dengan nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
assalamualaikum wbt.
ALHAMDULILLAH.
syukur!
hingga saat ini masih lagi diberi kesempatan menarik nafas
dan melihat dunia ciptaan ya Rabb..
beberapa jam lagi,
umat islam di atas muka bumi ni
akan menyambut kehadiran bulan ramadhan tahun 1432H..
insyaAllah.
dah bersedia nak berpuasa??
muga kita dah ready laa ye untuk menjalankan rukun islam yang ketiga ni..
kat sini,
just nak share something yang aku baca tadi..
sebagai persediaan bagi menjalani ibadah berpuasa..
semoga ramadhan kali ini
adalah lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya..
PENGISIAN HARIAN:
1. membaca al-quran / mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran
2. kerap bangun qiam / solat tahajud / bertaubat
3. memperbanyakkan solat sunat / berzikir / join majlis ilmu
4. bersedekah
5. perbanyakkan membaca buku berkaitan islam
6. berdakwah
7. solat terawih
8. sentiasa dalam keadaan berwuduk
9. bantu orang lain
10. muhasabah diri sebelum tidur
KESILAPAN YANG KERAP BERLAKU
- makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja [bukan disebabkan uzur yang di terima islam] "sungguh, sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" -- riwayat al-bukhari
- makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
- bersahur dengan hanya makan dan minum tanpa ibadah lain
- tidak menunaikan solat ketika berpuasa
- tidak mengutamakan solat subuh berjemaah seperti terawih
- mengerjakan terawih di masjid dengan niat inginkan kemeriahan
- bermalasan dan tidak proaktif dalam kerja-kerja di siang hari
- perbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadah
- menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi bersahur. sedangkan ia hanya 'lampu oren'
- wanita berterawih secara jemaah tanpa menjaga aurat
- memasuki ramadhan dalam keadaan harta masih bersumber dari yang haram
- tidak perbanyakkan berdoa ketika berpuasa dan berbuka
p/s: artikel ini diedit semula dari sumber iluvislam dan www.zaharuddin.com
No comments:
Post a Comment