. sepetang di dapur .
dah lama rasa nye tak masuk dapur tok masak.
even cuti niy pun, aku memang jarang masak.
tambah pulak memang tak minat..
entah bila laa rasa minat tu nak datang ek.. hee..
tapi aku takde laa sampai tak pernah masak langsung.
pernah je. and ofkos laa menu yang mudah-mudah je.
lagi satu, aku niy pelik siket..
aku hanya belajar & minat masak menu yang aku suka makan je.
contoh nye, aku semangat belajar
cara-cara nak buat spageti, donut, roti, sushi, oknomiyaki, kek cheese
sebab aku suka makan sume tuh. haha! teruk kan~
maka nya, dah sebulan aku bercuti,
petang semalam memang tahap keinginan dah memuncak agak nya
semangat pergi kedai carik barang nak buat donut.
untuk juadah minum petang je.. heee..
nak tahu cara aku buat donut? mudah je..
cuma ada keistimewaan sikit kandungan donut aku nih.. :)
[ ceyh! perasan je ]
bahan-bahan : ( 4 orang makan )
1. tepung gandum - 4 cawan teh
2. planta/marjerin - 1 cawan teh
3. susu pekat berkrim - 2 sudu
4. yeast / ibu roti - separuh packet
5. air - secukup nya
6. coklat masakan - 3 bar *kalau nak
7. gula - secukupnya
8. manik penghias - 1 botol kecil
cara nak buat :
mula-mula sekali, masukkan tepung gandum, marjerin dan susu pekat berkrim ke dalam besen/bekas untuk di uli. gaul-gaul dulu semua bahan kering ni bagi sebati. pastu letak kan air yeast ( yeast bercampur air ) letak laa sikit-sikit. kalau terlebih kang, cair pulak jadi nya.. pastu korang uli laa agak-agak 20 minit @ hingga lembut.. in case rasa macam keras jugak, tambah laa sikit marjerin lagi. dah siap uli, buat laa bentuk donut yang korang nak. kemudian letak tepi dulu. bagi rehat..
dalam masa sama, boleh la buat gula untuk tabur. mudah je. amik gula and letakkan ke dalam blender yang kecik tu. then blend laa bagi hancur.. pastu biarkan kat tepi..
agak-agak dalam 10-15 minit kemudian, boleh laa goreng donut tadi.. dah garing, angkat and let it be cool 1st then baru tabur gula.. it looks nicer than u put sugar while it still hot.. :)
incase nak letak letak coklat kat atas:
dah siap goreng tu, sementara nak tunggu sejuk, korang boleh laa panas kan air dalam periuk/kuali.. masuk kan coklat ( 3bar ) ke dalam bekas tupperware microwave [yg lutsinar tuh] and tunggu sampai air menggelegak, masukkan bekas berisi coklat tu dalam periuk/kuali. make sure bekas tu korang leh capai laa. campur kan sikit marjerin/planta ke dalam coklat tuh and gaul kan.. dah cair and sebati, amik laa donut yang dah sejuk tu, celup ke dalam coklat cair tadi tuh. kejap je. then angkat. dah angkat, terus letak manik-manik penghias tu. sebab kalau tunggu lama, nti coklat keras..
dah siap!
boleh laa hidang dan makan. selamat mencuba! :)
jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~
No comments:
Post a Comment