Sunday, July 3, 2011

target hidup???


السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحم

alhamdulillah.. syukur tak terhingga rasa nye..
tup. tup. dah bulan julai tahun 2o11 rupa nye!
atau kalendar hijrah nya,
dah bulan sya'aban tahun 1432..
umur pun dah semakin meningkat..
tak berapa lama lagi
insyaAllah sudah dipanggil pula menghadap illahi..
macam mana lah keadaan pada saat itu kan..
astaghfirullah.. bersediakah aku? -_-

malam tadi, tetiba teringat 1 benda!
nak tau ape???
target hidup untuk jangka masa 10 tahun
yang aku pernah buat few years back..



ilham buat target niy pun datang nye after aku dengar ceramah
dari pakar motivasi kita dato' dr. fadzillah kamsah..
beliau terangkan, ada dua jenis target hidup
sama ada korang buat target jangka panjang [ 1tahun / 5tahun / 10 tahun ]
atau pun korang buat target jangka pendek [ 1bulan / 5 bulan / 10bulan ]

macam mana nak buat??
simple je!
korang just perlukan kertas kosong dan pen je.

~ pen dan kertas ~

haha.. and cara-cara nye,
lepas dah dapat 2 mende niy, korang start laa bekarya ~
tulis laa target apa yang korang nak capai
( untuk target jangka panjang atau pendek )
kemudian..
bagi yang buat target jangka panjang,
lipat laa kertas tu and simpan kat tempat yang selamat
seperti purse/wallet, drawer @ kat tempat yang korang rasa tak hilang..

~ contoh letak dalam purse ~

bagi yang buat target jangka pendek,
tampal laa kat tempat yang korang boleh tengok setiap hari.

proses nya berlaku macam niy.
untuk target jangka pendek
apabila kita tampal dan tengok hari
dan kita baca hari-hari
secara tak langsung
urat otak, minda dan akal kita bergerak
untuk melakukan tindakan yang membawa kita ke arah target kita tu..
dalam tak sedar, sebenar nya kita ditunjukkan jalan
ke arah nak capai target tu.. insyaAllah
tapi tak semudah itu.. pasti ada halangan yang akan korang hadapi
ontheway nak capai target tu..
korang jangan laa cepat give up..
lumrah kehidupan..

untuk target jangka panjang,
sama je proses nya actually.
beza nya, korang tak baca target tu hari-hari.
bila korang bukak balik paper tu
beberapa bulan lepas tu
atau pun beberapa tahun lepas tu,
korang check laa.. banyak mana yang korang dah capai sebenarnya.
waktu tu, rasa macam 'berguna' jugak hidup ni..
haha.. tu pada aku laa.. rasa seronok tu ada..
memang laa makan masa..
tapi dah nama pun target jangka panjang..
memang panjang laa kan perjalanan nak capai tu kan.. +_-


ni laa target yang aku buat.

~ target jangka panjangku ~

~ beberapa target yang sudah dicapai. alhamdulillah ~

apepun, semoga allah memberkati..
semua niy pun, rezeki dari-Nya
dan ketentuan yang dah ditetapkan Dia..
sebagai manusia, tak salah untuk berusaha kan..
malah digalakkan lagi..




jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~




No comments:

Post a Comment