yang mana, mungkin dulu kita setuju 1o0% solid, soya itu baik sepenuhnya.. rupa-rupanya . . .

selingan :
[1] teruskan mengkaji. jangan hanya percaya sebulatnya mengenai perkara di atas..
[2] rindu nak belajar biologi. -_- last study bio, f0rm5;2o08
[3] jom amalkan gaya pemakanan Rasulullah SAW !! makan kurma, kismis.. ^_^


terima kasih kerana membaca!
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~

No comments:

Post a Comment